Assalamualaikum semuanya. Hari nie yul nak kongsikan kepada korang semua mengapa Muzik K-pop digemari sekarang? Sebelum nie yul ada terbitkan entri mengenai filem korea dan jepun kan ? So, hari nie kita beralih kepada muzik pula. Kalau kita pergi berjalan, tak kiralah shopping complex, pam minyak, dan yang lai-lain lagi mesti akan kedengaran muzik bergenre k-pop berkumandang ditelinga. Tu lah yang yul selalu dengar bile berjalan. Ianya semakin menjadi-jadi dan seolah-olah sudah menjadi satu budaya di kalangan generasi muda hari ini.
G.NA
Antara muzik jepun yang yul minati sehingga kini. Walaupon lagu nie dah lama, tapi ianya masih sedap didengar. Maaf ye, bukan lagu k-pop, hekhek
Yul lebih meminati lagu-lagu jepun kalau nak dibandingkan dengan k-pop. Kebiasaannya remaja-remaja sekarang yang meminati muzik-muzik k-pop nie. Ditambah dengan kewujudan media baru, pengaruh K-Pop makin cepat menular ke seluruh benua ini. Korang kenal Rain dan Wonder Girls? (bukan wonderpets ok ;P) Mereka diantara artis k-pop yang sudah memahat nama mereka di persada seni Amerika.
Pengaruh muzik k-pop nie juga turut mendapat sambutan ialah seperti Afrika Utara, Asia barat, dan juga Australia. Jangan ingat cuma negara-negara asia tenggara je.
Kewujudan Muzik K-pop?
Semuanya dikatakan bermula kira-kira 20 tahun lalu, dengan penubuhan kumpulan Seo Tai-ji & Boys pada 1992. Kewujudan mereka mengubah landskap muzik negara itu. Dengan mengetengahkan konsep rap rock dan tekno, kumpulan berkenaan mencipta satu fenomena baru dalam industri muzik Korea ketika itu.
Dua dekad kemudian, pelbagai nama dan bentuk muzik menghiasi dunia muzik negara terbabit. Semuanya tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan, dek fenomena yang sememangnya banyak mendatangkan laba buat artis dan syarikat yang menaungi mereka.
Antara muzik k-pop yang tengah hit sekarang nie. Sedap jugak ah.
Black And White- G.NA
Yul bukan lah minat sangat dengan muzik k-pop nie. Cuma tarian mereka yang yul tertarik. Memang stail abis tarian mereka tu.Read more...
Pengganti merupakan Single terbaru Estranged yang baru je selesai menerbitkan video klip. Video klip "Pengganti" merupakan kerjasama di antara Estranged dengan Playhouse-Pictures dan Asia-Pacific Videolab (APV). Penggambaran video klip tersebut mengambil masa 18 jam di sebalik sebuah 'green screen'. Sementara kerja-kerja pasca-produksi menelan masa selama dua bulan.
Sedikit info mengenai video tersebut.
Penggambaran video klip tersebut sepatutnya dijalankan pada Januari lalu. Tetapi terpaksa ditangguhkan disebabkan Estranged gagal menemui pengarah video yang sesuai, mengikut citarasa mereka yang dapat menyampaikan mesej lagu dari segi 'storyboard' dan konsep. Sehinggalah mereka ditemukan dengan Cheong dari Playhouse-Pictures.
Lirik Lagu Pengganti- Estranged
Día sebaris, tenggelam
Dan wujud hanya di dalam
Ku tau kalau sebenar
Tercipta kerana
Ku masuk dan keluar
Kau tau kalau sebenar
Beralih oh dari kenyataan
Terjaga tapi seperti masih bermimpi
(Korus)
Oh… aku tetap
Tersinggah di haluanmu
Dan serelanya
Oh… selamatkannya
Walaupun ditanya
Syurga jelas dia pengganti
Mindaku pun berkata
Soallah jawapanmu
Tau yang ianya salah
Diriku berbalas
Berani menjawab semua
Dan tau apa kena
Oh teringat yang aku takkan hilang begitu saja
Ditangguh terlalu lama oh.oh
(Ulang Korus)
Na na na nanana na na
Na na na nanana na na
Na na na nanana na na
Nanana na na nanana na
Na na na nanana na na
Na na na nanana na na
Na na na nanana na na
Nanana nanana nanana na
Oh… selamatkannya
Dan oh relakanlah
Oh… selamatkannya
Walaupun ditanya
Syurga jelas dia pengganti
Oh… selamatkannya
Walaupun ditanya
Syurga jelas dia pengganti
Pengganti
P/S: Apa-pon, gua layan je, ahaha. Amacam? Best tak single terbaru dieorang nie?