Suka!

Showing posts with label KL Gangster. Show all posts
Showing posts with label KL Gangster. Show all posts

Antara Pekida Dan KL Gangster

Wednesday, 15 June 2011

Assalamualaikum semuanya. Dah lama yul tak kemas kini blog. Semenjak kebelakangan nie, yul asyik busy memanjang je. So, masa tak mengizinkan yul untuk menulis entri baru. Kesian tengok blog nie. Hampir seminggu blog ini dibiarkan begitu sahaja. Tapi alhamdulillah la, akhirnya kini dapat juga yul menulis setelah sekian lama tak dikemaskini. 



Baru-baru ini, kecoh tentang PEKIDA(Persatuan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia) menyaman filem KL GANSTER dan KONGSI. Yul nak kongsikan pendapat yul sahaja mengenai isu nie. Sebab apa mereka menyaman? Yul pon pelik kenapa mereka menyaman filem tersebut? Orang kata Jika tiada angin, masakan pokok bergoyang. Pasti ada sesuatu yang membuatkan PEKIDA berang sehingga menyaman mereka. Khabarnya Filem KL GANGSTER dan juga Filem KONGSI terdapat kod rahsia PEKIDA yang dibongkar. Ada kew? 

Untuk mengetahui lebih lanjut, Jadi, yul tonton lah filem tersebut. Yul di antara orang yang paling ketinggalan menonton filem tu(orang lain dekat 5 kali kot khatam). Maklumlah, panggung sentiasa penuh sebab ramai yang tak nak melepaskan peluang untuk menonton filem tersebut. Lagipon yul sentiasa sibuk, tak ada masa nak menonton. Baru hari ini yul dapat menyaksikan filem tu. Tu pon tengok diwaktu midnight. Walaupon midnight, keadaan panggung masih penuh juga. Betapa hebatnya penangan filem KL GANGSTER nie kan .

Dari mula sehinggalah ke akhir cerita, yul khusyuk menonton filem nie. Hampir 80% jalan cerita mengisahkan aksi dan kongsi gelap. Dimanakah yang dikatakan terdapat unsur kod rahsia PEKIDA yang dibongkarkan tu? Unsur keagamaan? Lagilah tak ada. Adakah beberapa potongan ayat seperti (*abang long, *ayahanda, *kalau ilmu tak cukup didada) tersebut merupakan kod rahsia PEKIDA? Ataupon beberapa babak dan aksi dalam filem tersebut berkaitan dengan PEKIDA sendiri? 

Yul masih ragu-ragu dimanakah yang kononnya ada kod rahsia tu, sebab yul sendiri bukanlah ahli PEKIDA. Kalau betul ianya ada kaitan dengan PEKIDA, secara tak langsung orang akan beranggapan yang PEKIDA ini ada kaitan dengan kongsi gelap. Kerana filem ini mengisahkan kongsi gelap. Tapi adakah cara mereka benar sehingga menyaman mereka disebabkan perkara tersebut? Bukankah PEKIDA nie merupakan satu Badan Bukan Kerajaan. Dari segi nama (PEKIDA singkatan daripada *Persatuan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia) juga kita dah tahu yang mereka menjalankan dakwah islam.

Tapi persoalannya wajarkah PEKIDA menyaman filem-filem tersebut?

Bagi yul, tidak wajar langsung PEKIDA menyaman mereka. Kerana ianya filem yang mengisahkan Kongsi Gelap. Dan harus ketahui, filem tersebut hanyalah lakonan semata-mata. Kalau setakat beberapa patah ayat yang terkeluar seperti ayat-ayat tersebut. Kelihatan seperti tidak profesional, kerana bukan PEKIDA sahaja yang menggunakan ayat tu. Waktu dizaman kita sekolah dulu juga cikgu ada mengajar.

Tak perlulah kita saling menuding jari siapa yang salah dan siapa yang benar. Pihak filem juga harus lebih peka dalam menulis sesuatu filem. Pastikan filem anda tu tidak mengandungi isu sensitif, lagi-lagi  yang melibatkan agama. Kalau tidak, sampai bila-bila isu saman nie tidak akan selesai.

P/S: Khabarnya Syamsul dah minta maaf pasal isu nie? Betul kew? Farid Kamil?

Read more...

Sinopsis Dan Trailer Filem KL Gangster | Bakal Ditayangkan 9 Jun 2011

Sunday, 24 April 2011

Adakah KL Gangster? KL Gangster merupakan filem di bawah arahan Syamsul Yusof keluaran Skop Production Sdn. Bhd. Filem ini bakal ditayangkan pada 9 Jun 2011. Berdurasi selama 81 Min. Dibarisi dengan pelakon-pelakon yang mantap iaitu  Aaron Aziz sebagai Malik, Syamsul (Shark), Adi Putra (Jai), Soffi Jikan (Ajib), Adam Corrie (Dragon), Ridzuan Hashim (King), Zizan Raja Lawak (Fadil) dan Sheera Iskandar (Zati) 






Berikut adalah sinopsis cerita tersebut.
Mengisahkan dua beradik yang telah terjebak di dalam dunia gangster, seorang bernama Malek dan seorang lagi Jai. Si abang iaitu Malek telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark anak tiri kepada King, iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL. Bagi Malek setelah dibebaskan beliau ingin mengubah persepsi kehidupan serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap.
Menjalani rutin kehidupan biasa sambil menjaga ibunya yang dah tua tapi sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar dia menjalani kehidupan seperti biasa. Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengan beliau sehingga King tampil menghulurkan bantuan untuk Malek memulakan kehidupan baru. King mengarahkan orangorangnya supaya tidak menganggu kawasan Malek dan ini amat tidak disenangi oleh anak tirinya Shark yang ingin menjadi "Raja" di KL ini. Berlainan pula dengan kehidupan adiknya yang masih hanyut dibuai kemewahan hidup di dalam dunia gangster.
Bagi Jai kemewahan hidup adalah segalanya dan ini hanya boleh dicapai dengan dunia hitam yang diceburinya sekarang. Dia sanggup melakukan apa saja demi wang dan kuasa. Jai antaraorang kuat Shark dalam apa saja misi yang Shark lakukan. Jai lah orangnya yang akan tampil ke depan untuk merealisasikan apa jua yang diarahkan Shark. Sayap Shark semakin berkembang. Tapi dengan kemunculan Malek, Shark terasa semakin tergugat. Beliau terasa tercabar. Berbagai cara dilakukan untuk menjatuhkan Malek tetapi sentiasa dipatahkan oleh ayah tirinya King yang sering membela Malek yang dianggap sebagai sahabat.
King kurang senang dengan karenah Shark yang sentiasa mencetuskan perbalahan yang membabitkan kumpulan-kumpulan gelap yang lain. Ini membuatkan hubungan anak beranak ini semakin dingin. Kerana tamakan kuasa Shark mula berdendam dengan ayahnya beserta Malek. bagi Shark, Maleklah punca segalanya. Dengan itu, Shark mengarahkan Jai untuk menghapuskan abangnya. Disinilah bermula konflik diantara saudara dan kesetiaan keluarga dan kumpulan... Nyawa atau harga diri. Dimanakah penghujung pertempuran mereka...segala-galanya akan terjawab dalam "KL GANGSTER".
Trailer KL Gangster 2011

Tengok trailer dia macam gempak je kan? Pukul sampai darah keluar menyembur-nyembur dari mulut. Macam cerita crows Zero pon ada jugak. haha. Antara filem KL Gangster VS Kongsi, mana yang lebih best erk? Tak sabar nak tonton filem nie. Nantikan 9 Jun ini.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP