Suka!

Dorm Berhantu Di Kem Sekitar Johor | Kisah Seram

Wednesday, 11 May 2011

Assalamualaikum semuanya. Hari nie yul nak kongsikan sebuah cerita seram yang dengan penuh misteri. Kisah nie  terjadi berdasarkan cerita dari kawan yul dizaman persekolahannya satu ketika dahulu. Yul hanya menaip dan dia je berceloteh. Apa-apa pon terima kasih kat amirul, sebab kongsikan pengalamannya diganggu oleh makhluk halus. Jom layan pengalaman beliau tu.


Ceritanya begini. Pada suatu hari tu, sekolah amirul ada mengadakan kem motivasi untuk para pelajar di suatu tempat disekitar johor yang namanya tak dapat disertakan sekali. Kem ini terletak agak jauh dari johor bahru dan ianya terletak dikawasan pedalaman. Tragedi nie berlaku pada tahun sekitar 2003. Kalau tak silap masa tu  form 1 lagi. Dipendekkan cerita. dekat tempat kem motivasi nie, semua pelajar lelaki diasingkan tempat tidur iaitu dorm yang terbuat dari kayu. Dikem ini terdapat 4 buat dorm, 2 dorm untuk lelaki dan 2 dorm untuk perempuan. Dalam sebuah dorm tu ianya boleh memuatkan lebih kurang 12 orang. Memang besar jugak dorm tu. Kelengkapan dan kemudahan semua ada dalam dorm tu, semuanya serba baru kecuali ada satu almari tu je yang mempunyai almari buruk terletak dihujung penjuru.


Pada hari pertama, mereka menjalankan aktiviti seperti biasa seperti yang diarahkan oleh fasililator disitu. Kami merasa sangat seronok dan enjoy berada disini. Banyak aktiviti-aktiviti yang menarik kami tempuhi.


Dan bermulalah pada malam kedua seterusnya. seperti biasalah mana-mana kem motivasi pada hari kedua ada malam keinsafan atau malam sahsiah diri. Waktu tu lah ada orang yang menangis tersedu-sedu, meleleh air mata dan segala macam yang sama waktu dengannya. Memang meleleh beb masa tu. Setelah aktiviti sahsiah diri, semua pelajar-pelajar diarahkan pulang ke dorm masing-masing untuk tidur, dan disitulah bermula peristiwa yang tidak dapat amirul lupakan sehingga kini.


Dalam dorm tu mempunyai katil dua tingkat sebanyak 6 katil satu bilik. yang digabungkan menjadi rapat. Amirul tidur dikatil tingkat bawah. Dia tidur dibarisan dua terakhir berdekatan dengan almari lama yang telah nampak usang dan buruk. 

Semasa amirul nak memujuk kawannya yang sorang tubernama Adi yang masih lagi menangis teresak-esak tu sebab tak dapat menahan sebak sewaktu dimalam keinsafan tersebut. Tiba-tiba entah macam mana amirul tergerak pulak untuk melihat almari yang dah buruk tu. Amirul ternampak bayangan seperti ada satu lembaga yang besar sedang melompat ke atas tiang bumbung. Besar lembaga tu umpama badan manusia biasa. Untuk pengetahuan korang, didorm nie tidak mempunyai syiling. Korang bayangkanlah bagaimana bentuk rupa dorm tu. Memang agak seram kalau nak tidur disini.  


Amirul tidak mempedulikan bayangan lembaga tersebut kerana menganggap ianya hanyalah imaginasi sahaja. Kemudian amirul menoleh kekawannya semula untuk memujuknya. Tiba-tiba, dia amat terkejut, yang dilihatnya bukanlah adi, tetapi sebuah makhluk yang berbungkuskan kain kafan iaitu pocong. Masa time tu jugak ah bulu remang amirul terus naik mendadak. Dia menggeletar ketakutan dan terus baring sambil menutup mukanya dengan bantal sambil membaca ayat-ayat kursi. Dan sewaktu itulah, katil tempat tidurnya seolah-olah bergegar dengan kuat seperti orang yang mengamuk. Semua pelajar yang tidur di bilik tersebut turut dapat melihat kelibat pocong dan dapat merasainya, tetapi tidak mampu berkata apa-apa.


Kejadian nie berlaku sehinggalah ke subuh. Pelajar-pelajar disitu hanya dapat mendiamkan diri sehinggalah fasililator datang untuk mengejutkan mereka bangun untuk menunaikan solat subuh. Ketika itu, ramai pelajar-pelajar didalam bilik dorm tersebut menangis tanpa henti kerana perasaan yang amat takut sekali. Dan ditanya oleh fasi, "apakah yang sebenarnya berlaku?". Diwajah fasililator tersebut seolah-olah menyembunyikan sesuatu yang kami tidak tahu, sehinggalah kawan kami yang bernama faisal terdengar perbualan fasi itu bersama guru kami tentang peristiwa didorm itu. Fasi itu tidak ingin memberitahu perkara yang sebenar kerana takut kami akan menjadi trauma setelah apa yang berlaku. Rupa-rupanya dorm itu ada bekas terjadi satu peristiwa dimana fasi terjumpa mayat didalam almari itu. Sejak kejadian terjumpa mayat itu, ramai orang yang cuba mengalihan almari itu tetapi tidak boleh, sehinggalah kini, almari tersebut masih tidak boleh dialihkan dan dorm itu telah pon ditutup. Tiada siapa yang dibenarkan untuk masuk kedalam dorm itu lagi. 


Begitulah peristiwa yang terjadi. Seram kew? Bergantung kepada pembaca. Ianya hanyalah sekadar perkongsian mereka mengenai diganggu makhluk-makhluk ni. Orang kata sharing is caring kan kan. 
Jika anda mempunyai sebarang cerita mistik, seram, yang ingin dikongsikan disini. Boleh lah e-mail ke yulhadri@gmail.com. 

6 comments:

Anati Soki 12 May 2011 at 10:49  

wa... suka suka suka!! seyes anat sgt cuka bila yul dah mula cita hntu.. hehehehe

cik fikaa 12 May 2011 at 12:29  

wah ...
agak seram gmbar yang yul letakk tuh -.-'

nadira shahid 12 May 2011 at 14:32  

degil nak bace, kan dah takutt.. ishhh

haney 12 May 2011 at 14:50  

gamba tu buat cite lagi seram
huhuhuhu
nseb bek lah baca waktu siang :P
klu malam. konpem x blh tdo :p
hahah

bueekkk 3 June 2011 at 21:03  

kau nk tau mcm mne mayat tu boleh ada dlm almari? kisah ni di ceritakan oleh sahabat.. masa tu ada sorg mamat ni taknak smbhyg jumaat, dia suruh rakannya kuncikan dia di dalam almari.. kawannya pula pelupa, ngam2 minggu tu semua pelajar bercuti.. so lepas smbhyg jumaat, kawannya terus packing barang utk balik ke kampung halaman.. setelah seminggu habis bercuti, kawannya baru teringgat apabila terpandang almari.. dia bergegas buka almari tu dan...............................................

NHA 19 August 2011 at 14:08  

fuh ! gile menyeramkan tgk gmba tu ...tp citenye best gak ! terbaekkkkk !

Post a Comment

Terima kasih ye diatas komen2 anda, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP