Suka!

Lagu Raya Lama (Rancak) | Pilihan Dihati Yang Terbaik dan Best!

Friday 26 August 2011

Tak sampai seminggu je lagi kita akan meninggalkan bulan ramadhan dan menyambut hari raya aidilfitri yang mulia ini. Lagu raya pon dah mula berkumandang dimana-mana sahaja bermula minggu lepas lagi. Sekarang nie, pergi mana-mana je, dengar lagu raya, tak kira lah ditandas, di kompleks membeli-belah, di tempat kerja, didalam bas, dan banyak lagi lah. Semuanya dah memainkan lagu raya. Semangat raya lah katakan. Tu yang excited sangat. Tapi jangan pulak kita lupa tarikh kemerdekaan kita nie. Raya-raya jugak. Dalam sibuk-sibuk dalam persiapan hari raya ini, jangan pulak kita lupakan tarikh kemerdekaan ini. huhu.

Sebelum nie yul ada kongsikan koleksi lagu raya dientri yang lepas. Boleh klik sini untuk melihat senarai dan memuat turun lagu tersebut. Tapi hari nie, yul nak kongsikan lagu raya best yang lama yang menjadi nostalgia dan pilihan di hati yul. huhu.



Bila terdengar lagu nie, tak sabar pulak nak balik kampung. Walaupon kat kampung tu tinggal nenek dan pak cik je, tetapi kemeriahan menyambut hari rayanya berbeza jika nak dibandingkan dengan di bandar. Kat kampung macam-macam ada. Tak macam bandar yang jarang kita lihat. huhu



Lagu nie bagi yul sedih sangat-sangat. Lagi-lagi raya nak dekat nie. Tiba-tiba rasa sebak pulak dihati. Hurm. Apa-apa pon, al-fatihah kepada arwah ayahku dan seluruh umat Islam didunia ini yang telah meninggal dunia.Masuk tahun nie, dah 3 kali yul tak sambut beraya bersama ayah. Moga rohnya tenang dialam sana. :(


Ah. Yang nie pon best jugak. Setiap liriknya mempunyai maksud yang tersirat. Peh.. Memang mendalam lah.



Yang nie terbaru. Lagu "suasana di hari raya" versi upin ipin. Suke suke suke. Kalau boleh nak dengar setiap masa je. haha. Lagu raya pilihan korang apa pulak?


P/S: kadang-kadang ringtone handphone tukar-tukar. huhu. Semuanya best-best!

Read more...

Sinopsis Filem Hantu Bonceng 2011 Official Trailer

Thursday 25 August 2011

Sebuah filem yang bertajuk Hantu Bonceng di bawah naungan Excellent Pictures Sdn. Bhd, arahan Ahmad Idham bakal ditayangkan pada hari raya kedua dan yang jatuh juga pada tarikh kemerdekaan Malaysia iaitu pada 31 Ogos 2011 bersamaan dengan 2 Syawal. Filem yang berdurasi selama 90 minit ini menampilkan barisan pelakon-pelakon yang hebat seperti Zizan RajaLawak sebagai Amran, Juliana Evans (Ayu), Jue Aziz (Halimaton), Taiyuddin Bakar (Kunyit) dan ramai lagi. Filem ini semestinya bergenrekan komedi dan juga seram. Tengok pelakon utama pon dah tahu kan? hehe.

Yul kongsikan sekali sinopsis filem tersebut.
Cerita mengisahkan Amran seorang budak Delivery yang gemar berlumba secara haram motor Drag. Satu hari selepas memenagi satu perlumbaan, Amran telah di hadiahkan seorang Bohsia bernama Maya sebagai habuan perlumbaan. Malang tidak berbau, di ketika Amran hendak membawa bohsia yang memboncengnya itu keluar dari port, mereka telah kemalangan dan Bohsia tersebut mati ditempat kejadian.


Sejak kejadian itu Amran sering diganggu dengan hantu Maya yang meminta Amran sempurnakan mayatnya. Amran cuba mendapat bantuan kawan karib nya Kunyit untuk membantunya menjejak keluarga Maya yang sehingga kini masih menjadi misteri setelah Halimaton kekasih Amran seorang jururawat enggan membantu Amran sebab marahkan atas kecurangan Amran terhadapnya.


Berbagai cara Amran lakukan untuk menyelesaikan gangguan daripada Maya itu. Dari berjumpa bomoh hinggalah ke seorang ustaz. Tanpa Amran sedari dia mula berubah menjadi seorang yang lebih baik dan mula menginsafi atas kelakuan buruknya sebelum ini.


Halimaton mula menerima semula Amran setelah melihat perubahan positif padanya. Tapi tanpa diduga Ayu muncul dalam hidup Amran. Apa yang akan jadi pada Halimaton dan siapakah sebenarnya Ayu? Semuanya akan terjawab di penghujung cerita Hantu Bonceng.
Berikut adalah Official Trailer Filem Hantu Bonceng

Macam best je kan? Kehadiran Zizan sebagai pelakon utama dalam filem ini pastinya akan menarik minat penonton untuk melihat aksi komedinya itu. Yul pon tak sabar nak menunggu filem ini keluar di pawagam. huhu.

Read more...

Lagu Raya Upin Dan Ipin - Suasana Di Hari Raya (Video Dan Lirik) | Comel Gila!

Wednesday 24 August 2011

Lagu raya sinonim dengan penduduk Islam di Malaysia menjelang hari raya Aidil Fitri. Tak sah lah lagu raya ini tak dimainkan. Kebiasaannya lagu raya ini akan dimainkan dibulan Ramadhan setiap tahun. Banyak lagu raya yang ada di Malaysia, tetapi lagu raya lamalah yang menjadi pilihan di hati. Sampaikan, lagu lama pon di mainkan semula dengan versi yang baru seperti Adik Asyila.


Berikut adalah nyanyian Adek Asyila yang menjadi suara latar dalam cerita Upin dan Ipin. Pertama kali yul lihat dia menyanyi lagu raya ini, terus berulang-ulang kali yul mendengarnya. Dengan suaranya yang comel dan  gelagatnya yang lucu membuatkan yul tak bosan pabila mendengarnya. huhu. Best gile versi Upin Ipin nie! Hee :D

Sumber Gambar : Google
Suasana Di Hari Raya- Adek Asyila
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa

( korus 1 )
Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi

( korus 2 )
Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri

Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

Comel gila kan? Suka je tengok dia menyanyi. Geram pulak melihatnya. huhu. Nak download/muat turun lagu dan video nie? Yul pon tak tahu cemane. Korang carik je lah ye di google. :P


P/S: Muke dia ada iras-iras macam Fara Fauzana kan? hehe

Read more...

(Gambar) Mekah Pada Masa Hadapan | Makkah Semakin Maju Dan Moden


Berita nie yul rembat dari blog Epics untuk dikongsikan kepada korang semua, amnya pembaca-pembaca di blog yul aje ini. hehe. Seperti yang kita semua maklum, Makkah merupakan tanah suci umat Islam. Setiap kali menjelang ibadah haji, Makkah akan dipenuhi dengan umat Islam yang datang dari seluruh pelusuk dunia untuk mengerjakan rukun Islam yang ke-5 iaitu menunaikan haji bagi yang mampu.


Berikut merupakan fakta menarik mengenai gambaran pembangunan Makkah di masa hadapan. Sebahagian artikel dan gambar pada entri ini diperoleh dari laman alriyadh dan pencacaisemalaysia.
  • Kos perbelanjaan projek mega suluruh Saudi tersebut menelan belanja melebihi SR100 Trillion.
  • Kos tersebut termasuk Projek Pembinaan Hotel Mewah Abraj al-Bait berhampiran Masjidil Haram, projek penempatan mewah serba esklusif di Jabal Khandama & Jabal Omar, projek Makkah Metro Line, iaitu sistem aliran keretapi laju yang pertama seumpamannya, projek Jama’an Al Kenani iaitu penempatan moden untuk jemaah di Mina seluas 2-20 juta meter persegi untuk menampung 10 juta jemaah menelan belanja SR40 trillion, Projek 'Makkah Expansion & Shades' iaitu pembesaran ruang Masjidil Haram dan membina payung gergasi di atasnya dan sebuah pembinaan sebuah menara 'gila', sebuah menara paling tinggi didunia dimana ketinggiannya menyamai 4 kali ganda KLCC.
  • Salah satu dari 5 projek Mega di Arab Saudi ini ialah Projek di Jabal Khandama, Makkah meliputi pembinaan 39 penempatan dan menara hotel berketinggian dari 20 hingga 48 tingkat. Apabila ia siap maka ia dapat menampung 45 ribu penduduk dan 150 ribu jemaah pada satu-satu masa. Keseluruhan projek berkeluasan 1.2 juta meter persegi.
Makkah Metro Line dari Makkah-Jeddah-Madinah.

Projek Pembangunan Jabal Khandama, Makkah

Projek Pembangunan Jabal Omar, Makkah


Jabal Khandama, Makkah

Jabal Khandama, Makkah

Jama’an Al Kenani: Penempatan bertingkat di Arafah.
Makkah Metro Line dari Makkah-Jeddah-Madinah.

Jama’an Al Kenani: Penempatan bertingkat di Arafah & Makkah Metro Line.

Jama’an Al Kenani: Penempatan bertingkat di Arafah.

Peta Makkah Metro Line.

Projek Pembangunan Jabal Omar, Makkah

Al Mashaar Makkah Metro Line dari Arafat ke Muzdalifa-Mina-Makkah sepanjang 18.1km menelan belanja SR6.65 billion.

Menara Jam & Hotel Abraj al-Bait.

Menara Jam & Hotel Abraj al-Bait.

Menara Jam Abraj al-Bait (595m) lebih tinggi dari Menara KLCC (452m).

Menara Jam Abraj al-Bait dari lantai Masjidil Haram.

Abraj al-Bait dilihat 'lebih gah' dari Baitulllah.

Menara Jam Abraj al-Bait dari pandangan udara.

Keluasan pembinaan Abraj al-Bait.

Jabal Khandama, Makkah

Kingdom Tower, Jeddah.

Kingdom Tower, Jeddah. lihatlah ketinggaan menara ini. menakutkan! ketinggiannya adalah 4 kali ganda KLCC.

Kingdom Tower. Inilah sebuah menara 'gila'. Ketinggian cukup untuk menggambarkan kegilaan untuk 'mencakar langit'.

Makkah Metro Line Station.

Pemandangan Jabal Omar, Makkah.

Makkah Expansion & Shades



Pemandangan Udara Jabal Omar, Makkah.
Projek Makkah Expansion & Shades.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP