Suka!

Showing posts with label Malaysia Menang. Show all posts
Showing posts with label Malaysia Menang. Show all posts

Keputusan Penuh Perlawanan Antara Malaysia VS Arsenal - Asia Tour 13 Julai 2011 | Ramalan Anda?

Tuesday, 12 July 2011

Pastinya rakyat Malaysia tertunggu-tunggu perlawanan antara pasukan kebangsaan, Malaysia menentang pasukan kelab antarabangsa, Arsenal esok. Perlawanan ini akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil pada jam 8.45 malam. Bagi yang duduk berhampiran tu boleh lah pergi. Bukan senang nak menyaksikan perlawanan secara LIVE Malaysia menentang pasukan kelab yang terkenal(Arsenal). Asyik tengok kat televisyen je kan? Sekali-sekala apa salahnya. hehe. Yul tak berapa minat sangat dengan Arsenal nie, sebab pasukan yul tahun nie tak datang Malaysia. (Manchester United). Tapi yul tetap nak kongsikan juga kepada anda semua mengenai perlawanan nie. Maklumlah, Malaysia merupakan pasukan kebangsaan kita yang perlu kita sokong! huhu.
.
Disini yul kongsikan sekali senarai pemain-pemain Arsenal yang bakal diturunkan.
Wojciech Szczesny
Vito Mannone
Sebastien Squillaci
Johan Djourou
Kieran Gibbs
Carl Jenkinson
Laurent Koscielny
Andrey Arshavin
Marouane Chamakh
Ryo Miyaichi
Armand Traore
Thomas Vermaelen
Bacary Sagna
Theo Walcott
Alex Song
Jack Wilshere
Tomas Rosicky
Denilson
Aaron Ramsey
Emmanuel Frimpong
Samir Nasri
Carlos Vela
Robin van Persie
Fabregas yang berkemungkinan pindah ke Barcelona tidak dapat diturunkan akibat kecederaan di peha yang dialaminya.

Khabarnya, Safee Sali tidak akan diturunkan akibat kecederaan yang beliau alami. Mujurlah penjaga gawang Malaysia, Khairul Fahmi telah pulih dari kecederaan di bahu kanan setelah dirempuh pemain lubnan ketika beraksi mewakili skuad olimpik dalam pusingan kedua, dan akan diturunkan dalam kesebelasan utama menentang Arsenal.


Rekod Perlawanan
Untuk rekod perlawanan antara kedua pasukan ini, Malaysia pernah berjaya mengalahkan Arsenal pada kunjungan pertama Arsenal di Malaysia pada 13 Mei 1975 menerusi jaringan Dato Mokhtar Dahari. Arsenal sekali lagi berkunjung ke Malaysia pada tahun 1999 untuk membalas dendam apabila menewaskan Malaysia 2-0 jaringan Anelka dan Petit di Stadium Bukit Jalil, 12 tahun yang lepas.


Agak-agak, siapakah yang akan menjadi juara? Bolehkah Malaysia mengalahkan Arsenal. Kalau melihat dari segi prestasi dan juga kualiti pemain, jelaslah bahawa Arsenal yang akan menguasai dan mengungguli permainan. Pemain mereka semua hebat-hebat belaka. Yul rasa Malaysia akan tewas menentang Arsenal dengan keputusan 3-1. Anda pula bagaimana? Kalau Malaysia dapat menjaringkan gol tu pon dah cukup hebat. Bukan senang nak lawan pasukan Arsenal nie. Sekiranya Malaysia berjaya mengalahkan Arsenal, memang terbuktilah ngauman harimau malaya semakin garang.


Lepas nie Malaysia akan menentang pasukan Liverpool dan juga Chelsea. Kemudian akan menentang Singapura pula untuk kelayakan pra kelayakan Piala Dunia. Penuh betul jadual perlawanan Malaysia pada bulan nie. Harap-harap Malaysia mampu menewaskan pasukan-pasukan tersebut! Apa-apa pon selamat berjuang untuk Harimau Malaya! Kami menanti kemenangan pasukan Malaysia! Go.. Go.. Harimau Malaya!

Read more...

Malaysia Kalah Tetapi Menjadi Juara Piala Suzuki AFF 2010!

Wednesday, 29 December 2010


Malaysia Menang!



Salam semuanya! Ahamdulillah, kemenangan berpihak kepada pasukan Malaysia dalam perlawanan akhir pusingan kedua Piala AFF Suzuki 2010. Walaupon kalah dari segi gol ditempat lawan, tetapi agregat menentukan kemenangan Malaysia dengan mencatat keseluruhan gol sebanyak 4-2. Tahniah diucapkan kepada pasukan bolasepak Malaysia dan tahniah juga kepada pasukan Indonesia dapat mengalahkan Malaysia ditempat sendiri walaupun tewas dari segi keseluruhan gol perlawnan. Rasa bangga sangat-sangat sebab buat pertama kalinya Malaysia menjulang piala AFF Suzuki setelah sekian lama.

Tak ada apa-apa kekecohan ataupon ketegangan yang berlaku semasa perlawanan bola sepak tadi. Yul respek dan berpuas hati dengan penyokong-penyokong Indonesia nie, mereka menghormati dan menerima kemenangan Malaysia  walaupun pasukannya telah mengalahkan pasukan kita pada perlawanan akhir tadi. 




Yang yul paling suka, penjaga gol Malaysia, khairul fahmi telah banyak kali menyelamatkan gol Malaysia dari rembatan-rembatan pemain lawan. Walaupon masa mula-mula perlawanan penjaga gol Malaysia disuluh dengan sinaran laser dari penyokong. Bagi yul, dia memang terbaik lah dalam permainan nie tadi. 



Harimau Malaya mula meratah Garuda pada minit ke-53 yang dijaringkan oleh Safee Sali dengan mendahului pasukan Indonesia 1-0. Tak sangka Malaysia dapat menjaringkan gol walaupon hampir keseluruhannya permainan dikuasai oleh Indonesia. Kemudian pada minit ke-70 , pasukan Indonesia telah menyamai mata 1-1 hasil jaringan gol muntah oleh Mohamad Nasuha. Indonesia terus memintas pasukan Malaysia pada minit ke-87 hasil gol pantulan pertahanan Malaysia, Muslim. Yul rasa, gol yang dihasilkan semua oleh pemain-pemain Indonesia tu adalah nasib je.


Apa-apapun yul nak ucapkan tahniah kepada pasukan Muda Harimau Malaya kerana telah mengharumkan nama negara! Saya bangga jadi anak jati Malaysia! hoho. Kepada penyokong pasukan Indonesia, kami juga bangga dengan pasukan anda walaupun Indonesia menang ditempat sendiri, tetapi jumlah gol keseluruhan memihak kepada Malaysia. Janganlah kalian bersedih,berduka ataupun kecewa kepada pasukan kalian, kerana setiap perlawanan pasti ada yang kalah dan yang menang. Inilah yang baru dikatakan sukan! I LOVE YOU MALAYSIA!

Semoga Malaysia akan dapat memenangi kejuaraan yang lebih besar lagi pada masa akan datang! Glory Glory Glory Harimau Malaya! haha




Read more...

Penyuluh Laser Bukan Punca Utama Kekalahan Indonesia.

Tuesday, 28 December 2010

salam semuanya, masih di topik yang sama mengenai bola sepak. huhu. Maaflah ye kalau yul asik bercerita pasal bola sepak je. Maklumlah kemenangan Malaysia ke atas Indonesia semalam masih terasa hangat lagi. Perasaan nak membuat entri mengenai bola pula semakin semangat! hehe.


Banyak penyokong Indonesia meluahkan perasaan tidak puas hati mereka terhadap penyokong Malaysia nie melalui laman sosial seperti facebook dan twitter nie. Kalau yul buka facebook, tak habis-habis penyokong Indonesia mencaci hamun yang kononnya pasukan Malaysia tak hebat. Mereka mendakwa bahawa penyokong Malaysia menggunakan taktik kotor dengan menyuluh laser hijau ke arah pemain lawan sehingga menyebabkan Indonesia kalah.






Perkara ini bukanlah pertama kali berlaku, sebelum ini hal-hal ini banyak kali berlaku diluar negara. Insiden serupa juga pernah berlaku di Ellis Park, Johannesburg, 12 Jun 2010, pada pertandingan Piala Dunia antara Nigeria melawan Argentina. Ketika itu, penonton menyuluhkan sinaran laser ke arah pemain Argentina, Lionel Messi. Tetapi mengapa pasukan mereka boleh mara ke suku akhir walaupon penyokong Nigeria menyuluh laser hijau kearah pemain lawan? Ianya bukanlah menjadi persoalan yang menyebabkan Indonesia tunduk kalah terhadap Malaysia. Lagipon, pada separuh masa kedua tidak kelihatan lagi penyokong menyuluh laser ke arah pemain. Jelas kelihatan bahawa Indonesia tidak mampu melawan Malaysia pada babak kedua perlawanan semalam.








Sebelum ini juga pernah berlaku ketika Malaysia menentang Indonesia pada perlawanan peringkat kumpulan yang lepas. Sama ada betul atau tidak yul pon tak pasti. Tapi korang boleh lah tengok sendiri. Mengapa mereka menyuluh ke arah pemain kita tetapi kita tidak bertindak seperti mereka? 

Dan yul mendapat tahu, penyuluh laser pada perlawanan semalam telah dikenal pasti . Saspek kini ditahan untuk dikenakan tindakan terhadapnya.





Alfred Riedl juga mengakui bahawa laser bukanlah penyebab kekalahan Indonesia, tetapi kalah kerana kesalahan individu pemain. Jadi mengapa penyokong Indonesia mencaci Malaysia yang jurulatih Indonesia sendiri saje mengakui laser bukan puncanya. Yul tak paham dengan penyokong Indonesia nie, semua yang berlaku ditudingkan ke arah Malaysia.








Read more...

Harimau Malaya Membaham Garuda! Tahniah kepada Pasukan Malaysia

Sunday, 26 December 2010

Salam semuanya, Alhamdullilah akhirnya kemenangan berpihak kepada Malaysia pada perlawanan akhir pusingan pertama Piala AFF Suzuki malam ini menentang pasukan Indonesia. Tahniah kepada pasukan Harimau Malaya yang telah mencatat kemenangan bergaya 3-0. 




ribuan penyokong Malaysia di Stadium

Kemeriahan tetap dirasai





Hampir 100,00 penyokong telah datang ke stadium Bukit Jalil untuk menyaksikan secara langsung perlawanan tersebut. Yul berbangga dengan kejayaan yang Malaysia kecapi nie. Im proud to be Malaysian! Terasa bahang kemeriahan kat rumah, walaupon yul tak dapat nak tengok secara langsung kat stadium Bukit Jalil nie. hehe


Rasa kecewa juga yul masa menonton aksi pada separuh pertama nie, sebab Malaysia tak dapat nak jaringkan sebarang gol. Yang paling yul tak suka sekali melihat segelintir penyokong yang memancarkan laser ke arah pemain-pemain lawan dan menyebabkan permainan tergendala buat sementara waktu pada minit ke-54. Dimanakah adab penyokong Malaysia nie? Jangan tunjukkan kebiadapan korang semasa permainan sedang berlangsung. Walaupun sebelum ini penyokong Indonesia menunjukkan kebiadapan mereka dengan melaungkan kata-kata yang kesat sewaktu beraksi diperingkat kumpulan, tetapi janganlah kita terpengaruh dengan etika penyokong mereka untuk saling berbalas. 




Malaysia mencipta gol!


Harimau Malaya mula menunjukkan taringnya pada babak kedua. Yul tengok Malaysia bermain dengan sangat cemerlang. Harimau Malaya mula meratah daging-daging Garuda dengan menjaringkan 3 gol berbalas 0. Dua gol dijaringkan oleh Safee Sali pada minit ke-59 dan minit ke-73 dan 1 gol dijaringkan oleh Ashari pada minit ke-67. Bagi yul, Malaysia sebenarnya boleh menjaringkan lebih banyak gol lagi pada minit-minit terakhir tu. Tetapi apa-apapun kita patut berbangga dengan kejayaan pasukan Harimau Malaya nie yang menjadi kebanggan negara kita. Fanatik Garuda mula meninggalkan stadium pada babak-babak terakhir akibat melihat aksi permainan Indonesia yang agak menghambarkan.


Yul tadi ada terbaca komen-komen pengguna facebook Indonesia. Mereka tidak berpuas hati melihat aksi permainan yang berlangsung. Macam-macam kata-kata kesat yang dilemparkan oleh pengguna nie. Yul mengakui ada segelintir penyokong Malaysia yang biadap. Tetapi itulah adat ketika aksi permainan bola sepak sedang berlangsung. Dimana-mana sahaja perlawanan terpenting yang berlangsung, pasti ada kekecohan.




bertemu pada pusingan kedua, 29 Disember 2010 nanti!


Namun begitu, kita janganlah berbangga sangat, sebab pertandingan masih belum berakhir. Selepas nie Malaysia akan bertandang pula ke Stadium gelora Bung Karno untuk perlawanan pusingan kedua. Harap-harap tak ada apa-apa yang berlaku. Tetapi kemungkinan besar fanatik garuda pasti akan melakukan kejutan pada perlawanan seterusnya nanti. Adakah Harimau Malaya akan terus meratah daging Garuda? haha . Kita tunggu dan lihat je nanti :)  



Read more...

Malaysia Curi Pemain Indonesia?

Saturday, 25 December 2010

Salam semuanya. Maaflah ye yul asik bercerita mengenai bola sepak je sekarang ini. Maklumlah bola sepak merupakan permainan yang paling digemari sekarang nie. Lagi-lagi kalau Malaysia ada! hehe.


Irfan Bachdim

Sebelum ni yul ada bercerita mengenai Irfan Bachdim di entri sebelum nie yang khabarnya, Malaysia mengklaim pemain tersebut. Irfan Bachdim berdarah kacukan Belanda merupakan seorang pemain bola sepak Indonesia. Berita mengenainya menjadi topik hangat dalam forum di internet yang kini telah berleluasa di Indonesia. Adakah benar dakwaan tersebut yang mengatakan Malaysia mengklaim pemain mereka? 

Berita-berita tersebut telah luas dilaman web seperti berikut:

Puncanya daripada seorang rakyat Indonesia yang bernama Haikal memberi komen di salah sebuah website forum komuniti,

"SAYA ORANG INDONESIA. DAN SAYA MENGAKU JIKALAU IRFAN BACHDIM SEBENARNYA ORANG MALAYSIA. DIA PERNAH MOHON JADI WARGA NEGARA MALAYSIA. NAMUN DITOLAK MENTAH2 SAMA MALAYSIA,"

Bila masakah Irfan Bachdim memohon menjadi warga negara Malaysia? Kalau sekiranya benar sekalipon pastinya satu dunia akan mengetahuitnya. Kenyataan tersebut adalah palsu semata-mata dan tiada bukti yang mendakwa Malaysia mengakui Irfan Bachdim itu pemain Malaysia. Nampak sangat media Indonesia mencari publisiti murahan dengan mendakwa Malaysia mengklaim pemain mereka. Jelas-jelas pemain tersebut tidak bermain untuk Malaysia tetapi dituduh sebagai 'tukang klaim' pemain mereka tanpa memeriksa sejauh mana kesasihannya.


Bagi yul, tidak relevan langsung menuduh Malaysia  mengklaim pemain negaranya yang terbukti komen tersebut adalah daripada rakyat Indonesia sendiri. Apakah yang mereka mahukan sehingga menfitnah sebegitu? Disebabkan komen yang tidak jelas kesahihannya kini menjadi isu dan topik hangat di mana-mana rangkaian sosial seperti di Facebook. Hubungan kedua-dua negara  juga kini menjadi semakin renggang.



Malaysia mempunyai pemain 100% asli warganegara asal Malaysia dan bukannya pemain import mahupon pemain yang 'diklaim'. Rata-rata semuanya berasal dari kelab-kelab tempatan yang berusia bawah 23 tahun yang kini menjadi sandaran negara untuk menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok!.


Yul tadi ada terbaca artikel di salah satu website Indonesia yang mengatakan bahawa penyokong Malaysia akan menghina lagu Indonesia Raya ketika perlawanan tersebut berlangsung. Gara-gara sebelum ini penyokong Indonesia  tidak menghormati lagu kebangsaan Malaysia sebelum ini dan menyebabkan Malaysia kalah 5-1, ia menjadi isu untuk melemparkan fitnah sebegitu sebagai dendaman penyokong rakyat Malaysia untuk saling menghina dan mencaci balik lagu kebangsaan mereka. Yul beranggapan media Indonesia begitu mudah melemparkan fitnah tanpa memeriksa terlebih dahulu. Kita lihat dan tunggu keputusannya. Benarkah penyokong Malaysia akan memperlekehkan lagu kebangsaan Indonesia ketika perlawanan berlangsung ahad nanti? 



fanatik garuda tunjuk perasaan untuk mendapatkan tiket.




Yang menariknya, hampir ribuan fanatik garuda ingin memboikot pasukannya sendiri dan menyokong Malaysia gara-gara kecewa kerana kehabisan tiket untuk menyaksikan perlawanan akhir  kedua Piala AFF Suzuki yang akan berlangsung pada 29 Disember 2010 nie.


Hampir tergelak yul membaca artikel nie disebabkan kehabisan tiket, penyokong Indonesia sanggup menyokong Malaysia. Apa-apa pun yul berharap agar Malaysia menang menentang pasukan Indonesia esok! huhu. Malaysia Boleh!!!



Read more...

Indonesia Mahu Ganyang Malaysia Sekali Lagi?

Wednesday, 22 December 2010

Sering kali kita mendengar dimedia elektronik atau di akhbar harian bahawa Indonesia akan mengganyang Malaysia  suatu ketika dulu. Tiada kekecohan mahupon rusuhan yang berlaku sekarang nie. Adakah ia akan benar-benar berlaku bahawa Indonesia mahu mengganyang Malaysia? haha.  Yang yul maksudkan mengganyang dari segi bola sepak. Walaupon Indonesia telah berjaya mengalahkan Malaysia pada perlawanan peringkat kumpulan dengan mencatat kemenangan 5-1. Tetapi itu semua pasti tidak akan terjadi lagi pada perlawanan akhir bolasepak AFF suzuki nie yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.


Irfan Bachdim,pemain Indonesia


Sememangnya bolasepak AFF suzuki kini menjadi perbualan hangat dimana-mana sahaja tak kiralah dilaman sosial seperti facebook, twitter, blog dan lain-lain lagi bagi peminat bolasepak. Tetapi tadi yul ada terbaca satu artikel di blog Indonesia mengenai Malaysia mengklaim pemain Indonesia. Pemain yang dimaksudkan itu Irfan Bachdim yang kononnya Malaysia mengklaim pemain mereka. Sejauh mana kebenaran itu yul tak pasti lah.  Yang yul tahu Malaysia tak pernah pakai pon pemain import, semuanya pemain asli warganegara Malaysia. 

fanatik garuda

Lebih 2 juta penduduk haram Indonesia akan datang ke Stadium Nasional Bukit Jalil dan  dengar khabarnya akan mendominasi dan menyamai penyokong Malaysia. Paling yang seronok sekali, Pengerusi Parti Golkar di Indonesia, Aburizal Bakrie mahukan Stadium Nasional Bukit Jalil bertukar menjadi Warna Merah. Adakah Stadium tersebut milik Indonesia yang mahukan ia bertukar menjadi warna merah? haha.

Harimau Malaya didadaku, bukan garuda!haha

Malaysia akan menebus balik maruah bolasepak negara pada perlawanan bolasepak akhir AFF Suzuki di Stadium Bukit Jalil. Kepada rakyat-rakyat Malaysia jum kita ramai-ramai pi sana sokong pasukan Harimau Muda Malaya, jangan sampai fanatik Indonesia memenuhi stadium Nasional tersebut!

Apa-apapun yul cuma nak ucapkan selamat berjaya kepada pasukan Harimau Muda Malaysia yang akan beraksi pada perlawanan akhir nie nanti. Walaupon kalah ketika menentang Indonesia diperingkat kumpulan, tetapi jadikan lah ia sebagai  pengajaran dan pembakar semangat bagi mengalahkan pasukan Indonesia. Harap-harap tak ada apa-apa kekecohan yang berlaku pada perlawana akhir nanti di Stadium Bukit Jalil.

P/S: Hero kalah dulu, last-last jadi juara!





Read more...

Malaysia Akan Ke Final?

Saturday, 18 December 2010

Korang minat bola tak? haha. Yul memang minat sangat bola, tapi kalau nak maen bola tu tak ada la. Setakat maen futsal tu boleh lah. Tu pon nak separoh mampos kalau yul main. Terasa rindu pula nak main futsal nie, Dah lama gila yul tak main futsal. Al-maklumlah, sekarang nie busy sikit, nak join budak2 main pon susah sekarang nie. Kalau main futsal kompem 2-3 pagi baru balik. Pastu nak bangun pagi2 pukul 6 siap2 pergi kerja. Peh, memang tak terlarat la yul macam tu. Rasa2 tahun nie ada lah 5-6 kali yul main futsal, haha. Jadilah tu kan? Ada juga main, tak la kekok sangat. Ingat nak main futsal balik, tapi tengok keadaan dululah macam mana. Mungkin tahun depan kot. Ada bran nak lawan team gua? kehkehkeh




Tahniah kepada pasukan Malaysia yang baru2 ini telah mengalahkan Vietnam dengan keputusan 2-0 di Stadium Bukit Jalil. Malam nie pula, Malaysia akan menentang pasukan Vietnam di Stadium My Dinh, Hanoi, untuk berjuang menempah tiket ke final Piala Suzuki AFF 2010.  Malaysia tak pernah lagi memenangi kejuaraan Piala Suzuki AFF, harap2 Malaysia dapatlah pegang Piala Suzuki AFF tahun nie. Malam ini merupakan detik paling penting buat squad Harimau Muda kerana berhadapan dengan Vietnam ditempat lawan. Apa2 pon yul nak ucapkan semoga berjaya kepada squad pasukan Harimau Muda Malaysia nie. Walaupon yul tak dapat nak menonton secara siaran langsung disebabkan kerja, tapi yul tetap menyokong squad Malaysia! Malaysia Boleh!!

Cakap2 pasal bola nie, lupa pula Malaysia dulu pernah menentang Pasukan Brazil ketika zaman ayahpin suatu ketika dulu, haha. Korang mesti tak percaya kan ayahpin telah turut membantu pasukan Malaysia untuk terikat seri 1-1.





Kehkehkeh, harap korang enjoy tengok video Malaysia lawan Brazil nie. Tak boleh blah nak ketawa terbahak2 yul tengok video nie. 


P/S : Manchester United forever! haha 




Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP