Suka!

(Video) Lagu Negaraku Dipersenda Di Youtube

Monday 15 August 2011

Tadi yul ada terbaca satu akhbar tempatan yang kononnya terdapat unsur persendaan lagu negaraku dengan memuat naik video tersebut dengan sengaja di youtube. Yul cuba mencari Lagu Negaraku yang dikatakan mempersendakan tersebut di youtube. Hasilnya, bermacam-macam jenis video yang yul jumpa. Antaranya.

NEGARAKU [instrumental versi rock]
Korang rasa,ada isu mempersendakan lagu negaraku kew setelah melihat dan mendengar video ini? Bagi yul, tiada unsur persendaan pon. Mereka cuma menukar versinya muziknya sahaja. Inilah yang dikatakan remix, tak sah lah, selagi ada lagu kat dunia ini, selagi itulah ada orang yang nak buat remix. Malah ada yang remix versi piano dan lain-lain lagi. Kalau orang nak bunyikan lagu negaraku kat seruling tu pun boleh dipanggil remix. lagu negaraku yang keluar kat radio dan tv pun bukan serupa sepanjang masa. Ada bezanya walaupun sukar nak perasaan


Negarakuku by NameWee with English Translation (Re-Open)
Video Namewee ini baru lah boleh dikatakan mempersenda dan menyinggung perasaan rakyat Malaysia. Namewee pernah menjadi isu satu ketika dahulu selepas memuat naik video tersebut.Tapi yang peliknya, video ini masih dapat ditonton sehingga kini. Bukan setakat Malaysia je yang dapat lihat, satu dunia tahu! Pihak yang terlibat seolah-olah buat tak tahu je. Tiada usaha untuk memadam lagu tersebut. Seperti membiarkan sahaja manusia menonton dan mendengar video mempersendakan lagu negaraku itu.


Lagu Negaraku dinyanyikan Mat Saleh
Apa perasaan korang setelah melihat video ini? Lucu? Kelakar? Satu perkataan sahaja yang yul dapat lontarkan, mereka ini sungguh biadap. Tidak menghormati lagu kebangsaan kita. Seharusnya mereka harus menghormati lagu Negaraku walaupon dia bukanlah warganegara kita. Walaupon dia hanya cuba menyanyikan lagu Negaraku, tetapi tidak perlulah sehingga memuat naik video tersebut di youtube. Memalukan sungguh. Dimanakah martabat lagu negaraku kita sehinggakan mereka yang diluar sana senang-lenang mempermainkannya. Lebih 100 ribu viewers yang menonton video tersebut. 


P/S: entri ini berdasarkan dari pandangan yul sahaja, apa pula pendapat korang ye? nak tahu jugak, hehe.  

1 comments:

Anati Soki 17 August 2011 at 22:32  

yang mempermainkan lagu negarku tuh jensi mnusia yang agak kurang ajar.. itu je konklusi yang paling tepat ;)

Post a Comment

Terima kasih ye diatas komen2 anda, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP