Suka!

Borang Maklumat Balik Kampung | Muat Turun Secara Online (DOWNLOAD)

Monday 22 August 2011

Mesti ramai kan yang akan pulang ke kampung yang bakal menjelang tiba nie tidak lama lagi untuk menyambut raya aidilfitri bersama keluarga dan saudara-saudara di kampung. Lagi beberapa hari sahaja kita akan menyambut raya. Dapat dihitung dengan jari je. hehe. Yang pastinya, korang mesti risaukan keadaan rumah korang yang dibiarkan kosong begitu sahaja sekiranya semuanya pulang ke kampung.

Sekarang nie korang tidak perlu risau lagi, kerana PDRM mengadakan satu program keselamatan balik kampung yang bertujuan untuk mencegah kegiatan jenayah semasa penduduk di kawasan perumahan meninggalkan rumah untuk pulang ke kampung semasa cuti perayaan.


Oleh itu, satu borang yang dinamakan 'Borang Maklumat : Balik Kampung' disediakan untuk diisi oleh pemilik rumah yang kosong (balik kampung) dan perlu mengembalikannya semula ke Balai Polis berdekatan di kawasan korang. Tujuannya ialah bagi memudahkan pihak polis untuk membuat pemantauan dan rondaan.


Bagi sesiapa yang ingin pulang ke kampung tu, korang digalakan untuk memuat turun dahulu borang tersebut. Takut-takut, perkara yang kita tidak ingin berlaku di kawasan rumah kita. So, korang boleh klik di sini untuk memuat turun Borang Maklumat : Balik Kampung secara online.


P/S: Tak sabar nak balik kampung nie, huhu

1 comments:

IMANSHAH 22 August 2011 at 18:42  

saya dok kuarters, ada guard..harap2 selamat

Post a Comment

Terima kasih ye diatas komen2 anda, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP