Suka!

Showing posts with label Manchester United. Show all posts
Showing posts with label Manchester United. Show all posts

(Video) Highlight Gol Perlawanan Manchester United VS Manchester City | Keputusan Perlawanan Piala Perisai Komuniti (Community Shield) 3-2

Monday, 8 August 2011

Tadi yul tak sempat nak menyaksikan secara live perlawanan Manchester United menentang Manchester City. Yul tahu kemenangan mereka pon melalui laman sosial internet. Apa-apa pon tahniah kepada pasukan Manchester United kerana telah berjaya mengalahkan Manchester City. Tahun ini, Manchester United sekali lagi berjaya merangkul piala Subangsih.


Nani, Manchester United


Ulasan ringkas perlawanan
Pada separuh masa pertama, Manchester City telah menjaringkan 2 gol hasil jaringan Joleon Lescott pada minit ke-38 dan Edin Dzeko pada minit ke-45. Namun, Manchester United telah bangkit  dengan menyamakan kedudukan 2-2 setelah ketinggalan 2-0 pada separuh masa pertama. Chris Smalling menjaringkan gol pada minit ke-52 dan Nani pada minit ke-58 sebelum melengkapkan kemenangan ke atas Manchester City 3-2 hasil jaringan Nani lagi pada minit ke-93 sekaligus memenangi Perisai Komuniti di Stadium Wembley 
Berikut adalah video highlitght gol perlawanan Manchester United VS Manchester City.
Video: Manchester City 1-0 Manchester United | Gol Joleon Lescott 38′


Video: Manchester City 2-0 Manchester United | Gol Edin Dzeko 45′


Gol Kemenangan Manchester United (Jaringan Nani m-93)

Apa-apa pon, Manchester dah menunjukan prestasi yang baik untuk musim baru ini. haha. GGMU <3

Read more...

Manchester United Kalah? Redha je lah

Sunday, 29 May 2011

Manchester United kalah dengan Barcelona? Adat la tu kan. Setiap permainan mesti ada yang kalah dan menang. Walaupon United kalah dengan skor 1-3, tapi sekurang-kurangnya United berjaya juga melangkah ke final. Apa-apa pon, tahniah kepada Barca kerana sekali lagi menjulang trofi pada tahun ini setelah menewaskan United sebelum ini di final pada tahun 2009, 2 tahun lalu.


Yul percaya, ramai diantara korang-korang semua yang tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan perlawanan akhir nie. Yang pastinya, kedai mamak lah menjadi pilihan para peminat untuk menonton bola. Macam dah jadi trend pulak. Bila ada bola je, kedai mamak jugak orang pilih. Yul pon tak ketinggalan sama untuk menonton perlawanan akhir juara-juara kelab bola sepak di kedai mamak.


Sampai-sampai je, meja-meja dan kerusi di mamak dah dipenuhi dengan manusia. 2 Jam sebelum perlawanan lagi para peminat Barcelona dan Manchester United dah berada disitu. Fanatik sungguh melihat aksi-aksi mereka tu. Ada yang pakai baju pasukan masing-masing, ada yang mencoleh cat di muka mereka. Dan paling  tak boleh blah, ada sorang mamat nie pakai baju chelshit. Haha.


Memang riuh gile suasana di kedai mamak. Sampai ada yang sanggup duduk ditepi jalan, diatas motor dan ada juga yang diatas bumbung kereta semata-mata nak melihat perlawanan akhir nie. Yul tak menyangka mereka sungguh fanatik. Mereka saling menyorak dan bersorak. Maklumlah, pertembungan 2 kelab gergasi eropah, juara kelab England dan juga  juara kelab Sepanyol.


Walaupon United kalah, tapi yul cukup terhibur menyaksikan bola sepak pagi tadi. Kalah pon, kalah bermaruah. Tahun nie ada lah jugak piala, daripada tak ada langsung kan? haha. Kira kelab terbaik antara banyak-banyak kelab. Kelab lain ada kew yang masuk final?


Bila sampai rumah je, macam biasalah. Sebelum tidur, yul akan semak fb dan e-mail dahulu. Bila yul buka fb je, penuh dengan kegembiraan mereka. Tapi kebaanyakan dari mereka tu semuanya haters-haters United.


Kepada fans Manchester United, jangan jadi seperti lalang yang mengikut arah angin. Terimalah segala kritikan yang di lemparkan.. Tak rugi pun kerana sejauh ini sahaja yang mereka mampu lakukan. GGMU!

Read more...

Punca Malas Nak Mengemaskini Blog

Tuesday, 8 March 2011

assalamualaikum semuanya. Dah lama yul tak menulis entry baru untuk tatapan korang. Traffik di blog yul nie pon dah makin merundum. Tapi masih stabil lagi kot. Tak ada lah kurang mana pon. Masih lagi ada pembaca yang membaca walaupon yul tak mengupdate blog. Nie semua dengan menggunakan kuasa SEO yang tak berapa power sangat.hehe. Maklumlah ye, busy sikit kebelakangan nie. Jadi tak ada masa sangat nak berblogging.




Kekalahan United semalam pon mematahkan semangat yul untuk mengemaskini blog ini. Walaupon cerita nie dah basi, tapi bagi yul nie lah punca utama kenapa yul tak berupdate blog. hehehe. Bukak facebook je ramai yang mengutuk pasukan feveret yul nie. Yang peliknya fans club lain beria-ia sangat mengutuk united! Tu yang makin tak ada mood. Takpe-takpe, Yul masih lagi bersabar disini. 


Yul terima kekalahan Manchester United tu. Setiap permainan mesti ada yang kalah dan menang kan? Takkan nak menang je kot. Lagipon Manchester United masih lagi di tangga pertama kat BPL tu walaupon kalah berturut-turut. Gagal sekali tak bermakna ia gagal selama-lamanya. Tak heran sangatah kalau korang kutuk-kutuk. hekhek. Jangan jeles ye!


Read more...

Khairul Fahmi Bakal Menggantikan Van Der Sar

Monday, 3 January 2011


Wah-wah! Betul kew Khairul Fahmi bakal beraksi di Manchester United bagi menggantikan Van Der Sar. Kalau betul baguslah kan. Yul bangga sekiranya benar Khairul Fahmi bermain di Manchester United. haha


Khairul Fahmi yang mungkin bakal beraksi di Manchester United? haha

Van Der Sar bakal bersara
 Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson berminat untuk mendapatkan Khairul Fahmi bagi menggantikan Van Der Sar setelah menyaksikan aksi cemerlang Khairul Fahmi pada perlawanan akhir AFF Piala Suzuki 2010 beberapa hari yang lepas.

Khairul Fahmi merupakan tunggak kejayaan pasukan Malaysia pada Piala AFF Suzuki 2010 yang lepas. Kejayaannya dalam menyelamatkan gawang gol dari serangan pasukan Indonesia pada babak awal permainan menarik minat pengurus Manchester United. Sir Alex Ferguson berkata ''Dia merupakan salah satu penjaga gol terbaik yang pernah dihasilkan dan jika ia diberi peluang dia boleh sebarisi dengan Buffon, Casillas, dan Van Der Sar.

"Van Der Sar merupakan salah satu penjaga gol terbaik yang pernah kami miliki, tetapi keinginan dia untuk bersara, kita memerlukan seseorang yang boleh menggantikan tempatnya dan dia ( Khairul Fahmi ) adalah calon terbaik yang kita miliki untuk saat ini" kata Sir Alex Ferguson.








Sama ada betul kew tak yul tak pasti sangatlah kan. Yang yul terkejut sampai keluar kat utusan online tu!  haha. Saje nak kongsikan kat blog nie sebab yul memang minat pasukan Manchester United! Lagi-lagi kalau ada pemain Malaysia yang terlibatkan. Korang boleh lah klik kat sini dan tengok lah sendiri. Tapi yul rasa tu semua bohong je kot, huhu



Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP