Suka!

Showing posts with label Pelik Tapi Benar. Show all posts
Showing posts with label Pelik Tapi Benar. Show all posts

Anak Ikan Jerung Pelik Tapi Benar Di Sabah | Yu Menyerupai Ikan Nemo?

Wednesday, 13 July 2011

Assalamualaikum pembaca semua. Hari ini yul ingin berkongsikan sesuatu yang menarik kepada anda semua. Yul yakin anda semua pasti tahu, bagaimanakah rupa dan bentuk ikan yu atau nama lainnya jerung yang sebenarnya? Bagi yang tak pernah tengok, boleh cari je di carian google. Berjuta-juta jenis ikan jerung yang dipaparkan disitu. 


Ikan jerung atau lebih dikenali sebagai yu, mempunyai rangka tulang muda dan tubuh yang ramping. Haiwan tersebut bernafas dengan menggunakan lima liang insang (kadang-kadang enam atau tujuh, bergantung pada spesies) di sisi, atau di belakang kepalanya. Yu mempunyai tubuh yang dilapisi kulit dentikel dermis untuk melindungi kulit mereka daripada rosak, parasit, dan juga untuk menmperbaiki dinamik cecair. Mereka mempunyai beberapa turutan gigi yang dapat diganti. Untuk pengetahuan anda semua, Yu sebenarnya jarang menyerang manusia kecuali mereka terasa terancam.
Sumber : Wikipedia

Ok. Berbalik kepada tajuk asal. Gambar yang yul paparkan nie dikongsikan oleh rakan fb yul (kucing hitam). Credit to him, kerana sudi berkongsi kepada yul. hehe. Memang menarik! Yul memang tidak pernah melihat ikan jerung sebegitu pelik. Kejadian ini memang benar-benar berlaku di Sabah.






tiada unsur edit -mengedit didalam gambar diatas. Diperakukan sah!

Apa yang yul dapat tahu, anak ikan jerung tersebut dilahirkan bersama 6 ekor yang lain. Kesemuanya dilahirkan normal, cuma yang seekor ini sahaja dilahirkan cacat, yang mana mata dan lidahnya hampir menyerupai manusia. Ikan jerung berkenaan telah pon mati setelah dilahirkan. Ianya berlaku dikampung Mohd Nizam Maulaha, yang merupakan salah seorang anak nelayan dikampung tersebut.

Yul kagum, terkejut dan terharu melihat makhluk ciptaan allah ini. Betapa besarnya kuasa allah yang tiada batasnya sehinggakan mampu menjadikan makhluknya sebegitu rupa. Pasti ada hikmahnya disebalik kejadian ini. Apa yang berlaku semua ini adalah untuk kita berfikir dan merenungkan kembali akan kekuasaan Allah. Mashallah..

Read more...

Jalang Kote atau Jalan Kote?

Saturday, 23 April 2011

Jalang Kote? Apakah itu? Wujudkah Jalang Kote di Malaysia nie? Yul memang tak pernah dengar pon jalan nie. Pertama kali yul dengar ayat nie. Bunyinye seperti agak lucah kan? Bagi penduduk yang  berasal dari negeri pantai timur, mesti korang ingat ayat nie macam mencarut kan? 
Jom makan jalang kote!
Jalang kote kalau di terjemahkan ke dalam bahasa melayu mesti korang tahukan maksud sebenarnya. Haha.Tapi tahukah korang, kalau di Indonesia, Jalang Kote nie sebenarnya merupakan sejenis kuih yang seakan-akan karipap. Tapi jalang kote nie disajikan dengan sambal asam manis atau pon sambal kacang.


Cuba kalau ada rakyat Indonesia yang datang ke Malaysia dan bertanyakan kepada korang macam nie.
"Dimana sih gue bisa dapatin Jalang Kote"
Apakah yang korang akan jawab? haha. Mesti korang blur.. blur punya kalau dieorang tanya macam nie. So, lepas nie kalau ada orang seberang bertanyakan jalang kote tu, maksudnya karipap la. 

P/S: Teringin pulak nak makan jalang kote perisa strawberry, hekhek. Ada kew? :P

Read more...

Cicak Ajaib Berkepala Dua? / Pelik Tapi Benar

Tuesday, 8 March 2011

Sering kali kita mendengar mitos atau menonton filem seperti naga berkepala tiga, ular berkepala dua, dan lain-lain lagi. Tapi pernahkah korang melihat perkara-perkara sebegitu berlaku dihadapan mata korang sendiri? Yang terbaru, Cicak berkepala dua. Walaupon agak pelik, tapi tu lah hakikat yang sebenarnya. 

kami kembar siam
cicak kepala dua
Kejadian tersebut berlaku di salah sebuah perkampungan Indonesia. Seorang warga perempuan tua yang berusia 50-an menjumpai cicak pelik tersebut dirumahnya ketika dia sedang mengemas rumahnya. Bentuk cicak tersebut kelihatan normal dan sama seperti cicak yang biasa. Yang bezanya cuma cicak tersebut mempunyai dua kepala. Menurutnya, cicak yang kini telah berusia seminggu tersebut akan dibela sehingga dewasa. Sangat menakjubkan bukan?


P/S: Agak-agak kalau jual harga dia sama macam tokek tak? haha. 

Read more...

Telur Di Dalam Telur?

Tuesday, 22 February 2011

Yul nak kongsikan kat korang perkara pelik yang tak pernah dilihat manusia. Biasa kalau kita pecahkan telur kita akan nampak isi telur yang berwarna kuning dan putih yang seakan-akan seperti lendir. Kalau terdapat dua kuning telur didalam 1 biji tu pon, mungkin korang dah biasa melihat kan. Tetapi pernahkah korang melihat telur ada didalam telur? Rasanya tak pernah nampak lagi kot. Yul pon tak pernah nampak lagi telur macam tu.


Menakjubkan!

bukan rekaan semata-mata
Namun, John Fellow yang berusia 68 tahun telah menjumpai telur yang unik dan pelik ketika dia ingin menggoreng telur. Dia telah menjumpai telur kecil didalam setelah dia memecahkan telur yang ingin digorengnya.


Telur kecil tu seperti guli dan serupa dengan telur yang induknya. Cangkerang itu juga berwarna sedikit gelap. Fellow memutuskan untuk menyimpan telur tersebut sebagai kenang-kenangan.

Mengikut kajian para saintis, ayam itu mungkin terkejut dan mengalami tekanan jantung ketika dalam proses bertelur. Sangat pelik dan aneh. haha. Tak tahu pulak ayam pon boleh mengalami tekanan jantung. Menakjubkan!


Sama ada betul atau tidak yul tak pastilah. Wallahualam. Sumber nie yul dapat dari berita luar negara. Sungguh tidak ku sangka ada jugak ayam bertelur macam tu, oh tidak! haha

Read more...

Seorang Bapa Meletakkan Nama Anaknya 'Facebook'

Monday, 21 February 2011

Macam-macam yul dapat melihat ragam manusia zaman sekarang ni. Dunia semakin canggih sehinggakan nama anak pon diletakkan 'facebook'. Kejadian nie benar-benar berlaku di Mesir selepas penggulingan Presidennya, Hosni Mubarak.
tunjuk perasaan di sekitar Tahrir Square
Seorang bapa memberikan nama anak perempuan pertamanya 'facebook'. Nama facebook kini sedang meningkat naik di Mesir selama proses penggulingan Presiden Hosni Mubarak kerana dianggap berjasa dalam media massa sebelum melakukan tunjuk perasaan besar-besaran di Tahrir Square.

Pemuda tersebut yang bernama Jamal Ibrahim dan berusia 20 tahun telah memberikan nama anak perempuan 'facebook Jamal Ibrahim'. Walaupon Google, Youtube, Twitter turut juga membantu dalam memperjuangkan rakyat Mesir untuk menggulingkan Hosni Mubarak, tetapi facebook juga yang paling popular.

Facebook kini seolah-olah menjadi pahlawan dan idola baru bagi rakyat Mesir. Kira-kira sebanyak 5 Juta pengguna facebook di negara tersebut dan merupakan yang terbesar jika dibandingkan dinegara lain di Timur Tengah. 

P/S: Berlainan pula kalau di Malaysia, facebook boleh mengakibatkan perceraian diantara suami isteri. Tetapi di Mesir, ianya menjadi idola! Yul pon tak paham melihat ragam manusia didunia ini. Jangan pulak ye, korang pon memandai-mandai jugak letak nama anak facebook, huahuahua.

Read more...

Suami Bunuh Isteri Dan Simpan Mayatnya Selama 12 Tahun.

Tuesday, 15 February 2011

Tadi yul ada terbaca satu berita kat salah satu website luar negara.Ada kew patut seorang suami sanggup membunuh isterinya  sendiri? Dan menyimpan mayatnya didalam kotak besar dirumah anak perempuannya. 


Lelaki yang berusia 51 tahun tersebut ditangkap setelah menyimpan mayat isterinya selama 12 tahun dirumah anak perempuannya di Seoul, Korea Selatan. Anak perempuannya menghubungi polis, setelah menjumpai mayat perempuan didalam kotak yang sudah disimpan lebih 10 tahun dirumahnya.






Setelah diselidiki  identiti mayat tersebut, terbukti bahawa yang mayat tersebut adalah ibunya. Suspek Lee, iaitu ayah perempuan tersebut ditemui diBucheon, Barat Daya Seoul. Menurut Lee, dia membunuh dan menyimpan mayat tersebut kerana mengaku bersalah terhadap isterinya setelah bertengkar 12 tahun yang lalu mengenai  rumah. Lee didakwa menikam isterinya yang ketika itu berusia 39 tahun drumah mereka pada Jun 1999.


P/S: kejam gila kan? Tergamak lelaki tersebut sehingga sanggup membunuh isteri sendiri dan menyimpannya. Peh! gila lah. Yang tak boleh blah 12 tahun tu, haha



Read more...

Ayam Ajaib. Disembelih Tetapi Masih Hidup

Saturday, 5 February 2011

Kali ini yul nak kongsikan kat korang semua, mengenai binatang yang pelik bin ajaib. Binatang yang yul maksudkan tu adalah ayam. Ayam yang selalunya korang buat makan tu. Biasanya kalau kita sembelih  ayam sekali potong terus mati kan? Tapi apa yang yul nak kongsikan nie berbeza pulak. Ayam yang disembelih boleh hidup berhari-hari, walaupon uratnya dah putus. Pelik kan?
Tak tau lah yul nak cakap apa. Mungkin tu semua kuasa allah atas ciptaannya. 


Urat tersebut dah putus


Berita nie yul dapat dari salah satu website luar tempatan. Menurut pemilik yang berasal dari Indonesia, ayam itu dijual kepada orang ramai. Tetapi tidak ada seorang pon yang mahu membelinya. Disebabkan tidak ada yang membelinya, pemilik tersebut menyembelih ayam jantan itu untuk dimakan. Walaubagaimanapon, pemilik tersebut berasa terkejut apabila ayam yang disembelihnya tidak mati bahkan boleh hidup berhari-hari dan boleh makan seperti biasa. Tetapi makanan yang dimakannya tidak sampai ke perut akibat saluran makanannya telah terputus. 

Doktor haiwan yang datang melihat keadaan ayam tersebut juga berasa hairan. Secara logiknya, ayam itu memang sudah lama mati, kerana semua saluran pernafasan, pencernaan dan pembuluh darah telah terputus. 

Yul pon pelik melihat ayam tu, macam mana boleh hidup berhari-hari walaupon ianya dah lama disembelih. Walaupon ianya secara logik sepatutnya dah mati, tetaapi ianya masih boleh hidop lagi. Mungkin ini kehendak allah yang meinginkannya. Sukar untuk dipercayai.







Read more...

Rumah Paling Pelik dan Unik

Saturday, 29 January 2011

Salam semuanya. Dah lama jugak eh, yul tak update dengan entri terbaru kat blog nie. hehe. Yul bukan tak nak update, cuma rasa malas pulak nak update. Maklumlah ye, GB dah lebih limit. Baru perasan broadband dah lebih limit.  So, malas la nak update entri dengan keadaan internet yg lembab.  Nak upgrade volume GB, tapi kena tunggu hari isnin nie ler.  hehe. Tapi hari nie terpaksa jugak yul nak update entri sebab dah lama tak update kan, walaupon kepantasan internet tersangat lah lembab. Actually, hari ini yul nak kongsikan benda yang sangat menarik. 


Berbalik kepada tajuk utama. hurm. Korang pernah tengok tak rumah dibuat daripada bola pingpong? Bunyinya macam pelik je. Mustahil kan rumah boleh dibina hanya menggunakan bola pingpong je. Tapi tu lah kenyataannya.


ruangan tempat tidur

almari pakaian




Rumah bola ping pong tersebut merupakan milik Daniel Arsham yang terletak di Brooklyn, New York, US.  Rumah ini menggunakan sebanyak 25 ribu biji bola pingpong untuk membinanya dan hanya mempunyai bilik tidur dan almari pakaian sahaja. Walaupon ianya sangat kecil untuk didiami, tetapi rumah ini sangatlah unik. Tak pernah kot dibuat orang. Rumah ping pong ini mengambil masa kurang 2 bulan untuk disiapkan dan menelan kos belanja sebanyak $$ 100 dolar. Lebih kurang RM300 ringgit dah dapat rumah.


P/S :Murah gila kan buat rumah nie dengan bermodalkan tak sampai RM 400 je. Kalau korang susah sangat nak beli rumah, just buat je rumah ping pong macam nie. hehehe




Read more...

Lelaki Handsome Jadi Pemandu Bas je?

Friday, 7 January 2011

Biasanya kalau kita lihat orang yang kacak-kacak nie mesti kerja baguskan?Ada diantara mereka yang dah jadi artis, pelakon dan banyak la lagi. Yul pon kacak juga! muahaha. Tapi kerja biasa je. 


Namun itu semua bukan menjadi penghalang bagi Xiong XingYuan yang bekerja sebagai pemandu bas je. Kalau tengok dari segi fizikal dia memang menjadi kritiria-kritiria lelaki idaman wanita. 


Kacak macam yul! haha. pasan lebih

Pemandu bas  bernama Xiong  XingYuan, berusia 27 yang berasal dari Wuhan, China  kini menjadi sebut-sebutan para wanita danmenjadi idaman wanita. Tengok muka dia memang jambu gila!

Seorang pemandu bas berusia 27 tahun yang disebut-sebut paling tampan dan jambu di China setelah fotonya beredar di dunia maya. Pemandu itu bernama Xiong Xingyuan berusia 27 tahun dan  tinggal di Wuhan, China.

Xiong menjadi sensasi di dunia maya dan sejumlah pengguna di beberapa forum menyatakan dia mirip dengan idola remaja Hongkong, Daniel Wu.

Dengan ketinggian 180 sentimeter, Xiong telah memandu selama tujuh tahun setelah ia lulus dari sekolah. Orang-orang menyebutnya Shuai Xiong atau si tampang Xiong dan ia digambarkan sangat fashionable dan cute.

Tidak hanya dari segi fizikal. Xiong juga seorang pemandu yang sangat berhati-hati dan melayan penumpang dengan sopan. Selama ia menjalankan tugas sebagai pemandu, dia belum pernah mengalami kemalangan.

Meskipon digila-gilai para wanita dan gadis muda, Xiong menyatakan, dia hanya menjalankan tugasnya. "Kita harus melayan penumpang dengan mesra seperti keluarga kita. Kami ingin memastikan bahawa mereka merasa selesa di bas dan kita tidak boleh melanggar peraturan di jalan.

Xiong juga menegaskan dirinya tidak pernah menginginkan dirinya menjadi perhatian orang ramai. "Di dalam pekerjaan , kita harus melakukan tugas dengan baik. Saya bukan seorang bintang mahupon artis," kata Xiong.



Memang kacak gila kan lelaki nie. Tetapi masih tak boleh menandingi kekacakan yul lagi kot. Sebab yul rasa, yul lah lelaki paling macho kat dunia nie kan kan? Korang mesti mengakuinya kekacakan yul nie, muahaha. 

Bagi yul memiliki paras rupa yang menarik bukanlah segala-segalanya. Kadang-kadang kita lihat muka buruk pon boleh jadi top! Itu semua dah ditakdirkan oleh tuhan. Kita hanya mampu merancang, Tapi takdirlah yang menentukan segala-segalanya.




Read more...

Bayi Kembar Parasit

Tuesday, 7 December 2010

Baru2 nie yul ada terbaca risalah mengenai bayi yang mempunyai 4 tangan dan 4 kaki. Wow! Pelik tapi benar. Tapi itulah kenyataannya  yang berlaku di Nepal. Bayi yang bernama Rishabh Ghimire telah dilahirkan dengan ketumbuhan besar diperutnya. Rishabh yang dilahirkan digelar Octoboy kerana memiliki 8 anggota menjadi tumpuan masyarakat. Penduduk kampung menganggap Rishabh jelmaan dewa Hindu yang mempunyai banyak anggota tubuh.

Sungguh luar biasa



Digelar Octoboy

Sebenarnya anggota berlebihan dibahagian perutnya adalah merupakan parasit yang tumbuh. Ia berlaku apabila kembar mereka gagal berpisah didalam rahim dan kembar mereka terus melekat pada bayi yang dilahirkan,menghisap darah dan tenaganya untuk kekal hidup. Parasit yang tumbuh diperutnya tidak memiliki organ dalaman sendiri kecuali hati yang bercantum.


Sewaktu pembedahan
Bayi yang mempunyai oragan pelik ini akan dibedah untuk membuang parasitnya itu kerana kemungkinan Rishabh akan mati disebabkan parasit kembarnya yang menjejaskan jantungnya. Pembedahan membuang parasit itu sememangnya rumit dan menganggap mimpi yang menjadi kenyataan. Namun pembedahan tersebut telah berjaya dan mengambil masa 5jam untuk membuang parasit itu.

P/S : tak dapat nak bayangkan sekiranya berlaku didepan mata, namun tu semua dugaan yang diberi oleh tuhan.



Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP