Suka!

Motor Kapcai Mahu Tawan Dunia

Friday 17 December 2010

Assalamualaikum semua. Jawab jangan tak jawab salam nie kalau korang beragama Islam. hehe. Dah lama yul tak update entry kat blog nie. Padahal baru 1 hari je tak update. Tu pon nak kecoh kan? haha. Maklumlah ye, laptop semalam diserang virus H2N4. Tak tahu lah macam mana tiba2 virus boleh menyerang. Tension betul yul semalam tak dapat nak update blog. Nak blogwalking pon tak boleh, hehe. Sorry ye kawan2, semalam tak dapat nak balas balik lawatan korang ke blog yul nie. Tapi hari nie insyallah yul akan balas balik lawatan korang kat blog yul nie.


Sebenarnya yul ada 1 cerita yang yul nak kongsikan kepada korang. Tadi yul ada terbaca satu artikel motor kapcai nak keliling dunia. Macam mustahil je kan motor kapcai nak keliling dunia. Tapi itu bukan mustahil bagi Syed Ahmad Abdul Hadi, anak kelahiran Malaysia yang kini telah merentas 23 negara termasuk london dengan menggunakan Motorsikal Modenas GT 128cc yang digelar 'Lil G'.


Syed Ahmad Abdul Hadi merupakan adik kepada uncle seekers, telah berjaya merentas 23 buah negara antaranya Thailand, Nepal , India, Turkey, Serbia, Italy, Poland dan Perancis selama 6 bulan, bermula pada 24 April lalu. Ini merupakan kejayaan yang besar baginya dan bermacam2 dugaan yang telah dilaluinya. Tahniah diucapkan kepada beliau kerana telah berjaya mengecapi kejayaan tersebut sekaligus telah mengharumkan nama negara.

Selepas nie, beliau merancang ingin menawan dunia pula dengan menggunakan 'Lil G' yang memakai no pendaftara QSM 17. Kalau korang terjumpa dia nie ucapkan tahniah ye untuk yul kepada beliau. hehe. Apa2pun yul nak ucapkan semoga berjaya untuk menggapai cita2nya mengelilingi dunia.

P/S : Masa untuk  yul merentas dunia dengan menggunakan lappy, hehe

6 comments:

Anisa 17 December 2010 at 22:35  

hehehe
ade je virys H2N4

YUL 17 December 2010 at 22:42  

@anisa, ada lorh, tak caye kew? habis laptop semalam tak dapat main, terpaksa format balik, huhu

Jerung Tempang 18 December 2010 at 02:22  

aku nk merentas laut naik beca. bleh x? hehehe

YUL 18 December 2010 at 08:01  

@jerung, kahkahkah, lu cuba la try naik beca, kalau lu boleh wa tabik spring sama lu, haha

Unknown 18 December 2010 at 08:17  

merentas dunia pulek dahhh

YUL 18 December 2010 at 08:55  

@cik epal. mesti la,

Post a Comment

Terima kasih ye diatas komen2 anda, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP