Suka!

(VIDEO) Pelajar Malaysia Dipukul Dan Disamun Perusuh Di London | Asyraf Haziq

Wednesday, 10 August 2011

Sudah jatuh, ditimpa tangga. Peribahasa yang sesuai kepada seorang pelajar Malaysia di Universiti Kaplan, London setelah dia dipukul oleh perusuh dan dirompak. Berikut adalah berita selanjutnya mengenai Asyraf Haziq yang berada di london.

KUALA LUMPUR: “Anak saya bukan saja dipukul hingga patah gigi dan rahang, tetapi dia disamun sekumpulan lelaki sebaik melalui satu kawasan rusuhan di London,” kata Rossli Harun, 49, bapa pelajar Malaysia di Universiti Kaplan, London, Asyraf Haziq, 20.
Rossli berkata, dia dihubungi Mara dari bahagian pelajar luar negara pagi semalam, memberitahu mengenai kejadian menimpa anaknya itu.


Menurutnya, daripada maklumat yang diperoleh, anaknya serta seorang kawan Mohd Fariz ketika itu dalam perjalanan untuk berbuka puasa di rumah pelajar senior mereka.
Rossli yang bekerja sebagai Pengurus Eksekutif Bangunan berkata, dia terkejut dengan berita itu kerana beberapa jam sebelum kejadian, Asyraf ada menghubunginya untuk bertanyakan khabar ibu serta keluarga lain.


“Rasa macam tak percaya kerana dia baru saja telefon kira-kira jam 11 malam semalam (kelmarin), tiba-tiba pagi tadi (semalam) kira-kira jam 9 pagi, kami dikejutkan dengan berita yang menimpa Asyraf.


“Saya ada juga menghubungi Wisma Putra untuk mengetahui mengenai keadaan rusuhan di sana, namun dimaklumkan tiada rakyat atau pelajar Malaysia yang terbabit,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Katanya, video bagaimana Asyraf dipukul dan disamun tersebar dalam YouTube di Internet. Namun, dia bersyukur anaknya itu selamat dan kini dirawat di hospital.


“Kami juga difahamkan, Asyraf akan dibedah esok (hari ini) untuk merawat rahangnya yang patah. Saya sekeluarga begitu bimbang dan bersedih dengan apa yang menimpa anak, tambahan dia baru saja sebulan di sana melanjutkan pelajaran.


“Jika ada peluang saya dan isteri akan ke London untuk melihat keadaannya, tapi ia bergantung pada perkembangan rusuhan di sana. Tak sangka perkara ini boleh berlaku, lebih-lebih lagi menjelang Syawal ini, Asyraf tidak dapat pulang kerana baru saja di sana,” katanya.


Menurutnya lagi, jika perlu dia meminta Mara membawa pulang anaknya kerana dalam keadaan sekarang, Asyraf mungkin terpaksa menangguhkan pelajaran.


Sementara itu, Bernama melaporkan, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, Asyraf tidak kritikal dan hanya cedera di bahagian rahang dan kini dirawat di Royal London Hospital.


“Pelajar itu tidak terbabit dalam rusuhan, tetapi dia diserang sekumpulan perusuh ketika keluar dari tren bawah tanah ketika dalam perjalanan menziarahi rakannya untuk berbuka puasa di utara London,” katanya pada majlis berbuka puasa di Institut Kemajuan Desa (Infra).-hmetro-
Video Youtube Pelajar Malaysia Dirompak Selepas Cedera Akibat Rusuhan Di London

Video tersebut menununjukan seorang pelajar malaysia cedera terduduk di tepi jalan dalam keadaan bibir berdarah akibat rusuhan di tolong oleh orang seorang lelaki berkulit hitam. Ketika dia mendirikan pelajar tersebut, seorang lelaki berkulit putih datang dari arah belakang dan membuka beg yang digalas oleh Asyraf dan mengambil barang lalu beredar dari situ. Memang kejam sungguh video ini, sungguh mereka tidak beradab! Mungkin ini dugaan yang tuhan berikan terhadap Asyraf di bulan Ramadhan ini. Sabar je lah. Mungkin ada hikmah disebalik ini semua.


P/S: kesian kat dia, dah la kene pukul, kene samun pulak tu. -.-

3 comments:

tomatokering 10 August 2011 at 08:01  

kesian .... moga semua selamat kat sana . sobsob

Ms.F 10 August 2011 at 13:49  

T_T,siyes kesian kat pelajar tu..tak malu ke nak rompak2 orang..gedik!!

what i thought 11 August 2011 at 18:02  

ksian yer .. dugaan .. sbar2x .. tmpat owg , mcm2x dia buat .. ish3x

Post a Comment

Terima kasih ye diatas komen2 anda, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP