Suka!

Showing posts with label yul aje. Show all posts
Showing posts with label yul aje. Show all posts

http://yulsahaja.com - Akhirnya Yul Memiliki Nama Domain Sendiri :)

Thursday, 5 May 2011

Assalamualaikum semuanya. Yea! Akhirnya blog yul aje telah pon berubah. Kini, genap 6 bulan yul berblogging, dan akhirnya ianya telah bertukar rupa juga. Bukan berubah dari segi wajah blog mahupon cara penulisan. Cuma berubah dari segi nama Domain sahaja. Yang selebihnya yul masih mengekalkan seperti sebelum ini. Walaupon cuma bertukar nama domain je, tak tukar hosting. Tapi tak apa lah kan. Asalkan ianya berubah. Daripada tak ada langsung kan.  

Lepas nie blog yul tak dibelengu dengan perkataan dot blogspot dibelakang URL tu. Dah tak ada lagi dah dot blogspot-blogspot nie. Yang adanya cuma yulsahaja.com. Simple je kan nama URL yul. Tak syok ah kalau ada dot blogspot kat belakang tu. Baru nampak macam gempak sikit. haha. Gempak kew? Entah lah erk.


Sebenarnya niat yul nak beli domain nie memang dah lama. Semenjak bulan lepas lagi kot yul dah merancang untuk mempunyai domain sendiri. Tapi di atas sebab-sebab tertentu, terpaksa yul tangguhkan niat yul untuk membeli domain nie. Nak elak tak boleh, so kenelah extand sehingga sekarang baru dapat yul gunakan nama domain nie.


Perubahan juga terdapat jika kita beralih ke nama domain sendiri nie. Kedudukan blog traffik yul terus menjunam ke bawah tanpa sebarang bantuan payung terjun. Sangat sedih!


Kedudukan Alexa Page Rank Sebelum & Selepas Menukar Nama Domain.
Dulu punya, sewaktu menggunakan nama domain blogspot
kini, menggunakan nama domain sendiri
Sebelum nie, Blog yul nie di Alexa Page Rank mendapat kedudukan 630k. Tapi sekarang, ianya langsung tak dapat dikesan langsung. Perubahan yang amat ketara. Maklumlah ye, domain baru. Alexa tak dapat nak analisis traffik dan kedudukan blog yul nie lagi. hehe. Sedih wouh kedudukan blog yul telah jatuh menjunam. sob. sob :(


Yul beli domain nie di NetKL.com secara online. Terima kasih diatas perkhidmatan yang diberikan. Puas hatilah juga dah ada nama domain sendiri nie. Cuma RM 31.60/1tahun je untuk menukar nama domain nie? Berbaloi kew? Korang gunalah dulu ye. Sebab yul pon baru je tukar. So, tak tahu apa-apa lagi. hehe. Yang penting niat yul dah tercapai untuk menggunakan nama domain sendiri.


Kalau tak ada duit, korang boleh jugak register domain percuma . Tak payah bayar. Daftar, kemudian terus boleh digunakan. Seperti domain yang berdot co.cc tu. huhu. Tapi tak best lah kan. Sebab banyak risiko yang perlu korang hadapi. Lagi best kalau ianya berdot com. 


Yul tak hina sesiapa pon. Ianya sekadar luahan yul sahaja dapat menggunakan domain baru. Puas hati je dapat guna nama domain sendiri. hehe. Kepada yang terasa sila makan hati. ;P 

Read more...

Traffik Blog Yul Cecah 2K UV & 3.8K PV in 1 Day! Awesome!

Wednesday, 6 April 2011

Assalamualaikum semuanya. hehe. Yul rasa gembira sangat-sangat melihat blog nie. Mana taknya, semalam, masa yul buka akaun nuffnang. Check analitik traffik macam lain je. Terkejut beruk melihat analitik blog yul nie. Graf hijau panjang sedepa-sedepa. Sebelum nie sejengkal-sejengkal je kot. hehe. Tak pernah-pernah pon yul tengok blog boleh mencapai pembaca sebanyak nie. Korang tengoklah kat bawah tu. 

banyak tak? hehe
Hari semalam dalam sejarah
Post entri yang dibawah nie banyak meningkatkan traffik di blog yul

(terima kasih ABPBH ;D)


Sejarah dalam yul berblogging, tak pernah-pernah pon dapat traffik sebanyak nie. Follower yul bukannya ramai mana pon kan kan? Follower ramai tak semestinya kita boleh mencapai traffik yang tinggi. Alhamdulillah syukur, akhirnya blog nie dapat jugak mencecah UV dan PV yang banyak. Actually, yul tak jangka langsung blog nie boleh mendapat pengunjung sebanyak macam tu. Macam tak percaya je. Kan bagus kalau blog yul sentiasa dapat traffik macam nie je. hehe. 


Ye yul tahu, orang lain punya traffik lagi banyak, bahkan lagi tinggi daripada yul. Tapi apa salahnya kan yul nak kongsikan analitik traffik nuffnang yul kat blog nie kan? Orang lain boleh, tak kan yul tak boleh pulak kot. huhu. Yul bukan nak bangga atau pon riak. Cuma terharu je. Macam tak sangka blog nie boleh mendapat pembaca sebanyak tu. Apa-apa pon, terima kasih yul ucapkan kepada pembaca, pengunjung yang sudi singgah membaca blog yul nie. Kehadiran anda amat bermakna bagi yul. Tanpa anda, blog nie bukan apa-apalah sangat. hekhek


Hari ini dalam sejarah, harap-harap dimasa akan datang yul boleh mencapai traffik yang lagi tinggi.


P/S: Yul boleh, korang pasti boleh juga :) Tapi satu hari je lah kot. hekhek

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP