Suka!

Showing posts with label blogspot. Show all posts
Showing posts with label blogspot. Show all posts

http://yulsahaja.com - Akhirnya Yul Memiliki Nama Domain Sendiri :)

Thursday, 5 May 2011

Assalamualaikum semuanya. Yea! Akhirnya blog yul aje telah pon berubah. Kini, genap 6 bulan yul berblogging, dan akhirnya ianya telah bertukar rupa juga. Bukan berubah dari segi wajah blog mahupon cara penulisan. Cuma berubah dari segi nama Domain sahaja. Yang selebihnya yul masih mengekalkan seperti sebelum ini. Walaupon cuma bertukar nama domain je, tak tukar hosting. Tapi tak apa lah kan. Asalkan ianya berubah. Daripada tak ada langsung kan.  

Lepas nie blog yul tak dibelengu dengan perkataan dot blogspot dibelakang URL tu. Dah tak ada lagi dah dot blogspot-blogspot nie. Yang adanya cuma yulsahaja.com. Simple je kan nama URL yul. Tak syok ah kalau ada dot blogspot kat belakang tu. Baru nampak macam gempak sikit. haha. Gempak kew? Entah lah erk.


Sebenarnya niat yul nak beli domain nie memang dah lama. Semenjak bulan lepas lagi kot yul dah merancang untuk mempunyai domain sendiri. Tapi di atas sebab-sebab tertentu, terpaksa yul tangguhkan niat yul untuk membeli domain nie. Nak elak tak boleh, so kenelah extand sehingga sekarang baru dapat yul gunakan nama domain nie.


Perubahan juga terdapat jika kita beralih ke nama domain sendiri nie. Kedudukan blog traffik yul terus menjunam ke bawah tanpa sebarang bantuan payung terjun. Sangat sedih!


Kedudukan Alexa Page Rank Sebelum & Selepas Menukar Nama Domain.
Dulu punya, sewaktu menggunakan nama domain blogspot
kini, menggunakan nama domain sendiri
Sebelum nie, Blog yul nie di Alexa Page Rank mendapat kedudukan 630k. Tapi sekarang, ianya langsung tak dapat dikesan langsung. Perubahan yang amat ketara. Maklumlah ye, domain baru. Alexa tak dapat nak analisis traffik dan kedudukan blog yul nie lagi. hehe. Sedih wouh kedudukan blog yul telah jatuh menjunam. sob. sob :(


Yul beli domain nie di NetKL.com secara online. Terima kasih diatas perkhidmatan yang diberikan. Puas hatilah juga dah ada nama domain sendiri nie. Cuma RM 31.60/1tahun je untuk menukar nama domain nie? Berbaloi kew? Korang gunalah dulu ye. Sebab yul pon baru je tukar. So, tak tahu apa-apa lagi. hehe. Yang penting niat yul dah tercapai untuk menggunakan nama domain sendiri.


Kalau tak ada duit, korang boleh jugak register domain percuma . Tak payah bayar. Daftar, kemudian terus boleh digunakan. Seperti domain yang berdot co.cc tu. huhu. Tapi tak best lah kan. Sebab banyak risiko yang perlu korang hadapi. Lagi best kalau ianya berdot com. 


Yul tak hina sesiapa pon. Ianya sekadar luahan yul sahaja dapat menggunakan domain baru. Puas hati je dapat guna nama domain sendiri. hehe. Kepada yang terasa sila makan hati. ;P 

Read more...

NetKL Menjadi Pilihan Untuk Membeli Domain?

Tuesday, 22 March 2011

Assalamualaikum semuanya. Sebelum nie yul ada mengeluarkan entri ingin membeli nama domain sendiri kan? So, banyak tempat jugak yul dah pergi survey diantaranya ServerFreak, Sempoihosting, Godaddy dan Netkl. 
Masa tengah dok melayan produk dan harga kat NetKL nie tiba-tiba pelanggan perkhidmatan NetKL datang memberikan layanan. Sempat jugak lah bersembang dengan dia. 

Sangat mesra 
Banyak jugak yang yul tanya kat dia. Apa yang yul tak faham semua dia huraikan satu persatu. Dari segi pembayaran, mengenai hosting, dan macam-macam lagi. Tapi, ada effect jugak eh sekiranya kita tukar nama domain. Jadi yul kongsikanlah kepada korang, tiga kesan yang akan berlaku sekiranya korang menukar ke nama domain yang baru.

  • Alexa Rank akan jatuh sebab menukarkan dan mamakai URL nama Domain yang baru.
  • Page Rank pon turut jatuh jugak sebab bertukar link.
  • Nuffnang tidak akan mengira traffik kita pada hari kita menukar nama Domain terbaru
Puas hatilah diatas layanan yang diberikan oleh mereka nie. Padahal belum beli lagi tu. Tapi yul memang merancang nak beli kat situ kot. Insyallah dalam masa terdekat nie yul akan menggunakan nama Domain sendiri. Tunggu je lah ye, hehe. :)

    Read more...

    Bercadang Menggunakan Nama Domain Sendiri. Adakah Ianya Berbaloi?

    Sunday, 20 March 2011

    Domain? Apa itu domain? Bagi sesetengah blogger baru mesti yang tak tahu kan apakah yang dimaksudkan dengan domain. Domain nie adalah nama unik yang diberikan untuk mengenali nama server komputer seperti web server atau email server di laman internet. Ianya berfungsi untuk mengingat nama server dan mempermudahkan pengguna di internet ketika melakukan akses ke blog/website korang. URL blog korang yang menggunakan blogspot/wordpress dihadapan akan berubah menjadi singkatan .com/ .net/ .org/ dan lain-lain lagi  sekiranya korang membeli domain.

    Domain
    Berbaloikah sekiranya kita membeli domain? Apakah kelebihan yang kita akan dapat sekiranya menggunakan domain? Soalan nie selalu bermain didalam fikiran yul sendiri. Setelah diperhatikan, diselidiki dan dikaji, rupanya banyak jugak kelebihan menggunakan domain nie.


    Apa yang yul dapat lihat, kebanyakkan blogger-blogger sekarang nie banyak yang sudah mempunyai domain sendiri. Mungkin ada sesetengah blogger berfikir ianya membuang duit dan masa membeli nama domain nie. Kenapa harus membazirkan wang tanpa hala tujuan? Bagi yul, ianya tak de lah macam tu sekali. Biarpun kita membuang duit dan masa, tetapi kepuasan kita dalam memiliki sesuatu sukar dikecapi. Terasa puas dan seronok apabila yul sendiri dapat menggunakan nama domain sendiri seperti http://www.yulsahaja.com. Walaupon yul baru berblogging tak sampai 4 bulan lagi, tapi apa salahnya sekiranya yul ingin memiliki nama domain sendiri?


    So, yul bercadang juga untuk memiliki nama domain sendiri menggunakan dot com.  Dah rimas lah asyik pakai dot blogspot je. Nak taip pon susah sebab panjang sangat kan URL nya tu? Orang nak ingat URL blog pon susah, sebab ada blogspot. Jadi macam cacat pulak bila melihat semula. So, apa salahnya kan sekiranya kita ingin berubah sesuatu dan kelainan didalam blog nie. 


    Insyallah, kalau tiada aral, mungkin dalam masa terdekat nie, yul akan membeli dan menggunakan Nama Domain sendiri. Tengah survey-survey mencari yang terbaik. hee :) 
    Wang boleh dicari, Tetapi kepuasan sukar dikecapi.

    Read more...
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Yul Aje

    Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

      © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

    Back to TOP