Suka!

Malaysia Akan Ke Final?

Saturday 18 December 2010

Korang minat bola tak? haha. Yul memang minat sangat bola, tapi kalau nak maen bola tu tak ada la. Setakat maen futsal tu boleh lah. Tu pon nak separoh mampos kalau yul main. Terasa rindu pula nak main futsal nie, Dah lama gila yul tak main futsal. Al-maklumlah, sekarang nie busy sikit, nak join budak2 main pon susah sekarang nie. Kalau main futsal kompem 2-3 pagi baru balik. Pastu nak bangun pagi2 pukul 6 siap2 pergi kerja. Peh, memang tak terlarat la yul macam tu. Rasa2 tahun nie ada lah 5-6 kali yul main futsal, haha. Jadilah tu kan? Ada juga main, tak la kekok sangat. Ingat nak main futsal balik, tapi tengok keadaan dululah macam mana. Mungkin tahun depan kot. Ada bran nak lawan team gua? kehkehkeh




Tahniah kepada pasukan Malaysia yang baru2 ini telah mengalahkan Vietnam dengan keputusan 2-0 di Stadium Bukit Jalil. Malam nie pula, Malaysia akan menentang pasukan Vietnam di Stadium My Dinh, Hanoi, untuk berjuang menempah tiket ke final Piala Suzuki AFF 2010.  Malaysia tak pernah lagi memenangi kejuaraan Piala Suzuki AFF, harap2 Malaysia dapatlah pegang Piala Suzuki AFF tahun nie. Malam ini merupakan detik paling penting buat squad Harimau Muda kerana berhadapan dengan Vietnam ditempat lawan. Apa2 pon yul nak ucapkan semoga berjaya kepada squad pasukan Harimau Muda Malaysia nie. Walaupon yul tak dapat nak menonton secara siaran langsung disebabkan kerja, tapi yul tetap menyokong squad Malaysia! Malaysia Boleh!!

Cakap2 pasal bola nie, lupa pula Malaysia dulu pernah menentang Pasukan Brazil ketika zaman ayahpin suatu ketika dulu, haha. Korang mesti tak percaya kan ayahpin telah turut membantu pasukan Malaysia untuk terikat seri 1-1.





Kehkehkeh, harap korang enjoy tengok video Malaysia lawan Brazil nie. Tak boleh blah nak ketawa terbahak2 yul tengok video nie. 


P/S : Manchester United forever! haha 




7 comments:

Anisa 18 December 2010 at 10:08  

ohhoo penyokong MU?
musuh ketat nii
nis sokong chelsea
hehehe

YUL 18 December 2010 at 10:11  

@anisa, haha, mesti la, die hard fans united k, chelsea apa ada? United sekarang no1 la, ehehe

mknace unlimited 18 December 2010 at 12:08  

:) :) :)
kehkehkeh.. tang ayah pin tu yang tak tahan tu..
terbaeekkk!!!

Jerung Tempang 18 December 2010 at 14:06  

chelsea chelsea!!! hahaha.

ros 19 December 2010 at 15:57  

x minat bola,,haha
go malaysia!huhu

YUL 19 December 2010 at 16:24  

@mknace, haha, best kan , credit to them

@jerung, united united! haha, chelshit?

YUL 19 December 2010 at 16:25  

@neddy, tak minat kew? besh ouh,

Post a Comment

Terima kasih ye diatas komen2 anda, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP