Suka!

Showing posts with label hubungan Apek dan ELia. Show all posts
Showing posts with label hubungan Apek dan ELia. Show all posts

Khairul Fahmi Che Mat @Apek Putus Tunang Dengan Elia Adalah Palsu | Pergolakan hubungan KFCM

Monday, 1 August 2011

Semalam Khairul Fahmi Che Mat ada mengulas di keratan akhbar tempatan yang kononnya dia sudah tidak bersama dengan tunangnya lagi (Elia). Yul pon terkejut jugak membacanya. Mana taknya, mereka baru sahaja mengikat tali pertunangannya pada Mei yang lepas. Tak sampai 3 bulan lagi mereka sudah dikatakan putus setelah ada gosip-gosip yang mengatakan bahawa Khairul Fahmi@Apek mempunyai hubungan skandal dengan Dahlia Teck.


Tinggal kenangan. 
sumber gambar : Blog Jejari Runcing
Yang peliknya lagi, bahawa Elia tidak pernah tahu dan menafikan bahawa Khairul Fahmi memutuskan pertunangannya. Elia tahu pon selepas dia membaca di keratan akhbar semalam dan mengulas kepada media hari ini(semalam) mengenai dakwaan tersebut. Yul agak pening yang manakah kesasihan berita pergolakan mereka berdua ini. 


Pergolakan dalam hubungan mereka sudah berlarutan sejak sebulan lalu. Yang meburukan keadaan lagi apabila Khairul Fahmi enggan berjumpanya untuk menyelesaikan masalah mereka berdua.


Mengenai kenyataan Khairul Fahmi pertunangan mereka berakhir bukan kerana orang ketiga, Elia menegaskan kenyataan itu hanya helah Khairul Fahmi untuk `menyelamatkan' dirinya sedangkan banyak bukti menunjukkan dia ada hubungan dengan wanita lain. Adakah Dahlia Teck yang dimaksudkan oleh Elia itu? Wallahualam.


Elia mengaku ada mengeluarkan kenyataan dalam laman sosial facebook mengenai tindakan Khairul Fahmi menengking ibunya (Elia). Namun, Elia hanya mendiamkan diri kerana ingin memberi masa kepada Khairul Fahmi untuk memulihkan keadaan.


Elia begitu kesal melihat tindakan Khairul Fahmi yang memutuskan pertunangan kerana dia sudah menyiapkan sedikit sebanyak persiapan untuk perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung pada hujung Oktober ini.


Sementara itu, ibu Elia yang enggan namanya disiarkan berkata, walaupun sedih dengan apa yang berlaku dia bersyukur kerana Allah memberikan petunjuk sebelum perkahwinan anaknya berlangsung. “Namun, mak cik minta dia (Khairul Fahmi) selesaikan semua ini dengan cara baik. Jika dulu dia meminang anak mak cik dengan cara baik, seeloknya mahu putus pun biarlah dengan cara baik, bukan cara sebegini.


Walau apa-apa pon, diharapkan Elia terus bersabar menghadapi dugaan ini, Andai kata satu hari nanti korang berdua tiada jodoh, itu semua telah ditakdirkan oleh Allah yang maha esa. Anggap je lah ianya adalah salah satu dugaan. Tapi Yul berharap sangat-sangat agar hubungan mereka kembali pulih seperti sebelum ini. Sama-samalah kita berdoa, agar kedua pasangan ini dapat bersatu kembali.

Read more...

Dahlia Teck Skandal/Awek Baru Apek? | Hubungan Khairul Fahmi Dan Tunangnya Emilia Keruh

Thursday, 28 July 2011

Rata-rata ramai yang dah tahu kan keretakan hubungan Khairul Fahmi Che Mat(APEK) bersama tunangnya Aimie Harmelia(ELIA). Hampir kesemua forum, blog dan lain-lain lagi memaparkan gosip yang sama. Khabarnya hubungan mereka keruh disebabkan kehadiran oleh pihak ketiga. Yul mendapat tahu bahawa Dahlia Teck merupakan pihak ketiga yang mengeruhkan hubungan Elia dan tunangnya Fahmi. Betul kew? 


Disini yul paparkan sekali gambar-gambar Dahlia Teck yang dikatakan mempunyai hubungan dengan Khairul Fahmi.




Bukan main mesra lagi kan gambar di atas nie. Kalau dilihat dari gambar ini memang benarlah apa yang dikatakan oleh masyarakat kini. Nak tengok gambar lagi boleh lawat blog Abang Nara.


Kesian juga yul melihat si tunang Khairul Fahmi nie. Yul berharap agar ELIA tabah menghadapi semua dugaan. Inilah adalah salah satu cabaran hidup sepanjang kita hidup didunia. Yul ingat lagi petikan dari satu filem cinta. Filem ape tah, yul dah lupa dah. 
Cinta nie adalah penawar, dan cinta nie juga adalah Racun. Cinta merupakan dugaan yang paling kuat yang tuhan berikan kepada kita umat manusia. Kita kena kuat menghadapinya walau apa sekali pon. Sebab tu kalau kita dapat lihat orang bercinta, macam-macam boleh terjadi. 
Apa-apa pon, semoga hubungan ELIA dan juga Khairul Fahmi Che Mat kembali seperti biasa. Diharap agar ELIA banyakkan bersabar, berdoa dan memohon kepada tuhan agar diberi ketenangan. Insyallah, allah akan mendengar dan menolong manusia ciptaannya itu. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini semua.


Harap-harap, gosip yang sedang melanda ini tidak menjejaskan prestasi Khairul Fahmi untuk menghadapi perlawanan menentang Singapura ini. Sebab, perlawanan besok merupakan perlawanan penting yang pastinya rakyat Malaysia menanti kemenangan besar untuk melayakan Malaysia kepusingan seterusnya dalam Pra kelayakan Piala Dunia 2014. Caiyok-caiyok HARIMAU MALAYA!

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP