Suka!

Filem Tanda Putera | Filem Perjuangan Tun Razak Dan Tun Dr Ismail

Wednesday 10 August 2011

Filem Tanda Putera merupakan filem perjuangan di bawah arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba selepas mengarahkan filem perjuangan juga, 1957 Hati Malaya pada tahun 2007. Menampilkan pelakon seperti Rusdi Ramli (Abdul Razak), Zizan Nin (Dr.Ismail), Faezah Elai (Isteri Abdul Razak), Kamarulzaman Taib (Tunku Abdul Rahman), Linda Hashim (Ton Puan Norashikin Mohd Seth.), Norman Hakim(Tun Hanif Omar) dan beberapa pelakon popular lagi. Ianya merupakan pelakon teramai. Menghimpunkan barisan pelakon yang paling ramai iaitu hampir 30 orang pelakon baik daripada mereka yang sudah mempunyai nama mahupun pelakon baru.

Sinopsis
Filem 'Tanda Putera, memaparkan perjuangan Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein, memulihkan keadaan negara selepas peristiwa 13 Mei 1969 ketika keadaan kesihatan beliau tidak memuaskan. Mengisahkan persahabatan akrab Tun Razak dengan timbalannya, Tun Dr Ismail Abdul Rahman, yang juga terpaksa merahsiakan masalah kesihatan, dan bagaimana mereka berganding bahu membangunkan negara. Tun Razak meninggal dunia pada 14 Jan 1976 di London, United Kingdom semasa menjalani rawatan penyakit leukemia, sementara Dr Ismail, meninggal dunia pada 2 Ogos 1973 di pejabatnya kerana serangan jantung.
Filem ini di tayangkan agar dapat menyedarkan masyarakat mengenai perjuangan kedua-dua negarawan dalam memastikan Malaysia terus membangun dan stabil, walaupun berdepan pelbagai cabaran termasuk ancaman komunis.


Menelan belanja sebanyak RM4 juta dan merupakan projek usaha sama dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), kini sudah 95 peratus siap dan peringkat terakhir penggambaran filem itu akan dilakukan di London September ini. Filem ini dijangka akan ditayangkan kepada umum mulai tahun hadapan.


P/S: Filem nie dikhabarkan akan ditayangkan pada pertengahan 2012? Sama-sama lah kita nantikan tahun hadapan.

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih ye diatas komen2 anda, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP