5 Jenis Pengguna Berbeza Serta Tips Membeli Handphone
Friday, 10 December 2010
Salam semuanya. Entri hari nie masih lagi sama seperti semalam mengenai handphone. Semalam yul ada menerbitkan entri mengenai handphone HD kan? Tapi hari nie yul bukan nak bercerita pasal handphone, tapi mengenai ragam pengguna handphone serta tips semasa membeli handphone. Terdapat 5 jenis pengguna handphone yang berbeza pada zaman sekarang nie.
Kebanyakkan pengguna pening kepala untuk memilih handphone yang ingin dibeli disebabkan terlalu banyak handphone canggih, moden dan kelihatan bagus yang membanjiri pasaran pada masa kini.
Telefon Bimbit Pintar |
Telefon Bimbit Biasa |
Telefon Bimbit Berkamera |
Telefon Bimbit Bermuzik |
Telefon Bimbit keypad QWERTY |
Telefon Bimbit Sosial |
Fungsi sebenar telefon bimbit tidak lagi terhad sebagai medium penghubung mahupun sekadar menghantar dan menerima SMS memandangkan kemajuan teknologi memberi kelebihan dan manfaat lebih buat pemiliknya.
Bak dunia tanpa sempadan, semuanya boleh dilakukan secara mudah alih menggunakan telefon bimbit.
Masalahnya, apakah telefon bimbit yang sebenarnya bersesuaian dengan kehendak atau keperluan peribadi kita?

Mengikut kajian, terdapat beberapa kategori pengguna yang menggunakan telefon bimbit.
1. Profesional mudah alih
Sekitar 17 peratus pengguna yang memakai telefon pintar dan tidak mempunyai masalah menggunakan telefon yang lebih kompleks dan dilengkapi pelbagai aksesori. Kajian mendapati golongan ini benar-benar merasakan ciri tambahan itu lebih penting daripada sekadar membuat panggilan dan lebih cenderung untuk beralih kepada pembekal perkhidmatan yang menawarkan teknologi terkini.
2. Pengguna biasa
Hampir seperlima pengguna di dunia masih menggunakan telefon sekadar untuk keperluan biasa dan golongan ini biasanya sering keliru dengan pakej tertentu yang ditawarkan.
3. Mobirati
Istilah yang digunakan untuk generasi pertama yang hidup dengan menggunakan telefon sejak kecil. Dianggarkan 19 peratus pengguna ini sudah bersedia menerima apa saja teknologi yang dikeluarkan vendor telefon.
4. Penghubung sosial
Sebanyak 22 peratus pengguna dikhabarkan memastikan telefon yang dibeli berupaya menyambungkan mereka ke dunia laman sosial seperti Facebook dan Twitter sama penting dengan membuat panggilan.
5. Pengguna pragmatik.
Golongan menguasai 22 peratus jumlah keseluruhan pengguna telefon bimbit mementingkan kualiti capaian rangkaian, malah dikatakan mereka tidak setia kepada satu syarikat telekomunikasi untuk mendapatkan perkhidmatan suara dan data dan jika perkhidmatan mengecewakan, mereka akan beralih kepada pembekal yang lain.

Tips
Secara umum, pengguna telefon bimbit di dunia adalah pengguna yang memanfaatkan telefon bimbitnya untuk tidak lebih daripada sekadar perbualan telefon. Memang, fungsi asas sebenar telefon bimbit adalah memudahkan perbualan di mana saja dan tidak lagi bergantung kepada pondok telefon di tepi jalan.
Dalam kita sibuk memilih jenama telefon bimbit mana yang hendak dipakai, harus diingat faktor pakej perkhidmatan yang sederhana dan tidak memerlukan kos banyak dengan menawarkan jumlah minit untuk bercakap setiap bulan mungkin keperluan asas yang perlu diberi perhatian.
Sebagai pengguna, kita seharusnya perlu membuka minda dengan mengkaji mengenai produk telefon dan perkhidmatan, yang boleh dilakukan dengan menghubungi semua pembekal perkhidmatan melalui nombor bebas tol atau melalui Internet.
Selain itu, ada banyak pihak ketiga sama ada jurujual di kedai atau maklumat yang boleh membantu anda mencari produk telefon yang tepat. Memilih telefon bimbit boleh menjadi tugas berat. Luangkan sedikit masa mencari brosur atau melayari Internet atau bertanya kepada rakan lain mengikut kesesuaian persekitaran pengguna.
Ketika memilih telefon, fikirkan mengenai apa yang anda inginkan dan anggaran bajet anda serta kecenderungan peribadi anda.
Sebagai contoh, telefon ‘buka tutup’ (flip) melindungi papan kekunci dan paparan, namun anda memerlukan masa tambahan untuk membuat panggilan kerana perlu membukanya dulu sebelum mendail.
Ia juga mungkin bermakna sedikit mudah untuk kehilangan telefon memandangkan saiznya yang kecil selepas ditutup namun tidak mendatangkan masalah bagi individu tertentu. Kemudian pertimbangkan sekecil mana telefon yang anda inginkan. Jika kecenderungan kehilangannya tinggi, lebih baik memilih dimensi yang sedikit besar agar ia mudah dilihat.
Bagaimana pula pengguna yang sering memandu, tetapi dalam masa sama sering bercakap? Jika demikian, anda akan memerlukan telefon dengan pembesar suara berkualiti tinggi atau peranti yang boleh disambungkan ke aksesori seperti set fon Bluetooth.
Semak juga teknologi kereta anda yang mungkin dilengkapi teknologi Bluetooth membolehkan bercakap di telefon dengan hanya menyentuh satu atau dua butang saja sebelum ditetapkan pada audio kenderaan. Satu lagi fungsi yang sering ditanya adalah keupayaan kamera untuk merakam dan menghantar imej dan video dengan telefon anda.
Jika ia kerap digunakan (lebih daripada dua kali sehari), lebih baik mempertimbangkan telefon kamera yang mempunyai banyak model tersedia sekarang, namun perlu diingat jika murah harganya mungkin tidak memberikan kualiti atau kebolehpercayaan anda inginkan.
Dari situ anda akan mendapat maklumat asas mengenai kamera telefon sama ada ia VGA, XGA atau WXGA.
VGA bermakna Video Grapics Array yang diperkenalkan pada 1987, mungkin format paling asas digunakan dalam kamera telefon kerana ia hanya menyokong resolusi maksimum 640 x 480 piksel.
XGA adalah singkatan eXtended Graphics Array bermakna resolusinya lebih tinggi dengan 1024 x 768 piksel.
Sementara WXGA adalah kesinambungan Wide eXtended Graphics Array yang berupaya memberi resolusi 1366 hingga 1280 piksel secara menegak atau 768 hingga 720 piksel secara melintang.
Selain panggilan suara, faktor penggunaan SMS sudah meluas di Malaysia.
Berbeza dengan butang peranti tradisional yang mempunyai 12 butang saja, papan kekunci QWERTY yang mempunyai butang cukup untuk semua abjad atau nombor ditempatkan mungkin pilihan baik kepada pengguna SMS.
Ia bermakna anda tidak lagi perlu menekan tiga kali butang untuk mendapatkan abjad ‘C’ atau lebih daripada empat kali bagi memperoleh nombor ‘1’.
Apakah telefon bimbit untuk kegunaan peribadi, perniagaan atau kombinasi kedua-duanya? Sekali lagi, fikirkan apakah yang anda ingini untuk telefon anda sama ada perniagaan, kegunaan peribadi atau kedua-duanya? Jika anda inginkannya untuk perniagaan, pastikan anda mendapatkan telefon yang fleksibel dan perkhidmatan terbaik dan kadar perayauan rendah jika anda ke luar negara. Adakah anda inginkan komputer dalam telefon bimbit anda?
Di sinilah timbulnya istilah telefon pintar yang mudah digunakan untuk menjadikannya benar-benar alat peribadi dan cukup bertenaga untuk tujuan bekerja atau berhibur.
Walaupun berada di luar pejabat, namun mereka masih boleh menyemak senarai tugasan pada hari itu, menyemak jadual tugasan, menyemak kalendar, menyemak senarai kenalan, memantau e-mel dan membuat panggilan.
Ia boleh menyemak, malah boleh membuat perubahan secara langsung dan mengurus sendiri dari jarak jauh, sedangkan ia terus berhubungan dengan sistem perkomputerannya di pejabat.
Faktor itu memberikan lebih kawalan dan membenarkan mereka menghabiskan lebih banyak masa kepada sesuatu yang lebih utama untuk kepentingan serta peningkatan syarikat.
Menggunakan telefon pintar untuk mencapai kalendar atau e-mel dapat meningkatkan produktiviti kerana reka bentuknya yang lebih kecil dan mudah di bawa ke mana saja berbanding komputer notebook.
Untuk memastikan pengguna terus mendapat kefungsian terbaik dan terus terhubung itu, pengguna mestilah berada dalam ruang liputan, saiz peranti yang sesuai di bawa ke mana saja, jangka hayat bateri yang lebih panjang dan ciri mesra pengguna telefon bimbit terbabit.
Jika disebut mengenai ruang liputan, negara kita sudah tidak asing lagi dengan beberapa penyedia perkhidmatan rangkaian telekomunikasi mudah alih yang kini meliputi hampir keseluruhan kawasan berpenduduk, walaupun hingga ke kawasan pedalaman.
Pelbagai jenis telefon pintar sudah berada di pasaran sebagai pilihan. Hanya perlu memilih untuk kesesuaian diri sendiri. Cuma perlu berhati-hati dan hanya memilih model yang memiliki ketahanan jangka hayat bateri lebih panjang.
Jangan terlalu mementingkan jenama kerana anda mungkin kehilangan aspek yang penting dalam memilih telefon iaitu rekaan, saiz, dan berat.
Saiz paparan dan warna antara ciri penting dalam rekaan. Skrin harus menawarkan kontras antara warna latar belakang dan paparan sementara fon harus cukup besar untuk membaca.
Faktor bateri adalah salah satu ketidakselesaan utama pemilikan telefon bimbit bergantung kepada model serta kekerapan penggunaan.
Apatah lagi, telefon yang membolehkan anda melayari Internet lebih cepat untuk kehabisan tenaga dan memerlukan anda membeli bateri tambahan atau aksesori seperti pengecas kereta atau pengecas mudah alih.
Pada masa kini, kebanyakan vendor telefon bimbit menggunakan bateri ion litium kerana ia menawarkan prestasi yang lebih baik secara keseluruhan.
Bagaimanapun, ia boleh rosak disebabkan pengisian yang berlebihan. Lebih baik anda membaca arahan manual sebelum memulakan operasi telefon bimbit baru yang dibeli.
Bateri boleh dilindungi dengan menghindarkannya daripada suhu ekstrem seperti meletakkan telefon bimbit di bawah sinaran matahari untuk tempoh lama dan selalu menjaga kebersihan terutama ruang kecil di sekitar kawasan penempatan bateri.
Aspek bersosial dalam telefon bimbit juga aliran terkini yang dilihat, malah pengguna Facebook dan Twitter pun kerap mengemas kini status atau menjenguk laman mereka dalam telefon bimbit, jadi lebih baik menjengah peranti dengan keupayaan rangkaian sosial.
Kesimpulannya, tanyalah diri kita apakah telefon bimbit paling sesuai mengikut penggunaan seharian? kerja? sosial? atau sekadar membuat panggilan serta berSMS?

2 comments:
nice share bro..
sharing is caring :)
Post a Comment