Manchester United Kalah? Redha je lah
Sunday, 29 May 2011
Manchester United kalah dengan Barcelona? Adat la tu kan. Setiap permainan mesti ada yang kalah dan menang. Walaupon United kalah dengan skor 1-3, tapi sekurang-kurangnya United berjaya juga melangkah ke final. Apa-apa pon, tahniah kepada Barca kerana sekali lagi menjulang trofi pada tahun ini setelah menewaskan United sebelum ini di final pada tahun 2009, 2 tahun lalu.
Yul percaya, ramai diantara korang-korang semua yang tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan perlawanan akhir nie. Yang pastinya, kedai mamak lah menjadi pilihan para peminat untuk menonton bola. Macam dah jadi trend pulak. Bila ada bola je, kedai mamak jugak orang pilih. Yul pon tak ketinggalan sama untuk menonton perlawanan akhir juara-juara kelab bola sepak di kedai mamak.
Sampai-sampai je, meja-meja dan kerusi di mamak dah dipenuhi dengan manusia. 2 Jam sebelum perlawanan lagi para peminat Barcelona dan Manchester United dah berada disitu. Fanatik sungguh melihat aksi-aksi mereka tu. Ada yang pakai baju pasukan masing-masing, ada yang mencoleh cat di muka mereka. Dan paling tak boleh blah, ada sorang mamat nie pakai baju chelshit. Haha.
Memang riuh gile suasana di kedai mamak. Sampai ada yang sanggup duduk ditepi jalan, diatas motor dan ada juga yang diatas bumbung kereta semata-mata nak melihat perlawanan akhir nie. Yul tak menyangka mereka sungguh fanatik. Mereka saling menyorak dan bersorak. Maklumlah, pertembungan 2 kelab gergasi eropah, juara kelab England dan juga juara kelab Sepanyol.
Walaupon United kalah, tapi yul cukup terhibur menyaksikan bola sepak pagi tadi. Kalah pon, kalah bermaruah. Tahun nie ada lah jugak piala, daripada tak ada langsung kan? haha. Kira kelab terbaik antara banyak-banyak kelab. Kelab lain ada kew yang masuk final?
Bila sampai rumah je, macam biasalah. Sebelum tidur, yul akan semak fb dan e-mail dahulu. Bila yul buka fb je, penuh dengan kegembiraan mereka. Tapi kebaanyakan dari mereka tu semuanya haters-haters United.
Kepada fans Manchester United, jangan jadi seperti lalang yang mengikut arah angin. Terimalah segala kritikan yang di lemparkan.. Tak rugi pun kerana sejauh ini sahaja yang mereka mampu lakukan. GGMU!
3 comments:
hehss.padan muke kalah..
puas hatiii
kebetulan waktu perlawanan tu, kite ade kan man. haha. mmg kebetulan btul.. tp bkn la kat stadium man U tu.hihhi
nak tgk skor barca kat youtube tapi dah kena removed lak sebab copyright
Post a Comment