Ayam Ajaib. Disembelih Tetapi Masih Hidup
Saturday, 5 February 2011
Kali ini yul nak kongsikan kat korang semua, mengenai binatang yang pelik bin ajaib. Binatang yang yul maksudkan tu adalah ayam. Ayam yang selalunya korang buat makan tu. Biasanya kalau kita sembelih ayam sekali potong terus mati kan? Tapi apa yang yul nak kongsikan nie berbeza pulak. Ayam yang disembelih boleh hidup berhari-hari, walaupon uratnya dah putus. Pelik kan?
Tak tau lah yul nak cakap apa. Mungkin tu semua kuasa allah atas ciptaannya.
Urat tersebut dah putus |
Berita nie yul dapat dari salah satu website luar tempatan. Menurut pemilik yang berasal dari Indonesia, ayam itu dijual kepada orang ramai. Tetapi tidak ada seorang pon yang mahu membelinya. Disebabkan tidak ada yang membelinya, pemilik tersebut menyembelih ayam jantan itu untuk dimakan. Walaubagaimanapon, pemilik tersebut berasa terkejut apabila ayam yang disembelihnya tidak mati bahkan boleh hidup berhari-hari dan boleh makan seperti biasa. Tetapi makanan yang dimakannya tidak sampai ke perut akibat saluran makanannya telah terputus.
Doktor haiwan yang datang melihat keadaan ayam tersebut juga berasa hairan. Secara logiknya, ayam itu memang sudah lama mati, kerana semua saluran pernafasan, pencernaan dan pembuluh darah telah terputus.
Yul pon pelik melihat ayam tu, macam mana boleh hidup berhari-hari walaupon ianya dah lama disembelih. Walaupon ianya secara logik sepatutnya dah mati, tetaapi ianya masih boleh hidop lagi. Mungkin ini kehendak allah yang meinginkannya. Sukar untuk dipercayai.
7 comments:
waaaaaa!!! tidakkah dia sedar dia dah disemebelih???
haha, tau tak apa, ayam pelik nie/
pelik tapi banar bah.
@yus tawau, memang benar tu bah. hehe
ee eee.. biar betik?? huhu....
taf gila kot aym tu..... =.=
@diary of mine, haha, betul lorh, memang taf gile ayam tu, huhu
aku juga ada pengalaman tengok member sembelih ayam masa buat kelas agama,member aku sembelih ayam siap dgn kepala terputus,ayam tu boleh lari keliling padang,ramai jadi saksi pula tu termasuk ustaz yg mengajar kitaorang!berjam-jam juga ayam tu hidup x de kepala.........
Post a Comment