Suka!

Malaysia Curi Pemain Indonesia?

Saturday 25 December 2010

Salam semuanya. Maaflah ye yul asik bercerita mengenai bola sepak je sekarang ini. Maklumlah bola sepak merupakan permainan yang paling digemari sekarang nie. Lagi-lagi kalau Malaysia ada! hehe.


Irfan Bachdim

Sebelum ni yul ada bercerita mengenai Irfan Bachdim di entri sebelum nie yang khabarnya, Malaysia mengklaim pemain tersebut. Irfan Bachdim berdarah kacukan Belanda merupakan seorang pemain bola sepak Indonesia. Berita mengenainya menjadi topik hangat dalam forum di internet yang kini telah berleluasa di Indonesia. Adakah benar dakwaan tersebut yang mengatakan Malaysia mengklaim pemain mereka? 

Berita-berita tersebut telah luas dilaman web seperti berikut:

Puncanya daripada seorang rakyat Indonesia yang bernama Haikal memberi komen di salah sebuah website forum komuniti,

"SAYA ORANG INDONESIA. DAN SAYA MENGAKU JIKALAU IRFAN BACHDIM SEBENARNYA ORANG MALAYSIA. DIA PERNAH MOHON JADI WARGA NEGARA MALAYSIA. NAMUN DITOLAK MENTAH2 SAMA MALAYSIA,"

Bila masakah Irfan Bachdim memohon menjadi warga negara Malaysia? Kalau sekiranya benar sekalipon pastinya satu dunia akan mengetahuitnya. Kenyataan tersebut adalah palsu semata-mata dan tiada bukti yang mendakwa Malaysia mengakui Irfan Bachdim itu pemain Malaysia. Nampak sangat media Indonesia mencari publisiti murahan dengan mendakwa Malaysia mengklaim pemain mereka. Jelas-jelas pemain tersebut tidak bermain untuk Malaysia tetapi dituduh sebagai 'tukang klaim' pemain mereka tanpa memeriksa sejauh mana kesasihannya.


Bagi yul, tidak relevan langsung menuduh Malaysia  mengklaim pemain negaranya yang terbukti komen tersebut adalah daripada rakyat Indonesia sendiri. Apakah yang mereka mahukan sehingga menfitnah sebegitu? Disebabkan komen yang tidak jelas kesahihannya kini menjadi isu dan topik hangat di mana-mana rangkaian sosial seperti di Facebook. Hubungan kedua-dua negara  juga kini menjadi semakin renggang.



Malaysia mempunyai pemain 100% asli warganegara asal Malaysia dan bukannya pemain import mahupon pemain yang 'diklaim'. Rata-rata semuanya berasal dari kelab-kelab tempatan yang berusia bawah 23 tahun yang kini menjadi sandaran negara untuk menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok!.


Yul tadi ada terbaca artikel di salah satu website Indonesia yang mengatakan bahawa penyokong Malaysia akan menghina lagu Indonesia Raya ketika perlawanan tersebut berlangsung. Gara-gara sebelum ini penyokong Indonesia  tidak menghormati lagu kebangsaan Malaysia sebelum ini dan menyebabkan Malaysia kalah 5-1, ia menjadi isu untuk melemparkan fitnah sebegitu sebagai dendaman penyokong rakyat Malaysia untuk saling menghina dan mencaci balik lagu kebangsaan mereka. Yul beranggapan media Indonesia begitu mudah melemparkan fitnah tanpa memeriksa terlebih dahulu. Kita lihat dan tunggu keputusannya. Benarkah penyokong Malaysia akan memperlekehkan lagu kebangsaan Indonesia ketika perlawanan berlangsung ahad nanti? 



fanatik garuda tunjuk perasaan untuk mendapatkan tiket.




Yang menariknya, hampir ribuan fanatik garuda ingin memboikot pasukannya sendiri dan menyokong Malaysia gara-gara kecewa kerana kehabisan tiket untuk menyaksikan perlawanan akhir  kedua Piala AFF Suzuki yang akan berlangsung pada 29 Disember 2010 nie.


Hampir tergelak yul membaca artikel nie disebabkan kehabisan tiket, penyokong Indonesia sanggup menyokong Malaysia. Apa-apa pun yul berharap agar Malaysia menang menentang pasukan Indonesia esok! huhu. Malaysia Boleh!!!



14 comments:

emieysandra 25 December 2010 at 21:01  

Malaysia pasti boleh! :)

Hairun Azmi 25 December 2010 at 21:09  

Waduh...waduhh udah ribut gitu....

YUL 25 December 2010 at 21:10  

@emieysandra, yea! mesti boleh! boleh menang! ehehehe

YUL 25 December 2010 at 21:10  

@miecyber, apa2an pak? ehehe. jangan ribut2 disini

aliza zeke 25 December 2010 at 21:23  

moga2 malaysia menang!
indon nie gila lah.ngeh3

YUL 25 December 2010 at 21:24  

@aliza, semestinya! tebus maruah balik tempohari kalah,

qwerty 25 December 2010 at 21:36  

malaysia boleh aje.huhu

Mohd Firdaus 25 December 2010 at 21:36  

yeah...aku penyokong tegar malaysia!! Malaysia boleh!!

YUL 25 December 2010 at 21:42  

@misz Mas. hoho, memang boleh! pastikan tengok yea! perlawanan penting nie, huhu

YUL 25 December 2010 at 21:42  

@chawi, samalah dengan aku, akupon penyokong tegar pasukan Malaysia, ehehehe

Fasihah Supian 25 December 2010 at 21:45  

Jalan ke sini.. :)

Takpa YUL..Malaysia boleh!!! hehe

Kerana Hantu Kak Limah, Kami Terpisah

YUL 25 December 2010 at 21:51  

@ Fasihah Supian. ehehe, yups! Malaysia pasti boleh!!!

Yus Tawau 26 December 2010 at 11:23  

Ya Malaysia memang Boleh Menang....mln ni .aku ramal mlm ni (harimau 3 - garuda 0 ) ha ha ha.. ada saja orang indonesia mahu kasih kecoh hal yg x penting....

P.S : kamu rasa berapa team malaysia score berapa mlm ni ?

YUL 26 December 2010 at 17:59  

@ Yus Tawau, kompem punya, aku rasa Malaysia menang 4-1, ehehe

Post a Comment

Terima kasih ye diatas komen2 anda, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP