Tiga protege, Salma, Shiha dan Iqa telah berjaya melangkah ke pentas akhir Mentor musim 5. Tahniah diucapkan kepada mereka. Ratnah telah tersingkir daripada konsert malam tadi selepas hanya berjaya mengumpulkan sebanyak 88 markah selama 2 minggu berlangsung. Keputusan tersebut diumumkan dalam persaingan Separuh Akhir Mentor yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam. Jika ada yang menjangkakan kemenangan mudah Salma ke pusingan terakhir Mentor 5, keputusan malam ini cukup mengejutkan peminat protege Erra Fazira ini.
Salma
Rasanya seperti tidak masuk akal Salma kali ini tidak mendapat markah tinggi. Tapi nie lah yang dinamakan sebagai pertandingan. Suara lantang, lunak macam mana sekali pon, juri serta undian SMS yang menentukan markah mereka.
Kalau bukan keputusan pihak TV3 untuk menjadikan persaingan akhir 'a three-way fight', mungkin Salma memang tidak akan dapat berpeluang langsung untuk beraksi lagi di pentas akhir pada 29 Mei ini. Apakah yang telah terjadi sehingga salma kini menjadi semakin turun secara mendadak? Berbeza pula dengan Shiha dan juga Iqa, mereka menunjukkan peningkatan yang amat drastik pada minggu ini. Dan usaha mereka itu tidak dilepas pandang oleh para juri profesional dan awam.
Nyanyian salma- Nirmala dan Mimpi Laila
Salma Feat Mohamad-Fenomena Dan Opera Hidup
Video Semasa Diumukan Markah
Berikut adalah senarai markah setakat ini yang mereka perolehi
Salma: 49; 64; 113
Ratnah: 42; 46; 88
Shiha: 58; 61; 119
Iqa: 57; 69; 126
Apa-apa pon, semoga mereka berjaya dalam pusingan akhir kelak. Pastikan mereka memilih lagu-lagu yang bersesuaian, kerana peluang mereka hanya sekali sahaja untuk meraih gelaran juara mentor pada musim ini. Nantikan konsert akhir mentor musim 5 ini pada hari Ahad, 29 Mei 2011.
Setelah 3 minggu beraksi dan bertarung dalam peringkat kumpulan Mentor musim ke 5. Kini tibalah masa yang dinanti-nantikan seluruh penonton serta penggemar penyanyi mentor yang bakal bergelar artis. Siapakah yang akan tersingkir dan siapakah yang akan layak ke peringkat seterusnya. Keputusan tersebut telah pon diumumkan pada malam semalam (1 May 2011).
Masing-masing menampilkan dengan gaya persembahan dan gimik yang tersendiri untuk menambat hati penonton dan juga juri. Pilihan lagu-lagu yang memberangsangkan dan mencabar vokal masing-masing. Lagu-lagu yang telah didendangkan pada peringkat penyingkiran tersebut ialah:
1. Ayish - Laskar Pelangi & Nakal
2. Ratnah - Jangan Ada Benci & Seribu Impian
3. Shiha - Ayat Ayat Cinta & Hey Ladies
Setiap protege hanya akan menyanyikan sebuah lagu pada konsert minggu ini. Walaupun hanya sebuah lagu yang dinyanyikan, ternyata nyanyian kagu mereka ada yang menggabungkan lagu-lagu 'fast' dan juga 'slow'. Ianya merupakan sebuah pembaharuan yang diperkenalkan didalam Mentor pada musim ini. Kita dapat menilai prestasi serta kebolehan protege diuji dengan lebih menyeluruh.
Nyanyian Shiha-Ayat-ayat Cinta & Hey Ladies
Nyanyian Ratnah, Jangan Ada Benci & Seribu Impian
Cuma ada 2 video sahaja yang yul dapat cari. Video nyanyian Ayish yul tak jumpa langsung -,-
Mendendangkan lagu-lagu popular Medley Suhaimi
Penghargaan buat Suhaimi
'Tribute' minggu ini khas ditujukan untuk Pak Ngah Suhaimi. Protege-protege kumpulan A, Ayish, Ratnah dan juga Shiha mendendangkan medley lagu-lagu popular Pak Ngah. Gabungan protege-protege yang baik. Yul menikmati lagu yang mereka nyanyikan. Memang terhibur la. hehe.
Sewaktu pengumuman siapakah yang bakal tersingkir
Redha walaupon gagal
Apa-apa pon tahniah diucapkan kepada peserta-peserta yang telah layak pada babak penyingkiran baru-baru ini untuk beraksi pada minggu seterusnya. Walaupon ayish telah berjaya mendapat markah banyak pada minggu ini, tapi kedudukan markah Ratnah menghancurkan impian Ayish untuk terus mara. Ratnah tidak dapat mendapat markah yang tinggi seperti minggu lepas. Saingan yang amat ketara. Cuma beza berapa markah je antara Ratnah dan juga Ayish. Tapi tu lah lumrah bagi setiap pertandingan realiti televisyen. Setiap pertandingan mesti ada yang kalah dan tersingkir.
Berikut adalah mata yang diperolehi pada waktu penyingkiran (malam semalam) serta mata keseluruhan konsert yang dikumpul.
Markah yang diterima semalam (1 May 2011)
Shiha - 62
Ratnah - 61
Ayish - 60
Markah keseluruhan yang dikumpul
Shiha - 252
Ratnah - 215
Ayish - 208
Pada minggu hadapan siapakah yang akan layak ke peringkat seterusnya dikumpulan B. Adakah Aiman? Iqa? Ataupon Salma yang akan berjaya? Semua tu akan terjawab pada konsert minggu hadapan.
Kecoh! ada sesetengah pihak yang mendakwa Aiman sebenarnya tak boleh menyanyi tetapi berjaya masuk ke program realiti Mentor. Sekadar mengharapkan rupa saja. Nyanyian dia pada minggu yang lepas juga amat mengecewakan. Betul kew dia tu tak boleh nyanyi? Bagi yul suara dia ok je kot. Tapi tak ada lah sehebat mana pon. Dia boleh menyanyi, cuma lagu yang dibawakan je tak sesuai dengan suara die tu seperti di minggu yang lepas yang membawa lagu rock. Aiman sesuai menyanyikan lagu yang bergenre pop-pop
Aiman tak kisah
;)
Aiman dan Shiha
Baru-baru nie hangat diperkatakan yang kononnya aiman bercinta dengan Shiha. Betul kew? Bukan mudah apabila memiliki paras rupa cantik dan kacak. Lebih-lebih lagi apabila muncul dalam program realiti. Inilah nasib Aiman dan Shiha yang digandingkan sebagai pasangan duet dalam Konsert Mentor 5 baru-baru ini.
Aiman dan juga Shiha digandingkan bersama dalam menyanyikan lagu berduet mereka yang bertajuk aku dan dia(Ari Lasso feat Bunga Citra Lestari) pada konsert minggu ke 3. Dari pemerhatian yul sendiri melihat aksi mereka bernyanyi diatas pentas, ternyata mereka sangat serasi dalam menyanyikan lagu tersebut. Seolah-olah sepasang kekasih yang sedang bercinta. Pasangan ini tampak sangat cocok digandingkan bersama. "Sama cantik, sama padan."