Shahidan Kassim Cadang Facebook disekat Jika Menggugat Keselamatan Negara
Saturday, 11 December 2010
Adakah benar Facebook akan disekat di Malaysia? Baru2 ini, Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mencadangkan agar laman sosial facebook disekat jika ia terus menggugat dan mengancam keselamatan negara.
Beliau berkata saranan agar sekatan dikenakan itu ekoran terdapat pengguna yang mengambil kesempatan atas kecanggihan teknologi untuk menghina agama Islam dan pemimpin negara.
Beliau ditemui pemberita selepas mengiringi Persatuan Facebook Perlis membuat laporan polis berhubung isu penghinaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sebuah laman sosial facebook, di balai polis Kangar, di sini hari ini.
Laporan polis itu dibuat oleh Timbalan Presiden Persatuan Facebook Perlis Mohd Faizuddin Ismail kira-kira 5.30 petang.
Selain laporan polis, laporan di Jabatan Agama Islam negeri berhubung isu itu akan dibuat berikutan tindakan pemilik akaun laman sosial itu menghina agama Islam.
Shahidan berkata penghinaan terhadap kedua-dua pemimpin negara itu di laman sosial terbabit disedari oleh anggota persatuan berkenaan pada 29 Nov lepas kira-kira 10.30 malam.
Shahidan, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Tambun Tulang berkata pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) perlu mengambil tindakan sewajarnya ke atas pemilik akaun laman sosial itu.
Selain SKMM, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Majlis Fatwa Negara juga perlu mengambil tindakan ke atas pemilik akaun yang menghina agama Islam.

*Berita dah lama, tapi saja je nak post buat yang masih tak tahu
3 comments:
berita lama rupanya..yeah..
hmmmm~ facebook bukan yahudi ke? mst la dy hina islam kan? adoyai ~ suma sekarang hasil israel..gnekan alat mereka untuk musnahkn dyorang balik..(ceh ober plak aq ;p)
yups, dalam minggu lepas kot berita nie,
@fiqah, mmg yahudi punya pon,byk page2 islam kat fb sume kene banned, mne tak kaya kan yahudi nie -.-
Post a Comment