Suka!

Malaysia Kalah Tetapi Menjadi Juara Piala Suzuki AFF 2010!

Wednesday 29 December 2010


Malaysia Menang!



Salam semuanya! Ahamdulillah, kemenangan berpihak kepada pasukan Malaysia dalam perlawanan akhir pusingan kedua Piala AFF Suzuki 2010. Walaupon kalah dari segi gol ditempat lawan, tetapi agregat menentukan kemenangan Malaysia dengan mencatat keseluruhan gol sebanyak 4-2. Tahniah diucapkan kepada pasukan bolasepak Malaysia dan tahniah juga kepada pasukan Indonesia dapat mengalahkan Malaysia ditempat sendiri walaupun tewas dari segi keseluruhan gol perlawnan. Rasa bangga sangat-sangat sebab buat pertama kalinya Malaysia menjulang piala AFF Suzuki setelah sekian lama.

Tak ada apa-apa kekecohan ataupon ketegangan yang berlaku semasa perlawanan bola sepak tadi. Yul respek dan berpuas hati dengan penyokong-penyokong Indonesia nie, mereka menghormati dan menerima kemenangan Malaysia  walaupun pasukannya telah mengalahkan pasukan kita pada perlawanan akhir tadi. 




Yang yul paling suka, penjaga gol Malaysia, khairul fahmi telah banyak kali menyelamatkan gol Malaysia dari rembatan-rembatan pemain lawan. Walaupon masa mula-mula perlawanan penjaga gol Malaysia disuluh dengan sinaran laser dari penyokong. Bagi yul, dia memang terbaik lah dalam permainan nie tadi. 



Harimau Malaya mula meratah Garuda pada minit ke-53 yang dijaringkan oleh Safee Sali dengan mendahului pasukan Indonesia 1-0. Tak sangka Malaysia dapat menjaringkan gol walaupon hampir keseluruhannya permainan dikuasai oleh Indonesia. Kemudian pada minit ke-70 , pasukan Indonesia telah menyamai mata 1-1 hasil jaringan gol muntah oleh Mohamad Nasuha. Indonesia terus memintas pasukan Malaysia pada minit ke-87 hasil gol pantulan pertahanan Malaysia, Muslim. Yul rasa, gol yang dihasilkan semua oleh pemain-pemain Indonesia tu adalah nasib je.


Apa-apapun yul nak ucapkan tahniah kepada pasukan Muda Harimau Malaya kerana telah mengharumkan nama negara! Saya bangga jadi anak jati Malaysia! hoho. Kepada penyokong pasukan Indonesia, kami juga bangga dengan pasukan anda walaupun Indonesia menang ditempat sendiri, tetapi jumlah gol keseluruhan memihak kepada Malaysia. Janganlah kalian bersedih,berduka ataupun kecewa kepada pasukan kalian, kerana setiap perlawanan pasti ada yang kalah dan yang menang. Inilah yang baru dikatakan sukan! I LOVE YOU MALAYSIA!

Semoga Malaysia akan dapat memenangi kejuaraan yang lebih besar lagi pada masa akan datang! Glory Glory Glory Harimau Malaya! haha




12 comments:

Ms.F 29 December 2010 at 23:27  

walaupun kalah diindonesia.tetapi dengan agregate 4-2 hunny happy gile sebab malaysia menang..yeah!!

YUL 29 December 2010 at 23:37  

@miss hunnybunny, huhu, tau tak pe, malaysia kalag bermaruah, dapat gak jadi juara,

Unknown 29 December 2010 at 23:38  

cayalah malaysia...!!!! game memang best.. indonesia bagus.. malaysia pun bagus.. =)

YUL 29 December 2010 at 23:40  

@Zairie Husin, yea, perlawanan yang agak menarik kan? huhu

Anati Soki 30 December 2010 at 01:00  

yes!! malaysia menang!!!!!!! terbaiklah!!!! seyes! golkeeper malaysia mmg banyak slamatkan gol. indonesia banyak kali giler attck..
great game!
applause to malaysia n indonesia

Jerung Tempang 30 December 2010 at 02:01  

haha. lpas final 1st ritu, mmg dh leh agak yg malaysia akn mnang. terbaikla mlysia.

YUL 30 December 2010 at 05:18  

@ ANATI SOKI, kan? memang terbaik la goal keeper die,

YUL 30 December 2010 at 05:18  

@ Jerung Tempang , ak pon da agak jugak malaysia menang. haha

apdm 30 December 2010 at 13:52  

salam


malaysia dah menang, harap anda berpuas hati :D

YUL 30 December 2010 at 19:47  

@syira aka sepatu hijau , yea! sangat2 berpuas hati, hehe

AJIE 30 December 2010 at 20:44  

mlysia boleh.
tahniah kt pemain2.
hehe

S.3.V.3.N 30 December 2010 at 21:16  

maaf ye penyokong garuda..Fahmi tak takot laser la. :D

Post a Comment

Terima kasih ye diatas komen2 anda, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP