Suka!

Showing posts with label Musim ke 5. Show all posts
Showing posts with label Musim ke 5. Show all posts

Salma Juara Mentor Musim Ke-5 | Persembahan Akhir Konsert Final

Monday, 30 May 2011

Segala debaran dan penantian telah pon terjawab apabila Salma telah diumumkan sebagai Juara Mentor bagi musim yang ke-5. Kemenangan Salma seperti sudah dapat dijangkakan. Walaupon juri awam memberikan markah terendah berbanding dengan peserta lain, tetapi undian SMS telah membuatkan Salma berjaya bergelar sebagai Juara. Salma telah mendapat markah keseluruhan sebanyak 85 markah (termasuk 16 markah dari juri awam) dan ianya merupakan markah tertinggi pada malam ini menewaskan dua lagi protege lain, iaitu Shiha dan juga Iqa.

Juara mentor musim ke 5
Juri pada konsert terakhir
berduet bersama jacklyn
Salma telah menyanyikan 3 buah lagu, iaitu lagu Listen, Cinta dan Rindu (duet bersama Jacklyn Victor) dan single terbarunya Aku Permata.
Listen-Salma

Cinta & Rindu-Salma feat Jacklyn

Aku- Salma (single terbaru)
v

Salma dan juga mentornya, Erra Fazira telah berjaya membawa wang tunai sebanyak RM100,000 ringgit setiap seorang. Bukan setakat tu sahaja, Salma juga bakal membawa pulang kereta mewah Chevrelot yang bernilai RM97'800


Berikut adalah markah keseluruhan yang mereka perolehi.
SALMA - 85
SHIHA - 63
IQA - 56
Tahniah diucapkan kepada Salma dan Erra Fazira kerana menjadi juara Mentor untuk musim yang kelima. Salma merupakan juara peserta wanita ke-2 untuk program Mentor setelah sebelum ini protege lelaki yang menyandang gelaran juara.


P/S: Download lagu terbaru Salma-Aku

Read more...

Persembahan Mentor Separuh Akhir Musim ke 5 | Protege Serta Mentor Yang Layak Ke Final

Monday, 23 May 2011

Tiga protege, Salma, Shiha dan Iqa telah berjaya melangkah ke pentas akhir Mentor musim 5. Tahniah diucapkan kepada mereka. Ratnah telah tersingkir daripada konsert malam tadi selepas hanya berjaya mengumpulkan sebanyak 88 markah selama 2 minggu berlangsung. Keputusan tersebut diumumkan dalam persaingan Separuh Akhir Mentor yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam. Jika ada yang menjangkakan kemenangan mudah Salma ke pusingan terakhir Mentor 5, keputusan malam ini cukup mengejutkan peminat protege Erra Fazira ini.

Salma
Rasanya seperti tidak masuk akal Salma kali ini tidak mendapat markah tinggi. Tapi nie lah yang dinamakan sebagai pertandingan. Suara lantang, lunak macam mana sekali pon, juri serta undian SMS yang menentukan markah mereka.

Kalau bukan keputusan pihak TV3 untuk menjadikan persaingan akhir 'a three-way fight', mungkin Salma memang tidak akan dapat berpeluang langsung untuk beraksi lagi di pentas akhir pada 29 Mei ini. Apakah yang telah terjadi sehingga salma kini menjadi semakin turun secara mendadak? Berbeza pula dengan Shiha dan juga Iqa, mereka menunjukkan peningkatan yang amat drastik pada minggu ini. Dan usaha mereka itu tidak dilepas pandang oleh para juri profesional dan awam.


Nyanyian salma- Nirmala dan Mimpi Laila

Salma Feat Mohamad-Fenomena Dan Opera Hidup


Video Semasa Diumukan Markah


Berikut adalah senarai markah setakat ini yang mereka perolehi
Salma: 49; 64; 113


Ratnah: 42; 46; 88


Shiha: 58; 61; 119

Iqa: 57; 69; 126
Apa-apa pon, semoga mereka berjaya dalam pusingan akhir kelak. Pastikan mereka memilih lagu-lagu yang bersesuaian, kerana peluang mereka hanya sekali sahaja untuk meraih gelaran juara mentor pada musim ini. Nantikan konsert akhir mentor musim 5 ini pada hari Ahad, 29 Mei 2011.

Read more...

Konsert Ke-3 Mentor Musim Ke-5 Kumpulan A | Ratnah Juara Minggu Ke-6

Monday, 18 April 2011

Sangkaan yul juara mentor pada minggu ini meleset. Ingatkan Shiha yang menang. Rupanya Ratnah pulak yang jadi juara. Tak sangka pula, Ratnah telah mendapat markah tertinggi pada konsert mentor 5 minggu ke 6 nie. Peningkatan yang amat drastik! Saingan menjadi semakin sengit dan bahang sudah pon dirasai. Segala usaha, penat lelah Ratnah pada malam ini telah pon membuahkan hasil. Apa-apa pon tahniah kepada Ratnah!

Ratnah berjaya mencapai malam ini sesuatu yang menakjubkan. Selepas dua konsert, Ratnah berada di kedudukan tercorot dengan 78 markah berbanding Shiha dan Ayish yang masing-masing mempunyai 127 dan 103 markah pada minggu sebelum ini.

Tetapi berbekalkan usaha Ratnah sendiri dan mentornya, Afdlin Shauki, Ratnah telah berjaya membuat satu 'comeback'. Sekaligus mengenepikan Ayish dan merapatkan jurang markah diantara dirinya dan Shiha.

Bagaimanapun Ratnah akui selepas konsert dua minggu lepas dimana dia sekali lagi menduduki tangga terbawah, selama dua hari selepas itu dia dibelenggu perasaan kecewa.

Minggu lepas kumpulan B menyanyikan lagu bertemakan rock, minggu ini pula mereka menyanyikan muzik era 70-an & 80-an.


1. Shiha - Power of Love & Crazy in Love 
2. Shiha - Dari Kerana Mata (duet bersama Salleh Yaacob)

3. Ratnah - Makhluk Tuhan Paling Seksi & Kesal
4. Ratnah - Raja Gelek & Che' Mek Molek (duet bersama One Nation Emcees)
5. Ayish - Lagu Kita
6. Ayish - Katakanlah & Menunggu Nasi Minyak (duet bersama Uji Rashid)


Yang mana tak dapat tengok siaran semalam, boleh lah tengok siaran ulangan nie. Video ulangan nyanyian Ratnah berduet bersama One Nation Emcess - Raja Gelek & Che' Mek Molek yang telah berjaya memukau penonton.



Minggu sebelum ini, Ratnah telah mendapat markah tercorot pada konsert yang lepas. Tapi kali ini, Ratnah telah mendapat markah tertinggi menewaskan Shiha dan juga Ayish. Berikut adalah senarai markah keseluruhan mereka semasa.



Kumpulan A
Shiha: 190
Ayish: 148
Ratnah: 154



Kumpulan B
Salma: 157
Iqa: 111
Aiman: 91

Peningkatan yang amat ketara jelas kelihatan. Ratna telah berjaya menewaskan protege-protege yang lain pada minggu ini. Harap-harap minggu yang akan datang, tak lah kecundang. huhu.

Read more...

Aiman Mentor Musim Ke 5 Bercinta Dengan Shiha?

Monday, 11 April 2011

Kecoh! ada sesetengah pihak yang mendakwa Aiman sebenarnya tak boleh menyanyi tetapi berjaya masuk ke program realiti Mentor. Sekadar mengharapkan rupa saja. Nyanyian dia pada minggu yang lepas juga amat mengecewakan. Betul kew dia tu tak boleh nyanyi?  Bagi yul suara dia ok je kot. Tapi tak ada lah sehebat mana pon. Dia boleh menyanyi, cuma lagu yang dibawakan je tak sesuai dengan suara die tu seperti di minggu yang lepas yang membawa lagu rock. Aiman sesuai menyanyikan lagu yang bergenre pop-pop
Aiman tak kisah
;)
Aiman dan Shiha
Baru-baru nie hangat diperkatakan yang kononnya aiman bercinta dengan Shiha. Betul kew? Bukan mudah apabila memiliki paras rupa cantik dan kacak. Lebih-lebih lagi apabila muncul dalam program realiti. Inilah nasib Aiman dan Shiha yang digandingkan sebagai pasangan duet dalam Konsert Mentor 5 baru-baru ini.


Aiman dan juga Shiha digandingkan bersama dalam menyanyikan lagu berduet mereka yang bertajuk aku dan dia(Ari Lasso feat Bunga Citra Lestari) pada konsert minggu ke 3. Dari pemerhatian yul sendiri melihat aksi mereka bernyanyi diatas pentas, ternyata mereka sangat serasi dalam menyanyikan lagu tersebut. Seolah-olah sepasang kekasih yang sedang bercinta. Pasangan ini tampak sangat cocok digandingkan bersama. "Sama cantik, sama padan."

Read more...

Konsert Mentor Musim Ke-5 Kumpulan B | Salma Juara Minggu ini

Kalau dilihat dari persembahan minggu kedua kumpulan B, nampaknya Salma masih menerajui ditempat pertama. Iqa dan Aiman masih lagi ketinggalan dibelakang Salma.
kumpulan B
Masa nyanyian pertama tu, yul lihat Iqa dan Salma yang paling menyerlah. Aiman kurang menonjol sedikit disebabkan lagu yang dibawanya kurang bersesuaian dengan dirinya. Tapi lagu kedua dia yang bertajuk aku dan dia berduet bersama protege dari kumpulan A, Shiha memang best. 
Salma dan Ratna
Salma menyanyikan lagu Bukan Milikmu Lagi dan juga lagu Rama-rama(Ella) berduet bersama Ratna. Mantap! Mas Idayu juga memuji Salma kerana mempunyai suara yang hebat.
Iqa
Iqa menyanyikan 2 buah lagu rock, Sejati-Wings dan juga Bujang Senang. Best jugak ah die nyanyi. Lagu sofea Jane (black mentor3) dinyanyi bersama oleh Ayish.
Aiman
Aiman tu boleh tahan la, cuma dia tak sesuai nak menyanyikan lagu rock je. Tapi lagu dia yang kedua bertajuk 'aku dan dirimu' nyanyian asal Ari Lasso dan Bunga Citra Lestari tu memang best. Suara dia memang sesuai menyanyikan lagu yang berirama slow-slow macam tu. Aiman berduet bersama Shiha.  


Kali ini, mas idayu telah menjadi juri jemputan pada minggu ini. 


Masa persembahan khas pada penutup tu, Mas idayu telah menyanyikan tiga buah lagu berduet bersama-sama protege-protege dari kumpulan B. Kehadiran Black, Juara mentor ke 3, yang mengkritik Mentornya lagilah mencuit hati penonton.


Markah keseluruhan setakat nie
Kumpulan A
Shiha: 127
Ayish: 103
Ratnah: 78
Kumpulan B
Salma: 157
Iqa: 111
Aiman: 91
P/S: Yul rasa Juara pada musim nie Salma yang menang kot.huhu. Apa pendapat korang pulak? 

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP