Welcome 2012, Good Bye 2011 - In Memory
Sunday, 1 January 2012
Assalamualaikum. Dah lama yul tak update kat blog nie. Rasanya hampir 3 bulan kot. Fuh, lama jugak tu kan kan kan. Maklumlah, musim cuti sekolah. Agak sibuk sedikit dengan pekerjaan sehinggakan blog terbiar begitu sahaja tanpa dikemaskini. Kalau ada masa pon malas nak update sebab tiada mood. Dah lama tak menaip, memang malas lah kan jadinya. Tapi hari ini, Alhamdulillah, akhirnya semangat untuk menulis dah datang kembali. Walaupon semangat tu masih ditahap 'low' , tapi takpe lah. Orang kata ianya sebagai penyuntik semangat. Ok la daripada takde an. huhu. Terasa rindu pula dalam dunia blogging ini.
Sedar tak sedar, dah setahun jugak yul bermain blog nie, haha. Macam tak percaya je. Dan, ini adalah entri pertama yul pada tahun ini. Teringat pulak sewaktu masa mula-mula berblogging. Alahai, rindunye. Sedar tak sedar jugak, followers dah semakin meningkat walaupon ianya agak ciput kalau nak dibandingkan dengan bloggers yang lain. Tapi takpelah, tu semua tak penting. Bagi yul, followers yang ada nie cukup membuatkan yul terharu sebab ada jugak orang yang sudi follow blog yul aje nie yang tak sebarapa nie an. hehe.
Entri nie agak ringkas dan mudah je. Yul tak nak lah menulis panjang-panjang, lebar-lebar dan berjela-jela. Cukuplah entri nie sebagai permulaan untuk berblog kembali je. Apa-apa pon, yul nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada korang semua. Semoga tahun ini lebih baik, lebih elok, lebih-lebih lagi daripada tahun sebelum-sebelumnya. hehe ;D
2 comments:
SAME LAH BRO
lama tunggu update blog yul, enrty banglo hilang tu menarik sampai sy gi terjah ke sana.. tq yul...
Post a Comment