Rozita Che Wan Dan Shahir AF8 Kahwin Tahun Depan
Saturday, 20 August 2011
Sebelum ini, gosip yang melanda Rozita Che Wan dan Shahir AF8 kononnya hangat bercinta memang diakui sendiri oleh mereka baru-baru ini. Dan terbaru, apa yang yul mendapat tahu, mereka berdua akan merancang untuk melangsungkan perkahwinan selewat-lewatnya tahun hadapan. Macam tak percaya je kan?
yul kongsikan sekali berita daripada apa yang yul baca tu.
KUALA LUMPUR 19 Ogos – Pelakon wanita yang dikaitkan dengan juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), Rozita Che Wan (gambar), 37, hari ini tanpa berselindung menyatakan hasratnya untuk berkahwin selewat-lewatnya pada tahun depan.Bagus lah kalau kawin cepat-cepat kan? Segala gosip dan spekulasi yang melanda terus tutup.
Menurut Rozita, dia meletakkan soal jodohnya kepada Tuhan. Namun jika sudah tertulis takdir untuk dia bersama Ahmad Shahir Zawani atau Shahir, 23, dia menerima dengan hati terbuka.
“Saya serahkan segalanya ke hadrat Ilahi, tetapi jika memang jodoh kami, saya terima sahaja.
“Bagaimanapun, buat masa ini, kami masih belum berbincang secara serius lagi mengenai perkara tersebut,” ujarnya ketika ditemui ketika majlis Syawal Emas bersama Safi Rania di sini hari ini.
P/S: Untunglah dapat Rozita Che Wan kan? Walaupon janda, tetapi kecantikan yang dia miliki tidak menunjukan yang dia sudah berusia. Pehh....
3 comments:
lah btol ker dorang nie..haha
rozita cek wan.. cantik oooooh...
untunglaaa ~ ahhah
moga kekal lah sampai bebila dorang ni ;)
Post a Comment