Gerakan Kristianisasi- Gejala Murtad Di Malaysia Semakin Berleluasa | Kesempitan Hidup Punca Murtad
Sunday, 7 August 2011
Yul terkejut membaca akhbar tempatan hari ini mengenai Gejala murtad di kalangan umat Islam di Malaysia yang yang dah semakin berleluasa. Sedih, kesal dan macam-macam lagi perasaan melihat golongan kita seperti itu. Orang kata, "Masakan pokok bergoyang kalau tiada anginnya" . Mungkin ada sesuatu yang tidak kena, kenapa dan mengapa mereka sanggup meninggalkan Islam.
Berikut adalah kenyataan daripada seorang ibu tunggal yang dihimpit kesempitan hidup kerap dihubungi gereja untuk diberikan bantuan. Apa-apa pon korang bace je lah.
P/S: Harta benda, wang, bukanlah segala-galanya. Tu semua bergantung kepada diri kita, iman kita. Kerana kita masih ada allah yang dapat kita memohon untuk meminta pertolongan. Insyallah, allah akan menolong hamba-hambanya di muka bumi ini.
Berikut adalah kenyataan daripada seorang ibu tunggal yang dihimpit kesempitan hidup kerap dihubungi gereja untuk diberikan bantuan. Apa-apa pon korang bace je lah.
SEREMBAN: Seorang lagi mangsa mendedahkan bagaimana dia dipujuk secara berterusan untuk mendekati gereja walaupun selepas membuat keputusan untuk tidak lagi menerima bantuan kewangan yang dihulurkan gereja terbabit di Rahang, dekat sini sejak Disember lalu.
Wanita yang ingin dikenali sebagai Nur, 40, berkata pada mulanya dia sanggup menerima bantuan yang dihulurkan gereja terbabit bagi memastikan empat anak perempuannya berusia lima hingga 12 tahun meneruskan kehidupan, selepas gagal mendapat bantuan berterusan daripada Baitulmal.
Katanya, pada mulanya dia berat hati tetapi selepas memikirkan nasib anak-anak yang masih bersekolah, dia menerima bantuan dihulurkan dalam bentuk makanan keperluan harian setiap bulan sejak April tahun lalu.
“Setiap bulan pihak gereja itu akan telefon dua hingga tiga kali untuk bertanyakan khabar. Mereka juga tidak lupa bertanyakan masalah dihadapi.
“Mereka turut menawarkan supaya saya dan anak-anak tinggal di asrama yang disediakan di pusat ibadah itu dan sanggup menanggung segala keperluan kami anak beranak termasuk keperluan persekolahan tapi saya menolak.
“Bagaimanapun, sejak Januari lalu, saya turut menolak semua bantuan yang diberikan setiap bulan memandangkan jiran sudah memandang serong,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Ampangan, di sini, semalam.
Nur berkata, sejak berhenti kerja sebagai pembantu akaun pada 2008 akibat masalah kesihatan, antaranya asma yang teruk, darah tinggi dan kencing manis, dia masih perlu mencari rezeki bagi membesarkan anak-anak memandangkan suami lalai memberi nafkah.
Katanya, selain meminta ihsan saudara mara, dia turut menjalankan beberapa pekerjaan seperti membantu rakan menjual makanan kesihatan, makanan segera dan juga buku sekolah tadika.
“Namun sejak pengsan beberapa kali bulan lalu ketika menghantar buku ke sekolah tadika, saya tidak lagi bekerja. Saya cuba mendapatkan bantuan Baitulmal sekali lagi namun mereka memberi pelbagai alasan, antaranya saya pernah mendapat bantuan sebelum ini.
“Saya mengaku memang pernah dapat bantuan sebelum ini tetapi sekali saja. Kini saya sedang memikirkan sama ada mahu menerima sekali lagi tawaran daripada pusat ibadah itu atau tidak memandangkan mereka kerap telefon bertanyakan khabar dan menawarkan apa saja bantuan yang diperlukan,” katanya.
Sumber : BHARIAN
Strategi yang digunakan gereja mempengaruhi umat Islam
- mengadakan aktiviti memberi makanan seperti di sekitar masjid pada waktu solat Jumaat dan Maghrib
- mengedar risalah agama ke rumah
- memberi wang kepada pelajar.
- beri duit dan bible kepada pelajar sekolah
P/S: Harta benda, wang, bukanlah segala-galanya. Tu semua bergantung kepada diri kita, iman kita. Kerana kita masih ada allah yang dapat kita memohon untuk meminta pertolongan. Insyallah, allah akan menolong hamba-hambanya di muka bumi ini.
9 comments:
pokok pangkal ati kite kan yul..
;)
teringat kesah JAIS serbu gereja tempoh hari
cite camni banyak kali ada baca kat mastika. kenapa masih ada rakyat malaysia yg menagih bantuan dari mereka? kenapaa???
Jabatan Agama kena buat tanggungjawab mereka, iaitu menjaga kebajikan melalui zakat. Kalau zakat tak diberi, memang mereka akan mencari bantuan lain. Sekarang salah siapa?
bru jea bace dekat paper metro harituh ..
kesian pd nasib yang menimpa mereka ..
ada gak baca kisah nie..rasanya mungkin ramai yang dah terpedaya kat luar sana. harap lepas nie kerajaan memantau lebih terperinci lagi
bila hati penuh irihati, kebencian dan dendam maka segala kebaikan dilihat sebagai kejahatan..
seperti yesus (isa almasih)yang tidak pernah melakukan dosa tetapi ramai manusia tidak menerima dia sebagai tuhan dan juruselamat walaupan diperlihatkan perbagai muzijat supaya manusia percaya kepadanya namun manusia tidak juga mahu percaya...
yesus telah bangkit dari maut dan hidup semula dan hingga kini dia masih lagi hidup, oleh itu selagi dia hidup tiada siapa boleh membatalkan ajarannya...
yang penting dan jelas, tiada satu ajaran or firman yesus kristus yang boleh mempengaruhi umatnya untuk membuat kejahatan seperti mengganas dan membunuh dll..
100% umat islam tidak kenal yesus kristus (isa almasih) serta ajaran dan firmannya..
kenali yesus (isa almasih) maka kebenaran akan kalihatan..
memberi bantuan kepada mereka yang kesusahan adalah misi yesus kristus.. misi Allah or yesus krstus adalah menyelamatkan mereka yang berdosa bukan menghukum mereka yang berdosa..
Post a Comment