Suka!

Lelaki Handsome Jadi Pemandu Bas je?

Friday, 7 January 2011

Biasanya kalau kita lihat orang yang kacak-kacak nie mesti kerja baguskan?Ada diantara mereka yang dah jadi artis, pelakon dan banyak la lagi. Yul pon kacak juga! muahaha. Tapi kerja biasa je. 


Namun itu semua bukan menjadi penghalang bagi Xiong XingYuan yang bekerja sebagai pemandu bas je. Kalau tengok dari segi fizikal dia memang menjadi kritiria-kritiria lelaki idaman wanita. 


Kacak macam yul! haha. pasan lebih

Pemandu bas  bernama Xiong  XingYuan, berusia 27 yang berasal dari Wuhan, China  kini menjadi sebut-sebutan para wanita danmenjadi idaman wanita. Tengok muka dia memang jambu gila!

Seorang pemandu bas berusia 27 tahun yang disebut-sebut paling tampan dan jambu di China setelah fotonya beredar di dunia maya. Pemandu itu bernama Xiong Xingyuan berusia 27 tahun dan  tinggal di Wuhan, China.

Xiong menjadi sensasi di dunia maya dan sejumlah pengguna di beberapa forum menyatakan dia mirip dengan idola remaja Hongkong, Daniel Wu.

Dengan ketinggian 180 sentimeter, Xiong telah memandu selama tujuh tahun setelah ia lulus dari sekolah. Orang-orang menyebutnya Shuai Xiong atau si tampang Xiong dan ia digambarkan sangat fashionable dan cute.

Tidak hanya dari segi fizikal. Xiong juga seorang pemandu yang sangat berhati-hati dan melayan penumpang dengan sopan. Selama ia menjalankan tugas sebagai pemandu, dia belum pernah mengalami kemalangan.

Meskipon digila-gilai para wanita dan gadis muda, Xiong menyatakan, dia hanya menjalankan tugasnya. "Kita harus melayan penumpang dengan mesra seperti keluarga kita. Kami ingin memastikan bahawa mereka merasa selesa di bas dan kita tidak boleh melanggar peraturan di jalan.

Xiong juga menegaskan dirinya tidak pernah menginginkan dirinya menjadi perhatian orang ramai. "Di dalam pekerjaan , kita harus melakukan tugas dengan baik. Saya bukan seorang bintang mahupon artis," kata Xiong.



Memang kacak gila kan lelaki nie. Tetapi masih tak boleh menandingi kekacakan yul lagi kot. Sebab yul rasa, yul lah lelaki paling macho kat dunia nie kan kan? Korang mesti mengakuinya kekacakan yul nie, muahaha. 

Bagi yul memiliki paras rupa yang menarik bukanlah segala-segalanya. Kadang-kadang kita lihat muka buruk pon boleh jadi top! Itu semua dah ditakdirkan oleh tuhan. Kita hanya mampu merancang, Tapi takdirlah yang menentukan segala-segalanya.




17 comments:

memey 7 January 2011 at 05:30  

haha sekali lagi yul perasan dia hensom ! :)

YUL 7 January 2011 at 05:44  

@Muahahaha, tp itulah kenyataannye kan? :P

Ms.F 7 January 2011 at 06:48  

etul tu yul..kalau muka ok,tapi belum tentu dia bagus..

Cik tikah 7 January 2011 at 07:06  

dah rezki dia kat situ kan. hehe...

S.3.V.3.N 7 January 2011 at 07:21  

kalau dia belajar sampai peringkat tggi xde la keje mcm tu. mesti mamat ni mls kan. hehe. pa2 pun jd kan pengajaran.

Zeanne 7 January 2011 at 11:29  

haha . dah rezeki dia jadi ensem n keja pemandu bas..haha

Hairun Azmi 7 January 2011 at 14:51  

Baguslah Xiong nie..Dia seorang yang humble...

Pencuri kabel di belasah

fiqah 7 January 2011 at 15:57  

Allahh~ jatuh gigi aq baca bab last2 tu...kah kah kah...ye la..kau hensem :P

Yus Tawau 7 January 2011 at 17:45  

cubalah ada awek cantik jadi pemandu bas.. barulah mantap..he he he

oshin 7 January 2011 at 17:58  

gila hensem . apa nama bas dya nak g naik ah . haha . bole mintak num fon dya . hahaha

apdm 7 January 2011 at 18:50  

salam

yul tak kisahlah pemandu bus pun, janji hensom..kihkihkih :D

Anati Soki 7 January 2011 at 22:55  

hehehe.. dia guna muka dia nk tarik pelanggan naik bas dia.. heheheh

K2r~90 8 January 2011 at 01:57  

hehe x zoom ke gmbo tuh haha

Unknown 6 February 2011 at 13:12  

yg last to xleh tahan...huuhhu

zue 14 March 2011 at 17:09  

mcm koo kenal c blogger ni yul,,,opsss pic uhhh mcm kenal,,ap2x hal mungkin dh rezekinye menjd driver bas,,yg pntg halal (",) dan xmenyusahkn org lain,,,,

Post a Comment

Terima kasih ye diatas komen2 anda, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP