Suka!

Showing posts with label pendapat. Show all posts
Showing posts with label pendapat. Show all posts

Laman Web Kerajaan Menjadi Sasaran Penggodam | Perang Cyber Bermula?

Wednesday, 15 June 2011

Assalamualaikum semuanya. Baru-baru nie kecoh pasal godam menggodam. Dulu para hackers banyak menggodam facebook fan page, kini mereka beralih ke laman kerajaan Malaysia. Hackers dari Malaysia telah menggodam laman http://politeknik.gov.my/ iaitu Portal Rasmi Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kenapa mereka menggodam website-website kerajaan Malaysia? Mereka menggodam halaman kerajaan disebabkan kerajaan mengambil tindakan dengan memblock laman-laman yang boleh men-download filem, lagu secara percuma.


Dan khabarnya lagi, laman web http://jiwang.org/ juga akan di block. Sama ada benar atau tak, tak tahu lah nak cakap. 

Untuk pengetahuan korang, Malaysia diantara negara pertama di Asia yang menyekat laman-laman file-sharing. Adakah tindakan kerajaan itu berbaloi? Perbuatan kerajaan seolah-olah menaikkan kepanasan hati yang sudah panas. Sudah lah harga minyak naik sebelum ini, bil elektrik juga melambung naik. Kini pula kerajaan memblock website yang boleh muat turun filem dan lagu secara percuma. Dimanakah hak kami sebagai seorang rakyat Malaysia nie? Kami membayar internet dengan wang, hak kami untuk mempergunakan internet itu.


Tak cukup lagi kew keuntungan daripada pelbagai sumber yang kerajaan dapat? Berapalah sangat kerajaan dapat untung dengan memblock laman-laman web seperti ini? Semata-mata ingin mendapat royalti/cukai daripada syarikat-syarikat tertentu?

Yul nak kongsikan satu video kepada korang semua. 
We are Anonymous, we are legion, we do not forgive, we do not forget, united as one, divided by zero, expect us.

Petikan berdasarkan video tersebut.
Greetings, Malaysia, We have seen the censorship taken by the Malaysian government, blocking sites like The Pirate Bay, and WikiLeaks. Malaysia is one of the world's strictest governments, even blocking out movies, and television shows. These acts of censorship are inexcusable. You are taking away a basic human right. The internet is here for freedom, without fear of government interference. Do not think that no one else notices. Your structured government has done the talking, and we hear loud and clear. Let this be an announcement to all your people. This is a sign, a warning, and an opportunity to listen to ideas above your own. In a way you are being stubborn. But how will this help anyone or your country. We fear that if you make further decisions to take away human freedom. We are obligated to act fast and have no mercy. For rules were meant to be broken. And corruption was meant to be washed away and forgiven. Now we will wash your corruption away so be prepared. Take this as a favour.
Khabarnya penggodam kumpulan ANONYMOUS yang berpengkalan dari luar negara telah mengeluarkan amaran akan melakukan serangan ke atas laman www.malaysia.gov.my pada 3.30 pagi Khamis.
Yul mendapat tahu, ada cara untuk UNBLOCK untuk website yang telah diblock oleh SKMM seperti :
Megaupload,Megavideo,filestube.com,fileserve,putlo cker.com,thepiratebay.org,depositfiles.com,movie2k .to,duckload.com, and warez-bb.org boleh rujuk gambar dibawah nie untuk akses kembali laman tersebut.





GOOGLE DNS
preferred DNS : 8.8.8.8
alternate DNS : 8.8.4.4
OPEN DNS
preferred DNS : 208.67.222.222
alternate DNS : 208.67.220.220
credit to kerangs.net
Apa-apa pon, itu hanyalah sekadar pendapat dan pandangan yul sahaja mengenai isu nie. Masalah ini akan berterusan sekiranya kerajaan tidak mengembalikan hak kami sebagai pengguna internet. Ye mungkin ada sesetengah pihak ada mengatakan wajar sekiranya kerajaan memblock laman file-sharing tersebut . Ada juga yang mengatakan tak kan semua benda nak free je. Tak kan nak balun free je. Tapi masalahnya, adakah benda-benda yang terdapat di internet terdapat di pasaran?

Read more...

Antara Pekida Dan KL Gangster

Assalamualaikum semuanya. Dah lama yul tak kemas kini blog. Semenjak kebelakangan nie, yul asyik busy memanjang je. So, masa tak mengizinkan yul untuk menulis entri baru. Kesian tengok blog nie. Hampir seminggu blog ini dibiarkan begitu sahaja. Tapi alhamdulillah la, akhirnya kini dapat juga yul menulis setelah sekian lama tak dikemaskini. 



Baru-baru ini, kecoh tentang PEKIDA(Persatuan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia) menyaman filem KL GANSTER dan KONGSI. Yul nak kongsikan pendapat yul sahaja mengenai isu nie. Sebab apa mereka menyaman? Yul pon pelik kenapa mereka menyaman filem tersebut? Orang kata Jika tiada angin, masakan pokok bergoyang. Pasti ada sesuatu yang membuatkan PEKIDA berang sehingga menyaman mereka. Khabarnya Filem KL GANGSTER dan juga Filem KONGSI terdapat kod rahsia PEKIDA yang dibongkar. Ada kew? 

Untuk mengetahui lebih lanjut, Jadi, yul tonton lah filem tersebut. Yul di antara orang yang paling ketinggalan menonton filem tu(orang lain dekat 5 kali kot khatam). Maklumlah, panggung sentiasa penuh sebab ramai yang tak nak melepaskan peluang untuk menonton filem tersebut. Lagipon yul sentiasa sibuk, tak ada masa nak menonton. Baru hari ini yul dapat menyaksikan filem tu. Tu pon tengok diwaktu midnight. Walaupon midnight, keadaan panggung masih penuh juga. Betapa hebatnya penangan filem KL GANGSTER nie kan .

Dari mula sehinggalah ke akhir cerita, yul khusyuk menonton filem nie. Hampir 80% jalan cerita mengisahkan aksi dan kongsi gelap. Dimanakah yang dikatakan terdapat unsur kod rahsia PEKIDA yang dibongkarkan tu? Unsur keagamaan? Lagilah tak ada. Adakah beberapa potongan ayat seperti (*abang long, *ayahanda, *kalau ilmu tak cukup didada) tersebut merupakan kod rahsia PEKIDA? Ataupon beberapa babak dan aksi dalam filem tersebut berkaitan dengan PEKIDA sendiri? 

Yul masih ragu-ragu dimanakah yang kononnya ada kod rahsia tu, sebab yul sendiri bukanlah ahli PEKIDA. Kalau betul ianya ada kaitan dengan PEKIDA, secara tak langsung orang akan beranggapan yang PEKIDA ini ada kaitan dengan kongsi gelap. Kerana filem ini mengisahkan kongsi gelap. Tapi adakah cara mereka benar sehingga menyaman mereka disebabkan perkara tersebut? Bukankah PEKIDA nie merupakan satu Badan Bukan Kerajaan. Dari segi nama (PEKIDA singkatan daripada *Persatuan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia) juga kita dah tahu yang mereka menjalankan dakwah islam.

Tapi persoalannya wajarkah PEKIDA menyaman filem-filem tersebut?

Bagi yul, tidak wajar langsung PEKIDA menyaman mereka. Kerana ianya filem yang mengisahkan Kongsi Gelap. Dan harus ketahui, filem tersebut hanyalah lakonan semata-mata. Kalau setakat beberapa patah ayat yang terkeluar seperti ayat-ayat tersebut. Kelihatan seperti tidak profesional, kerana bukan PEKIDA sahaja yang menggunakan ayat tu. Waktu dizaman kita sekolah dulu juga cikgu ada mengajar.

Tak perlulah kita saling menuding jari siapa yang salah dan siapa yang benar. Pihak filem juga harus lebih peka dalam menulis sesuatu filem. Pastikan filem anda tu tidak mengandungi isu sensitif, lagi-lagi  yang melibatkan agama. Kalau tidak, sampai bila-bila isu saman nie tidak akan selesai.

P/S: Khabarnya Syamsul dah minta maaf pasal isu nie? Betul kew? Farid Kamil?

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP