Suka!

Showing posts with label Astro. Show all posts
Showing posts with label Astro. Show all posts

Man Juara Raja Lawak Musim Ke 5 Tahun 2011

Saturday, 19 March 2011

Raja Lawak Musim Ke 5




Man meraih undian SMS tertinggi pada malam kemuncak tersebut sekaligus menewaskan dua finalis lain iaitu R2 dan Balas yang masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga.

Man, Juara Raja Lawak Baru Musim ini telah berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100'00 dan barangan elektrik serta trofi Raja Lawak Tajaan Astro. Naib juara pula diraih oleh R2 yang membawa pulang wang tunai RM50'000 dan barangan elektrik serta trofi. Manakala Balas pula menduduki tempat ketiga yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM30'000 bersama barangan elektrik serta trofi. Hadiah tersebut telah disampaikan oleh Pelawak Lagenda iaitu Mat Sentul serta diiringi oleh Pengurus Saluran Astro Prima Dan Warna, Encik Nizam Sani.

Johan dan Zizan telah menjadi pengacara pada malam kemuncak tersebut. Kehadiran juri profesional yang diberi jolokan dengan juri 1Malaysia iaitu David Teoh, Afdlin Shauki serta Sathiya telah ditugaskan, bagi mengadili pada malam tersebut. Jamal Abdillah, Joe Flizzow dan Altimet juga turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis kemuncak pada malam tersebut.

Nantikan kehadiran Raja Lawak Musim Ke 6 pula pada tahun hadapan.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP