Suka!

Senarai Lokasi Yang Kerap Berlaku Kemalangan Menjelang Raya Di Perak

Saturday, 20 August 2011

Bersempena raya Aidilfitri yang menjelang tiba ini, Polis Perak telah pon mengenal pasti 14 lokasi di negeri Perak yang didapati kerap berlaku kemalangan maut terutama menjelang perayaan.

Berikut adalah senarai lokasi yang kerap berlaku kemalangan menjelang raya ini di Perak.
  • Jalan Ipoh-Simpang Pulai,
  • Ipoh-Teluk Intan,
  • Ipoh-Butterworth,
  • Jalan Sitiawan-Taiping,
  • Ipoh-Lumut, 
  • Ipoh-Kuala Lumpur 
  • Teluk Intan-Hutan Melintang.
  • Sri Manjong-Simpang Lekir, 
  • Sitiawan-Teluk Intan, 
  • Lebuhraya Timur Barat Gerik-Jeli  
  • Ipoh-Taiping,
Sebanyak 234 anggota polis trafik akan ditempatkan di lokasi strategik. Operasi ini akan bermula mulai minggu hadapan iaitu 22 Ogos sehingga 16 September ini. Polis mensasarkan, sekurang-kurangnya lima peratus penurunan kadar kemalangan tahun ini. Jabatan Pertahanan Awam, Bomba, Jabatan Pengangkutan Jalan dan beberapa agensi lain turut terlibat dalam operasi tersebut.


So, kepada yang pulang ke kampung tu , tak kiralah perak ke, kelantan ke, kedah ke, johor ke, or mana-mana sahaja. Berhatilah-hatilah semasa memandu tu. Ingatlah orang tersayang. Jangan biarkan orang kesayangan anda bergelinang air mata di pagi raya. Orang kata biar lambat, asalkan kita selamat sampai menuju destinasi kita :)

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih ye diatas komen2 anda, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP