Suka!

Showing posts with label Banglo Hilang. Show all posts
Showing posts with label Banglo Hilang. Show all posts

Misteri Rumah 'Kosong' Di Sekitar Johor Bahru - Kisah Seram

Friday, 6 May 2011

Assalamualaikum semuanya. Hari nie yul nak terbitkan entri kisah misteri. Dah lama jugak yul tak update cerita-cerita seram nie. Rasa rindu pulak. hehe. Kepada yang tertunggu-tunggu tu, maaflah ye. Yul agak busy sikit kebelakangan nie. Nak tulis macam sempat tak sempat je. Nie nasib baiklah ada masa untuk menulis, tu pon sambung je sebab simpan dalam draft. Apa-apa pon jom layan cerita yang yul tuliskan nie. Jangan biarkan hidup anda diselubungi dengan misteri.


Misteri rumah kosong. Ye, itulah kejadian misteri yang telah menggemparkan disekitar johor bahru. Ianya terletak dicelah-celah bandaraya disekitar City Square, Johor Bahru. Rumah yang telah usang dimamah tahun telah lama dibiarkan kosong begitu sahaja. Khabarnya rumah itu kosong disebabkan pemilik/penghuni rumah tersebut telah mati di bunuh oleh perompak. Rumah kosong itu dulunya dihuni oleh keluarga kaya raya/berada yang terdiri daripada ayah, ibu, serta dua orang anaknya, seorang laki dan seorang perempuan. Mereka menghuni dirumah tersebut semenjak bandar itu dibangunkan lagi. Tiba-tiba, ayah, ibu serta abangnya mati dibunuh dengan begitu kejam oleh geng perompak yang tidak dikenali. Anak perempuan keluarga tersebut terselamat dari pembunuhan kejam geng perompak tersebut kerana dia sempat menyembunyikan diri. 

Anak perempuannya yang bernama Nurul terkejut apabila mendapati ayah, ibu serta abangnya telah pergi meninggal dunia meninggalkan dia keseorangan. Setiap hari dia hanya dapat berdiam diri serta menangis didalam biliknya. Akibat rasa sedih yang memuncak, Nurul membunuh diri disebabkan tekanan perasaan. Dia tidak dapat membendung kesedihannya dan tidak dapat menerima kehilangan keluarga-keluarga yang selalu berdamping bersamanya selalu.


Tapi tu dulu punya cite. Hampir 20 tahun juga rumah itu masih kosong tanpa berpenghuni. Yang yul tahu, rumah itu betul-betul usang tidak berpenghuni dan kosong. Tak tahulah pula kalau-kalau ada makhluk lain yang menghuni rumah tersebut. Kalau dah lebih 20 tahun, mesti ada makhluk lain yang menghuni rumah kosong tersebut kan? Rumah tersebut sering dijadikan tempat the seekers. Bukan the seekers dalam television tu ok seperti yang diheboh-hebohkan tu. Tapi ianya budak-budak remaja yang meminati kisah-kisah mistik. Mereka nie jenis tidak takut apa-apa pon. Orang kata hati keringlah.

Cerita nie ada dua versi, Kisah pertama. Menurut penduduk-penduduk sekitar perumahan tersebut, sesiapa yang memasuki rumah kosong itu. Pastinya mereka diganggu sehingga menyukarkan mereka untuk keluar dari rumah tersebut. Rumahnya bukan lah besar mana pon. Tapi, menurut orang-orang disitu. Dah ramai orang yang masuk kat rumah tu. Tapi tak jumpa jalan keluar.  Kebanyakkan mereka adalah golongan remaja yang masuk rumah tu. Kalau keluar terus jadi pendiam, meracau tak tentu pasal, dan ada juga sesetengah yang sudah menjadi gila akibat tekanan perasaan. Kalau yang pergi tapi tak ada ape-ape yang berlaku, alhamdulillah lah kan.
rumah inilah yang dikatakan berhantu tu.
Kejadian nie benar-benar berlaku terhadap seorang penggemar cerita mistik yang hanya dikenali sebagai Nuar(bukan nama sebenar). Nuar bersama rakan-rakan telah memasuki ke rumah kosong tersebut satu ketika dulu ketika dia masih belajar lagi di Politeknek, Johor Bahru pada 5 tahun yang lepas. Masa tu kalau tak silap pada tahun 2007, kacak dan masih muda lagi. Mereka masuk ke rumah kosong berkenanaan setelah dicabar oleh kawan-kawannya sendiri. Biasalah, time muda-muda dulu, suka cabar mencabar. Pantang betul kalau orang lain mencabar. Yela, takut digelar penakut pula. Nuar bersama rakan-rakannya telah masuk ke rumah tersebut. 

Masuk-masuk je, seperti tiada apa-apa yang berlaku. Mereka mula menggeledah isi rumah berkenaan. Tanpa di duga, tiba-tiba je salah seorang dari kawan mereka meracau tak tentu pasal seperti orang dirasuk. Biasalah, ada tetamu tak diundang, tiba-tiba ada tetamu yang hadir ke tempatnya. Memang kene kacaulah. Kawan-kawannya lain ada yang mula berasa takut, ada yang cemas dan ada juga yang masih memberanikan diri. Nuar mula meremang dan cuba memberanikan diri.  Melihat keadaan kawannya yang meracau itu, dia pon cuba menenangkannya. Kelihatan kawannya itu semakin liar dan mengganas. Masa dia cuba menenangkan kawannya yang meracau tu, tiba-tiba sekali lagi mereka dikejutkan dengan tangisan seorang wanita. Mereka terdengar suara wanita menangis teresak-esak yang tidak tahu mana datang arahnya. Keadaan menjadi semakin panik, mereka jadi tak tentu arah. Beberapa orang dari mereka cuba mencari suara tangisan tersebut. Dari tingkat atas sehinggalah ke bawah. Tetapi hampeh, satu ape pon mereka tidak menjumpai asal bunyi tangisan yang dicari tu. Dalam mencari suara tangisan tersebut, tiba-tiba je mereka terdengar bunyi raungan orang menjerit-jerit seperti orang dibunuh. Ye, jeritan tersebut merupakan raungan arwah ayah, ibu serta abangnya yang dibunuh satu ketika dahulu. Keadaan semakin kucar-kacir, bunyi tangisan wanita bersama jeritan orang meminta tolong mula menghantui rumah tersebut. Tanpa melengahkan masa, Nuar serta kawan-kawannya yang lain nekad untuk beredar dari rumah kosong itu. Mereka tidak mahu kejadian yang tidak diingini berlaku sekali lagi seperti kawannya yang masih meracau. Mereka membawa rakan yang meracau itu sambil mencari keluar. Tapi mereka sekali lagi dikecewakan, disebabkan jalan masuk yang mereka lalui tidak jumpa. Kemanakah jalan tersebut menghilang? Wallahualam. Cuma tuhan je yang tahu keadaan mereka masa tu. Nuar terus mencari jalan keluar sambil membaca ayat-ayat suci al-quran yang telah dia pelajari daripada gurunya. Akhirnya, dia kini dapat keluar juga daripada rumah tersebut. 

Kawannya yang meracau tu telah pon menjadi gila akibat tekanan perasaan. Nuar serta kawan-kawannya yang lain menyesal memasuki rumah kosong tersebut yang penuh dengan misteri. Sehingga kini, nuar tidak pernah mengikuti mana-mana lagi ke rumah kosong mahupon tempat yang dikatakan mistik. Dia tidak mahu perkara yang sama berulang lagi seperti ditimpa terhadap kawannya.
Jalan sunyi menuju pulang kerumah
Kisah kedua nie berlaku ke atas seorang pelayan hotel yang bernama Adie(bukan nama sebenar). Adie dalam perjalanan ingin pulang dari Hotel Amsari menuju kerumahnya. Waktu tu jam menunjukkan pada pukul 12.40 malam. Maklumlah, masa tu Adie terpaksa jaga acara makan malam ditempat kerjanya. Sebab tu dia pulang lewat sehingga ke tengah malam. Hampir tiap-tiap hari Adie melalui dihadapan rumah kosong tersebut. Jalan tu merupakan satu-satunya jalan pintas untuk pulang kerumahnya.  Sampai dijalan sekitar rumah kosong tersebut, Dia ternampak seorang wanita berbaju putih sedang menangis teresak-esak. Lantas, adie memberhentikan kenderaannya dan bertanya kearah perempuan tersebut mengapa dia menangis ditengah-tengah malam begini? Wanita tersebut menangis sambil menunjukkan arah ke arah jalan yang ingin ditujui. Adie tidak mencurigai apa-apa pon. 

Tanpa merasa was-was, Adie pun menumpangkan wanita berkenaan. Wanita tersebut menyuruh Adie agar tidak memandu laju. Biarlah dengan membawa perlahan sahaja katanya. Wanita itu memberitahu bahawa dia telah kehilangan keluarga tercinta ketika dia berusia 15 tahun. Wanita tersebut bercerita sambil menangis teresak-esak ketika melihat kematian ayah, ibu serta abangnya dibunuh oleh perompak. Adie cuba menenangkan wanita berkenaan dengan mengatakan bahawa setiap manusia pasti akan kehilangan orang yang disayangi. Tetapi wanita itu terus menceritakan kepada Adie bahawa berlaku 1 kejadian telah berlaku pada dirinya. Wanita itu memberitahu Adie bahawa dia  pernah mengelar tangannya sendiri akibat tekanan perasaan. Adie lantas bertanya kepada wanita tersebut "Masha'allah, lepas tu apa yang terjadi?" Wanita itu terus berkata, "awak nampak rumah tu? Disitulah saya membunuh diri dengan mengelar tangan saya sendiri"..

Adie terus membaca ayat al-quran yang terlintas didalam kepala otaknya. Yang terdengar hanyalah hilaian tawa serta tangisan wanita berkenaan yang tiba-tiba hilang begitu sahaja. Adie cepat-cepat memecut kereta yang dipandunya tanpa menoleh kebelakang. Bila sampai di rumah je, dia menceritakan segalanya kepada Atuknya yang tinggal bersamanya. Atuknya yang berusia 77 tahun hanya tersenyum kerana kejadian sebegini sering berlaku di kawasan itu. Semenjak dari itu, Adie jarang pulang lewat ke rumah dan tidak pernah melalui jalan pintas tersebut.

Sehingga kini, rumah tu masih kosong dan dibiarkan begitu sahaja tanpa berpenghuni. Macam mana dengan keadaan rumah tu, yul pon tak berapa pasti lagi. Cuma mereka-mereka je yang tahu. Misteri tetap menjadi misteri. 

Read more...

Misteri Banglo Hilang Di Taman Rinting

Friday, 25 February 2011

Satu ketika dulu cerita nie pernah digemparkan dengan misteri kehilangan rumah banglo hilang disekitar Masai, Johor. Korang pernah dengar tak cerita nie? Yul pernah kesana, tempat yang dikatakan banglonya hilang tu. Memang kawasan ada satu kawasan tu nampak agak luas tanpa sebarang rumah. Macam mana banglo tu hilang masih tidak diketahui. Wallahualam.


Kisah cerita ni memang banyak versi, ada penduduk di sana menceritakan bahawa pemilik rumah berkenaan mengamalkan ilmu hitam untuk mendapatkan duit dengan mudah dan senang. Duit yang didapati daripada perkara pengamalan ilmu tersebut tidak boleh digunakan untuk perkara haram walaupun 1 sen sekalipon. Tetapi duit yang diperolehi daripada ilmu tersebut, dengar cite berjuta-juta. Dan digunakan sebahagian untuk perjudian. Dia telah melanggar peraturan ilmu tersebut. Rumah itu dighaibkan dan penghuni terpenjara dalam alam yang satu lagi. Mungkin orang kat rumah dah jadi bunian kot sekarang nie. Dah hidup kat alam sana bersama orang-orang bunian. wallahualam. Yang tinggal kat tapak banglo tu hanyalah tangga! kenapa tangga di tinggalkan?

Versi ke dua pula ada yang menceritakan bahawa pemilik rumah berkenaan makan harta anak yatim, dan dia membina rumah yang besar dengan menggunakan harta anak yatim tersebut.

Versi ke 3 lagi la macam haram. Banglo nie di katakan hilang pasal ada seorang sami buddha nie nak test power kasi hilang, pastu banglo tu pun hilang tak timbul-timbul. haram tak? nak jadi David Copperfield  tu pon agak-agak la.

Beberapa bulan selepas di dapati hilang, ada sekumpulan mamat nie nak buat research kat tapak rumah tersebut, tapi bila 2 hari dari tarikh mereka nak pergi, mereka di datangi satu mimpi yang sungguh misteri. Dalam mimpi tu mereka nampak ibarat satu lorong yang panjang, penghujung lorong tersebut terdapat sebuah gate yang besar. Macam gate banglo. Di sepanjang lorong ada orang yang berkelubung kelabu melambai-lambai di kiri dan kanan. Mereka melambai seolah-olah mengajak masuk menuju ke arah gate tersebut. Yang menjadi persoalannya ialah mimpi itu terjadi kepada tiga orang ahli mereka secara serentak! Seorang lagi 'berisi' mimpi seorang tua memakai pakaian putih nasihatkan jangan ke rumah tersebut. Orang tua tu berada di hujung simpang. Sehinggalah pada hari di janjikan, mereka membatalkan hajat mereka untuk membuat research tentang kehilangan banglo tersebut. Ye! kisah banglo hilang nie pernah keluar kat Mastika beberapa tahun lalu. Persoalan yang menjadi tanda tanya, mengapa kalau rumah tu di katakan tak siap, tapi ianya mempunya lantai berbatu marmar?

apabila menggunakan google maps, nie lah hasilnya beberapa tahun yang lepas.

sekarang sudah di tempatkan kuil di situ. di ambil pada 8 Februari 2011

HILANG, gambar yang di ambil beberapa tahun yang lepas. Jangan tertipu dengan bumbung yangg berwarna merah tu, ianya terletak di belakang tapak rumah yang hilang.

Sebelah kiri, rumah yang mengambil alih kawasan tersebut dan baru didirikan. sebelah kanan, rumah belakang berbumbung merah.  Kawasan kosong tu sekarang di buat kuil. Yang sebelah kiri ni juga terdapat simbol swastika Buddha.
Kalau nak di ikutkan pada tahun 2002 dan 2003 dulu, tak de lah pagar secantik yang kita boleh tengok seperti gambar-gambar di atas nie. Dulu cuma pagar dawai yang kaler hijau tu je, siap nampak batu marmarnye lagi. Security kat kawasan tu memang ketat gila, pantang nampak kereta berhenti kompem di halaunya.

Yul selitkan salah 1 story dari seseorang nie.

"Saya nak tambah sedikit. Apa yang saya tau pasal banglow kat taman rinting nie..Seingat saya, banglow nie hilang kalau tak salah lah tahun 2003 or 2004. sory saya lupa sebab waktu tu saya baru je habis SPM. Saya duduk dirumah abang ipar saya  masa tu, kat taman daya yang bekerja sebagai Pegawai Penilaian Hartanah. So, dia banyak kawan dengan Pemaju-pemaju Perumahan kat sekitar JB nie. Ada sekali tu, dia pernah bawak saya pi tempat banglow tu. Waktu malam pulak tu. Tiba je kat banglow tu, secara automatiknya bulu roma saya berdiri tegak. hahaha. waktu tu, saya just nampak pagar rumah banglow tu dan Dua tiang Roman yang tinggi tu je..(tapi tangga tu saya tak perasan pulak). yup, tapak rumah tu  memang bersih waktu tu.. takde rumput tumbuh lagi. Saya nak keluar dari kerete tapi abang ipar saya tak bagi coz dia takut saya lemah semangat. Memang ramai orang kat situ, tapi org penting-penting je lah. Polis jaga laluan masuk ke banglow tu. Project Engineer, Clerk OF Work, Project Manager dan Contractor masing-masing sibuk melihat Drawing plan Phase taman Rinting tu.

Memang ternyata banglow tu dulu dibuat sehingga dapat CFO. tapi tetiba hilang. Sejam kemudian saya dan abang ipar balik rumah kat taman daya.

Sampai kat rumah, saya terus masuk. Tapi abang ipar marah saya. dia ajak saya duduk luar dulu dalam 10 minit. Kemudian dia cakap entah kat sapa,

"Sampai kat sini je, jangan ikut aku dan adik aku masuk dalam".. Wow.. menggigil saya dibuat nya.. pastu saya terus masuk dan mandi.

Kemudian abang ipar panggil dan cerita tentang banglow tu. Dia cakap, banglow tu ader org India yang beli. Tetapi, dia beli guna duit anak orang Yatim.. It's means, Orang India tu sepatut nya bagi duit derma yang orang ramai bagi tu kat rumah kebajikan anak yatim johor. Tapi dia klepet ape entah sampai dia dapat duit tu dan dia beli banglow tu. Kira untuk bayar down payment lah tu. Pastu dia buat loan dan lantik abang ipar saya untuk buat penilaian kat rumah banglow tu. Tu yang abang ipar saya kena datang ke taman rinting waktu banglow tu hilang.. Dan pasal dia tak bagi saya masuk rumah terus masa sampai rumah kat taman daya tu, coz petang sebelum dia kena pi kat tempat kejadian ader ustaz nasihat supaya jangan terus masuk rumah selepas datang banglow tu. Takut ade yang ikot kate nya. tu jelah yang saya tau..

Waktu progress work, abang ipar saya tak terlibat. Tetapi waktu india tu nak buat loan kat bank, abang ipar sy dilantik untuk menilai banglow tu.. selepas itu abg ipar sy akan datang ke banglow itu untuk tangkap gambo, n buat penilaian.. sebelum tu memang ader banglow tu.. tapi selepas proses 'hand over keys' tetiba banglow tu hilang.. tu yg jadi gempar tu.. kalo sy balik jb nanti sy try tanyer abg ipar sy samada dia ader simpan gambo tu or tak.. n sy akan try tanyer citer yg lebih terperinci.. wat mase skrang sy ngah bz ngan final exam.. sory ehh.. wassalam"

Begitulah sedikit sebanyak kisah misteri banglo hilang di Taman Rinting, tetapi sehingga kini budak yang berjanji nak beri gambar asal banglo tersebut tidak upload pun gambar yg di maksudkan. Misteri menjadi semakin misteri. Sehingga kini ianya tak terungkai lagi.
 Sehingga sekarang, ianya menjadi satu misteri yang belum terjawab. Adakah ianya benar-benar berlaku? Wallahualam. Yul pon tak pasti. Bukan tak nak percaya, tetapi adakah ianya benar rumah banglo tersebut tu hilang begitu sahaja. Cuma allah je yang tahu kejadian yang sebenar-benarnya. Yul memang pernah dengar cite tu, tapi entah la erk. hikhik. 


Jom Bace nie pulak! 

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP