Suka!

Showing posts with label Cerita hantu. Show all posts
Showing posts with label Cerita hantu. Show all posts

Kisah Seram Arwah Mansor Dan Isterinya

Wednesday, 1 June 2011

Assalamualaikum semuanya. Hari nie yul nak kongsikan kisah seram lagi disekitar Johor Bahru. Tapi cerita nie bukanlah yul reka, cuma copy dan paste sahaja dari facebook untuk dikongsi bersama bagi penggemar kisah mistik di blog nie. Apa-apa pon, jum kita layan je. 


Ceritanya begini, dalam tahun 80-90an Plentong di gemparkan dengan tragedi yang pastinya semua warga lama Plentong, Johor Bahru akan ingat selama-lamanye.

Versi Pertama
Arwah Mansor dan Arwah Shikeen Black. Saya akan "simple" kan cerita ini. Kedua-duanya adalah pasangan kekasih, tetapi di tentang hebat oleh kedua-dua belah keluarga bila menyuarakan ingin BERKHAWIN. Tatkala itu Arwah Shikeen telah pun mengandungkan anak kepada Arwah Mansor (5 bulan). Bila dua buah keluarga tidak merestui, Arwah Mansor mengambil jalan mudah untuk membunuh diri bersama Arwah Syikeen di RAILWAY PLENTONG dengan mengikat dan berbaring di railway tersebut sehingga berkecai tubuhnya digilis keretapi. Selepas kejadian itu, ramai yang berkata JUMPA ARWAH MANSOR BERKELIARAN.ARWAH SHIKEEN MENGENDONG ANAK TP YANG DIKENDONG ADALAH BATU NESAN..Wallahualam Minassawa. Orang yang berniaga pun tidak berani berniaga sehingga lewat malam..dan sehingga sekarang..ada satu restoran railway di Highway Pasir Gudang(sekarang hanya tinggal restoran kosong) sebelum masuk ke Simpang Giant Plentong tidak pernah ownernye kekal berniaga..Wallahualam.

Versi Kedua 
Kemalangan maut pasti terjadi tiap-tiap tahun, org kata jambatan ni memang terkenal dgn sikapnya yang ketagih darah org.. Sebabnya? semasa jambatan ni mula2 di bina, byk kejadian bunuh diri berlaku di situ.. Di katakan tempat itu keras kerana pemandu2 kereta akan ternampak bayangan aneh melintasi jalan.. Siapa yg berani nak jalan sorg2 di situ ketika waktu malam? Sebelum Bayu Puteri & Flat Sri Stulang di dirikan di situ, ianya merupakan hutan paya bakau yg di penuhi monyet. Sebelum jambatan ni di dirikan, kalau korg dari bandar nak ke Permas Jaya, korg kena lalu jalan tebrau - carrefour pandan - highway pasir gudang - plentong & baru lah sampai ke Permas Jaya..
Kes bunuh diri secara berpasangan.. Ini kerana ahli keluarga tak merestui perkahwinan mereka, si perempuan pula berbadan dua, kandungannya berusia 5 bulan.. Pasangan itu di katakan membunuh diri mereka dgn berbaring di railway Plentong.. Hancur berkecai di gilis kereta api kargo yg membawa muatan ke Pasir Gudang.. 
Dipendekkan cerita, dulu ada pokok buluh bawah jambatan permas (dari plentong nk masok permas). Kat situ ade sorang brader berniaga burger sampai ke tengah malam. Then datang seorang perempuan. Pakaian serba putih mengendong anak. Datang ke stall burger tu, hanya order daging mentah..tokey burger tu pon pelik la dgn perempuan tu..then tengok pulak anak perempuan tu dalam kain yang dibuat selubung anak tu..batu nisan ! kelam kabut tokei burger tu lari..esok pagi baru datang kemas stall ape sume..tros dah tak berniaga kat situ lagi..pokok buluh tu pon dah kene tebang..orang-orang situ cakap perempuan tu mungkin roh sheikin tu la (gf arwah mansor)..roh nye tak tenang kot..itu crite org2 dekat2 situ la..xtau betul atau tidak..entah la labu. kalau tak percaya, korg pergi tanya Pak Tahir, dia tu ketua kampung kat situ.. huhu hari aku lalu situ nak balik kerja dlm pkl 11 malam.. Alhamdulillah, sekarang ni dah tak dengar pun gangguan yg berlaku di situ, kemungkinan roh arwah dah tenang..
Credit to: Hafiz Aziz 

Read more...

Dorm Berhantu Di Kem Sekitar Johor | Kisah Seram

Wednesday, 11 May 2011

Assalamualaikum semuanya. Hari nie yul nak kongsikan sebuah cerita seram yang dengan penuh misteri. Kisah nie  terjadi berdasarkan cerita dari kawan yul dizaman persekolahannya satu ketika dahulu. Yul hanya menaip dan dia je berceloteh. Apa-apa pon terima kasih kat amirul, sebab kongsikan pengalamannya diganggu oleh makhluk halus. Jom layan pengalaman beliau tu.


Ceritanya begini. Pada suatu hari tu, sekolah amirul ada mengadakan kem motivasi untuk para pelajar di suatu tempat disekitar johor yang namanya tak dapat disertakan sekali. Kem ini terletak agak jauh dari johor bahru dan ianya terletak dikawasan pedalaman. Tragedi nie berlaku pada tahun sekitar 2003. Kalau tak silap masa tu  form 1 lagi. Dipendekkan cerita. dekat tempat kem motivasi nie, semua pelajar lelaki diasingkan tempat tidur iaitu dorm yang terbuat dari kayu. Dikem ini terdapat 4 buat dorm, 2 dorm untuk lelaki dan 2 dorm untuk perempuan. Dalam sebuah dorm tu ianya boleh memuatkan lebih kurang 12 orang. Memang besar jugak dorm tu. Kelengkapan dan kemudahan semua ada dalam dorm tu, semuanya serba baru kecuali ada satu almari tu je yang mempunyai almari buruk terletak dihujung penjuru.


Pada hari pertama, mereka menjalankan aktiviti seperti biasa seperti yang diarahkan oleh fasililator disitu. Kami merasa sangat seronok dan enjoy berada disini. Banyak aktiviti-aktiviti yang menarik kami tempuhi.


Dan bermulalah pada malam kedua seterusnya. seperti biasalah mana-mana kem motivasi pada hari kedua ada malam keinsafan atau malam sahsiah diri. Waktu tu lah ada orang yang menangis tersedu-sedu, meleleh air mata dan segala macam yang sama waktu dengannya. Memang meleleh beb masa tu. Setelah aktiviti sahsiah diri, semua pelajar-pelajar diarahkan pulang ke dorm masing-masing untuk tidur, dan disitulah bermula peristiwa yang tidak dapat amirul lupakan sehingga kini.


Dalam dorm tu mempunyai katil dua tingkat sebanyak 6 katil satu bilik. yang digabungkan menjadi rapat. Amirul tidur dikatil tingkat bawah. Dia tidur dibarisan dua terakhir berdekatan dengan almari lama yang telah nampak usang dan buruk. 

Semasa amirul nak memujuk kawannya yang sorang tubernama Adi yang masih lagi menangis teresak-esak tu sebab tak dapat menahan sebak sewaktu dimalam keinsafan tersebut. Tiba-tiba entah macam mana amirul tergerak pulak untuk melihat almari yang dah buruk tu. Amirul ternampak bayangan seperti ada satu lembaga yang besar sedang melompat ke atas tiang bumbung. Besar lembaga tu umpama badan manusia biasa. Untuk pengetahuan korang, didorm nie tidak mempunyai syiling. Korang bayangkanlah bagaimana bentuk rupa dorm tu. Memang agak seram kalau nak tidur disini.  


Amirul tidak mempedulikan bayangan lembaga tersebut kerana menganggap ianya hanyalah imaginasi sahaja. Kemudian amirul menoleh kekawannya semula untuk memujuknya. Tiba-tiba, dia amat terkejut, yang dilihatnya bukanlah adi, tetapi sebuah makhluk yang berbungkuskan kain kafan iaitu pocong. Masa time tu jugak ah bulu remang amirul terus naik mendadak. Dia menggeletar ketakutan dan terus baring sambil menutup mukanya dengan bantal sambil membaca ayat-ayat kursi. Dan sewaktu itulah, katil tempat tidurnya seolah-olah bergegar dengan kuat seperti orang yang mengamuk. Semua pelajar yang tidur di bilik tersebut turut dapat melihat kelibat pocong dan dapat merasainya, tetapi tidak mampu berkata apa-apa.


Kejadian nie berlaku sehinggalah ke subuh. Pelajar-pelajar disitu hanya dapat mendiamkan diri sehinggalah fasililator datang untuk mengejutkan mereka bangun untuk menunaikan solat subuh. Ketika itu, ramai pelajar-pelajar didalam bilik dorm tersebut menangis tanpa henti kerana perasaan yang amat takut sekali. Dan ditanya oleh fasi, "apakah yang sebenarnya berlaku?". Diwajah fasililator tersebut seolah-olah menyembunyikan sesuatu yang kami tidak tahu, sehinggalah kawan kami yang bernama faisal terdengar perbualan fasi itu bersama guru kami tentang peristiwa didorm itu. Fasi itu tidak ingin memberitahu perkara yang sebenar kerana takut kami akan menjadi trauma setelah apa yang berlaku. Rupa-rupanya dorm itu ada bekas terjadi satu peristiwa dimana fasi terjumpa mayat didalam almari itu. Sejak kejadian terjumpa mayat itu, ramai orang yang cuba mengalihan almari itu tetapi tidak boleh, sehinggalah kini, almari tersebut masih tidak boleh dialihkan dan dorm itu telah pon ditutup. Tiada siapa yang dibenarkan untuk masuk kedalam dorm itu lagi. 


Begitulah peristiwa yang terjadi. Seram kew? Bergantung kepada pembaca. Ianya hanyalah sekadar perkongsian mereka mengenai diganggu makhluk-makhluk ni. Orang kata sharing is caring kan kan. 
Jika anda mempunyai sebarang cerita mistik, seram, yang ingin dikongsikan disini. Boleh lah e-mail ke yulhadri@gmail.com. 

Read more...

Misteri Rumah 'Kosong' Di Sekitar Johor Bahru - Kisah Seram

Friday, 6 May 2011

Assalamualaikum semuanya. Hari nie yul nak terbitkan entri kisah misteri. Dah lama jugak yul tak update cerita-cerita seram nie. Rasa rindu pulak. hehe. Kepada yang tertunggu-tunggu tu, maaflah ye. Yul agak busy sikit kebelakangan nie. Nak tulis macam sempat tak sempat je. Nie nasib baiklah ada masa untuk menulis, tu pon sambung je sebab simpan dalam draft. Apa-apa pon jom layan cerita yang yul tuliskan nie. Jangan biarkan hidup anda diselubungi dengan misteri.


Misteri rumah kosong. Ye, itulah kejadian misteri yang telah menggemparkan disekitar johor bahru. Ianya terletak dicelah-celah bandaraya disekitar City Square, Johor Bahru. Rumah yang telah usang dimamah tahun telah lama dibiarkan kosong begitu sahaja. Khabarnya rumah itu kosong disebabkan pemilik/penghuni rumah tersebut telah mati di bunuh oleh perompak. Rumah kosong itu dulunya dihuni oleh keluarga kaya raya/berada yang terdiri daripada ayah, ibu, serta dua orang anaknya, seorang laki dan seorang perempuan. Mereka menghuni dirumah tersebut semenjak bandar itu dibangunkan lagi. Tiba-tiba, ayah, ibu serta abangnya mati dibunuh dengan begitu kejam oleh geng perompak yang tidak dikenali. Anak perempuan keluarga tersebut terselamat dari pembunuhan kejam geng perompak tersebut kerana dia sempat menyembunyikan diri. 

Anak perempuannya yang bernama Nurul terkejut apabila mendapati ayah, ibu serta abangnya telah pergi meninggal dunia meninggalkan dia keseorangan. Setiap hari dia hanya dapat berdiam diri serta menangis didalam biliknya. Akibat rasa sedih yang memuncak, Nurul membunuh diri disebabkan tekanan perasaan. Dia tidak dapat membendung kesedihannya dan tidak dapat menerima kehilangan keluarga-keluarga yang selalu berdamping bersamanya selalu.


Tapi tu dulu punya cite. Hampir 20 tahun juga rumah itu masih kosong tanpa berpenghuni. Yang yul tahu, rumah itu betul-betul usang tidak berpenghuni dan kosong. Tak tahulah pula kalau-kalau ada makhluk lain yang menghuni rumah tersebut. Kalau dah lebih 20 tahun, mesti ada makhluk lain yang menghuni rumah kosong tersebut kan? Rumah tersebut sering dijadikan tempat the seekers. Bukan the seekers dalam television tu ok seperti yang diheboh-hebohkan tu. Tapi ianya budak-budak remaja yang meminati kisah-kisah mistik. Mereka nie jenis tidak takut apa-apa pon. Orang kata hati keringlah.

Cerita nie ada dua versi, Kisah pertama. Menurut penduduk-penduduk sekitar perumahan tersebut, sesiapa yang memasuki rumah kosong itu. Pastinya mereka diganggu sehingga menyukarkan mereka untuk keluar dari rumah tersebut. Rumahnya bukan lah besar mana pon. Tapi, menurut orang-orang disitu. Dah ramai orang yang masuk kat rumah tu. Tapi tak jumpa jalan keluar.  Kebanyakkan mereka adalah golongan remaja yang masuk rumah tu. Kalau keluar terus jadi pendiam, meracau tak tentu pasal, dan ada juga sesetengah yang sudah menjadi gila akibat tekanan perasaan. Kalau yang pergi tapi tak ada ape-ape yang berlaku, alhamdulillah lah kan.
rumah inilah yang dikatakan berhantu tu.
Kejadian nie benar-benar berlaku terhadap seorang penggemar cerita mistik yang hanya dikenali sebagai Nuar(bukan nama sebenar). Nuar bersama rakan-rakan telah memasuki ke rumah kosong tersebut satu ketika dulu ketika dia masih belajar lagi di Politeknek, Johor Bahru pada 5 tahun yang lepas. Masa tu kalau tak silap pada tahun 2007, kacak dan masih muda lagi. Mereka masuk ke rumah kosong berkenanaan setelah dicabar oleh kawan-kawannya sendiri. Biasalah, time muda-muda dulu, suka cabar mencabar. Pantang betul kalau orang lain mencabar. Yela, takut digelar penakut pula. Nuar bersama rakan-rakannya telah masuk ke rumah tersebut. 

Masuk-masuk je, seperti tiada apa-apa yang berlaku. Mereka mula menggeledah isi rumah berkenaan. Tanpa di duga, tiba-tiba je salah seorang dari kawan mereka meracau tak tentu pasal seperti orang dirasuk. Biasalah, ada tetamu tak diundang, tiba-tiba ada tetamu yang hadir ke tempatnya. Memang kene kacaulah. Kawan-kawannya lain ada yang mula berasa takut, ada yang cemas dan ada juga yang masih memberanikan diri. Nuar mula meremang dan cuba memberanikan diri.  Melihat keadaan kawannya yang meracau itu, dia pon cuba menenangkannya. Kelihatan kawannya itu semakin liar dan mengganas. Masa dia cuba menenangkan kawannya yang meracau tu, tiba-tiba sekali lagi mereka dikejutkan dengan tangisan seorang wanita. Mereka terdengar suara wanita menangis teresak-esak yang tidak tahu mana datang arahnya. Keadaan menjadi semakin panik, mereka jadi tak tentu arah. Beberapa orang dari mereka cuba mencari suara tangisan tersebut. Dari tingkat atas sehinggalah ke bawah. Tetapi hampeh, satu ape pon mereka tidak menjumpai asal bunyi tangisan yang dicari tu. Dalam mencari suara tangisan tersebut, tiba-tiba je mereka terdengar bunyi raungan orang menjerit-jerit seperti orang dibunuh. Ye, jeritan tersebut merupakan raungan arwah ayah, ibu serta abangnya yang dibunuh satu ketika dahulu. Keadaan semakin kucar-kacir, bunyi tangisan wanita bersama jeritan orang meminta tolong mula menghantui rumah tersebut. Tanpa melengahkan masa, Nuar serta kawan-kawannya yang lain nekad untuk beredar dari rumah kosong itu. Mereka tidak mahu kejadian yang tidak diingini berlaku sekali lagi seperti kawannya yang masih meracau. Mereka membawa rakan yang meracau itu sambil mencari keluar. Tapi mereka sekali lagi dikecewakan, disebabkan jalan masuk yang mereka lalui tidak jumpa. Kemanakah jalan tersebut menghilang? Wallahualam. Cuma tuhan je yang tahu keadaan mereka masa tu. Nuar terus mencari jalan keluar sambil membaca ayat-ayat suci al-quran yang telah dia pelajari daripada gurunya. Akhirnya, dia kini dapat keluar juga daripada rumah tersebut. 

Kawannya yang meracau tu telah pon menjadi gila akibat tekanan perasaan. Nuar serta kawan-kawannya yang lain menyesal memasuki rumah kosong tersebut yang penuh dengan misteri. Sehingga kini, nuar tidak pernah mengikuti mana-mana lagi ke rumah kosong mahupon tempat yang dikatakan mistik. Dia tidak mahu perkara yang sama berulang lagi seperti ditimpa terhadap kawannya.
Jalan sunyi menuju pulang kerumah
Kisah kedua nie berlaku ke atas seorang pelayan hotel yang bernama Adie(bukan nama sebenar). Adie dalam perjalanan ingin pulang dari Hotel Amsari menuju kerumahnya. Waktu tu jam menunjukkan pada pukul 12.40 malam. Maklumlah, masa tu Adie terpaksa jaga acara makan malam ditempat kerjanya. Sebab tu dia pulang lewat sehingga ke tengah malam. Hampir tiap-tiap hari Adie melalui dihadapan rumah kosong tersebut. Jalan tu merupakan satu-satunya jalan pintas untuk pulang kerumahnya.  Sampai dijalan sekitar rumah kosong tersebut, Dia ternampak seorang wanita berbaju putih sedang menangis teresak-esak. Lantas, adie memberhentikan kenderaannya dan bertanya kearah perempuan tersebut mengapa dia menangis ditengah-tengah malam begini? Wanita tersebut menangis sambil menunjukkan arah ke arah jalan yang ingin ditujui. Adie tidak mencurigai apa-apa pon. 

Tanpa merasa was-was, Adie pun menumpangkan wanita berkenaan. Wanita tersebut menyuruh Adie agar tidak memandu laju. Biarlah dengan membawa perlahan sahaja katanya. Wanita itu memberitahu bahawa dia telah kehilangan keluarga tercinta ketika dia berusia 15 tahun. Wanita tersebut bercerita sambil menangis teresak-esak ketika melihat kematian ayah, ibu serta abangnya dibunuh oleh perompak. Adie cuba menenangkan wanita berkenaan dengan mengatakan bahawa setiap manusia pasti akan kehilangan orang yang disayangi. Tetapi wanita itu terus menceritakan kepada Adie bahawa berlaku 1 kejadian telah berlaku pada dirinya. Wanita itu memberitahu Adie bahawa dia  pernah mengelar tangannya sendiri akibat tekanan perasaan. Adie lantas bertanya kepada wanita tersebut "Masha'allah, lepas tu apa yang terjadi?" Wanita itu terus berkata, "awak nampak rumah tu? Disitulah saya membunuh diri dengan mengelar tangan saya sendiri"..

Adie terus membaca ayat al-quran yang terlintas didalam kepala otaknya. Yang terdengar hanyalah hilaian tawa serta tangisan wanita berkenaan yang tiba-tiba hilang begitu sahaja. Adie cepat-cepat memecut kereta yang dipandunya tanpa menoleh kebelakang. Bila sampai di rumah je, dia menceritakan segalanya kepada Atuknya yang tinggal bersamanya. Atuknya yang berusia 77 tahun hanya tersenyum kerana kejadian sebegini sering berlaku di kawasan itu. Semenjak dari itu, Adie jarang pulang lewat ke rumah dan tidak pernah melalui jalan pintas tersebut.

Sehingga kini, rumah tu masih kosong dan dibiarkan begitu sahaja tanpa berpenghuni. Macam mana dengan keadaan rumah tu, yul pon tak berapa pasti lagi. Cuma mereka-mereka je yang tahu. Misteri tetap menjadi misteri. 

Read more...

Penangan Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah

Saturday, 2 April 2011

Assalamualaikum semuanya. Sebenarnya entri nie dah lama tersemat kat dalam kepala otak. Baru sekarang terlintas nak menulis entri sebegini. Diantara korang pastinya ada yang sudah menonton Filem hantu mengarut Malaysiakan? Hantu Kak Limah Balik Rumah. Filem hantu paling mengarut yang pernah yul tonton. Walaupon cerita dia agak mengarut, tetapi penangan filem ini memang begitu luas.

Antara Ayat Yang Menjadi Ikutan Masyarakat Kini.
'Cecite-cecite'
'Kita Bakor Je' 
Walaupon ayat dia macam tak cukup sifat, tapi kalau digunakan bunyi dia macam best jugak kan? hehe. Euwww.
Usop
Bagi yul filem nie tak ada lah seronok manapon. Tetapi yul agak terkejut melihat penangan filem ini. Sehingga ke hari ini, tak kiralah budak sekolah, kolej, universiti, mahupon para pekerja, meniru beberapa aksi mereka didalam filem tersebut. Seolah-olah menjadi perkara biasa.

Salah satu peminat Usop, sehinggakan pic prof pon Usop jugak
Yang dahsyatnya lagi, ayat-ayat tersebut menjadi trend dilaman sosial seperti, facebook, twitter, blog, dan lain-lain lagi. Kalau buka facebook je, ada lah orang update status lebih kurang seperti gambar diatas.



Usop, antara pemegang watak yang paling berkesan dalam filem nie. Mana taknya, dengan gelagat dia yang lembut, hipokrit, membuatkan penonton tergelak terbahak-bahak sekaligus beberapa aksi dia menjadi trend masa kini. Dengan kehadiran Johan lagi lah membuatkan filem nie nampak berseri. Peh, dahsyat gile kan usop nie. Untuk pengetahuan korang, usop akan hadir pada Anugerah Bintang Popular Bintang Harian untuk mengadakan persembahan istimewa di malam esok, 3 April 2011.


Yul rasa, cerita nie sepatutnya bukan bergenre komedi hantu. Sebab ianya tak ada unsur hantu pon. Lagi sesuai sekiranya filem ini bergenre komedi biasa.


Kadang-kadang yul pon terfikir juga, kenapa filem hantu nie menjadi pilihan masyarakat kini. Padahal cerita dia tak ada lah best mana pon. Tapi memang terbaik lah melihat gelagat-gelagat usop tu. Apa-apa pon, tahniah kepada pelakon-pelakon, pengarah serta semua sekali ahli keluarga Hantu Kak Limah Balik Rumah sebab berjaya mencuri perhatian masyarakat.




P/S: Kita Bakor Je! haha ;P

Read more...

Kisah Seram Diganggu Makhluk Di Surau

Tuesday, 1 March 2011

Dah lama yul tak menerbitkan entri seram. Jadi yul nak kongsikanlah sedikit kisah seram. Orang kata tempat tu memang menyeramkan. Sama ada kisah nie benar-benar terjadi atau tak. Wallahualam. Korang teruskanlah membaca ye. Jangan sampai diri korang diselubungi dengan Misteri! Kehkehkeh.


Ayam hutan hijau
Kejadian nie berlaku pada 10 tahun yang lepas. Sewaktu tu, Ayam Hutan tengah meningkat naik dipasaran. Zainal merupakan seorang pemburu ayam hutan dan tinggal di kampung Felda Kota Tinggi. Segala macam hutan belantara,tropika dan macam-macam lagi pernah dia terokai. Yela, waktu tu ayam hutan harganya masih mahal lagi dan harganya boleh mencecah beribu-ribu ringgit seekor. Dia memang seorang yang berani dan sangat mahir dalam selok belok hutan nie. Maklumlah, ayam hutan biasanya banyak kat hutan je. Semakin tebal hutan tu, semakin banyak lah ayam hutan tinggal disitu.




Kawasan di sekitar Gunug Panti yang dikatakan mempunyai banyak ayam
Ceritanya bermula begini. Satu hari tu, masa dia minum kat warung Pak ali, Zainal terdengar orang-orang kampung bercerita tentang satu lubuk baru yang banyak ayam hutan berhampiran di Gunung Panti, Kota Tinggi. Kawasan tu agak jauh dan dikatakan kawasan tersebut agak angker dan banyak kisah misterinya!

Tengahari tu, Zainal dah bersiap sedia untuk pergi memburu  di kawasan lubuk yang diceritakan. Siap pakai helmet lagi tu! Zainal masukkan sedikit bekalan minum petang dan perangkapnya kedalam bakul motor. Sepanjang perjalanan tu, Zainal dah mula berangan-angan dapat duit beribu-ribu hasil jualan ayam hutan yang akan ditangkapnya. Perjalanan ke kawasan Gunung Panti tu memang agak dalam dan jauh. Ada lah dalam 30km jarak dari rumahnya.

Dah hampir masuk waktu Asar, baru Zainal sampai ke sebuah kampung, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi dan dia terpikir, "karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat pulak nak solat Asar".

Tak lama kemudian Zainal nampak sebuah surau yang agak uzur dan usang kat tepi jalan sunyi kampung tu. Bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu. Memang agak menyeramkan melihat kawasan tu.

Zainal segera mengambil air wuduk dengan tergesa-gesa, sebab waktu Zohor dah hampir nak habis.

Zainal terus melangkahkan kakinya ke dalam surau dan terus solat. Dia pon mula bersolat macam biasa. Semasa Zainal di rakaat yg kedua, tiba-tiba terdengar bunyi suara orang gelak ketawa. Bulu romanya tiba-tiba naik meremang, "Hish, sapa pulak yangg gelak-gelak tu?" bisik hati Zainal. Setiap kali Zainal melakukan sujud, Zainal terasa kepala dan tengkuknya berat dari biasa. Zainal mula tak sedap hati dan mengesyaki surau nie berhantu, sebab dah uzur sangat. "Sapa pulak yang duduk kat tengkuk aku nie?" katanya didalam hati dengan perasaan yang takut.

Sedaya-upaya Zainal menenangkan hatinya. Kalau boleh, Zainal ingin segera solatnya diselesaikan dan beredar dengan segera. Bulu romanya semakin meremang-remang sebab suara orag ketawa semakin ramai, ada yang sampai terbatuk-batuk.

Syukur! Zainal dah berada di tahiyat yang terakhir. Selesai saja memberi salam ke kanan dan ke kiri, Zainal meraup mukanya dengan tangan dari atas ubun-ubun kepala sampai ke dagu. Kemudian tiba-tiba Zainal tersedar.

Rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sebab terlampau nak cepat. Bila dia toleh je ke belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang-orang kampung yang datang nak sembahyang Asar dok gelakkan dia sebab Zainal sembahyang memakai helmet. Patut ler dia rasa berat semacam je kepala dia tu. Terus hilang perasaan takut dia tu.

Dengan perasaan malu berbaur bengang, terus Zainal meninggalkan surau tersebut macam tu je. Tak jadi dia nak pergi memburu ayam hutan. Dia pulang semula ke kampungnya dan berkata "sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah" 
*hakhakhak :P

Cerita nie hanyalah rekaan semata-mata. Tiada yang kaitan antara yang hidup mahupon yang dah meninggal dunia . Kalau ada pon itu hanyalah ke kebetulan saja :)

P/S: Korang janganlah sampai macam tu sekali ye, kang tak memasal sembahyang jadi tak khusyuk disebabkan bunyi orang ketawa. haha

Jom Baca kisah nie pulak! hikhik

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP