Suka!

Lagu Raya Lama (Rancak) | Pilihan Dihati Yang Terbaik dan Best!

Friday 26 August 2011

Tak sampai seminggu je lagi kita akan meninggalkan bulan ramadhan dan menyambut hari raya aidilfitri yang mulia ini. Lagu raya pon dah mula berkumandang dimana-mana sahaja bermula minggu lepas lagi. Sekarang nie, pergi mana-mana je, dengar lagu raya, tak kira lah ditandas, di kompleks membeli-belah, di tempat kerja, didalam bas, dan banyak lagi lah. Semuanya dah memainkan lagu raya. Semangat raya lah katakan. Tu yang excited sangat. Tapi jangan pulak kita lupa tarikh kemerdekaan kita nie. Raya-raya jugak. Dalam sibuk-sibuk dalam persiapan hari raya ini, jangan pulak kita lupakan tarikh kemerdekaan ini. huhu.

Sebelum nie yul ada kongsikan koleksi lagu raya dientri yang lepas. Boleh klik sini untuk melihat senarai dan memuat turun lagu tersebut. Tapi hari nie, yul nak kongsikan lagu raya best yang lama yang menjadi nostalgia dan pilihan di hati yul. huhu.



Bila terdengar lagu nie, tak sabar pulak nak balik kampung. Walaupon kat kampung tu tinggal nenek dan pak cik je, tetapi kemeriahan menyambut hari rayanya berbeza jika nak dibandingkan dengan di bandar. Kat kampung macam-macam ada. Tak macam bandar yang jarang kita lihat. huhu



Lagu nie bagi yul sedih sangat-sangat. Lagi-lagi raya nak dekat nie. Tiba-tiba rasa sebak pulak dihati. Hurm. Apa-apa pon, al-fatihah kepada arwah ayahku dan seluruh umat Islam didunia ini yang telah meninggal dunia.Masuk tahun nie, dah 3 kali yul tak sambut beraya bersama ayah. Moga rohnya tenang dialam sana. :(


Ah. Yang nie pon best jugak. Setiap liriknya mempunyai maksud yang tersirat. Peh.. Memang mendalam lah.



Yang nie terbaru. Lagu "suasana di hari raya" versi upin ipin. Suke suke suke. Kalau boleh nak dengar setiap masa je. haha. Lagu raya pilihan korang apa pulak?


P/S: kadang-kadang ringtone handphone tukar-tukar. huhu. Semuanya best-best!

3 comments:

jelina 26 August 2011 at 06:44  

lagu raya feveret?? hemm.. yg noh nyanyi dngan kump nasyid tu.. tp lupa tajuk derr

qwerty 27 August 2011 at 04:26  

sapasang kurung nan biru! aha itulah dia my febret! :p

Qaseh Dalia 27 August 2011 at 12:53  

lagu aisyah pulanglah
hee selamat hari raya dik

Post a Comment

Terima kasih ye diatas komen2 anda, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP