Suka!

Antara Pekida Dan KL Gangster

Wednesday, 15 June 2011

Assalamualaikum semuanya. Dah lama yul tak kemas kini blog. Semenjak kebelakangan nie, yul asyik busy memanjang je. So, masa tak mengizinkan yul untuk menulis entri baru. Kesian tengok blog nie. Hampir seminggu blog ini dibiarkan begitu sahaja. Tapi alhamdulillah la, akhirnya kini dapat juga yul menulis setelah sekian lama tak dikemaskini. 



Baru-baru ini, kecoh tentang PEKIDA(Persatuan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia) menyaman filem KL GANSTER dan KONGSI. Yul nak kongsikan pendapat yul sahaja mengenai isu nie. Sebab apa mereka menyaman? Yul pon pelik kenapa mereka menyaman filem tersebut? Orang kata Jika tiada angin, masakan pokok bergoyang. Pasti ada sesuatu yang membuatkan PEKIDA berang sehingga menyaman mereka. Khabarnya Filem KL GANGSTER dan juga Filem KONGSI terdapat kod rahsia PEKIDA yang dibongkar. Ada kew? 

Untuk mengetahui lebih lanjut, Jadi, yul tonton lah filem tersebut. Yul di antara orang yang paling ketinggalan menonton filem tu(orang lain dekat 5 kali kot khatam). Maklumlah, panggung sentiasa penuh sebab ramai yang tak nak melepaskan peluang untuk menonton filem tersebut. Lagipon yul sentiasa sibuk, tak ada masa nak menonton. Baru hari ini yul dapat menyaksikan filem tu. Tu pon tengok diwaktu midnight. Walaupon midnight, keadaan panggung masih penuh juga. Betapa hebatnya penangan filem KL GANGSTER nie kan .

Dari mula sehinggalah ke akhir cerita, yul khusyuk menonton filem nie. Hampir 80% jalan cerita mengisahkan aksi dan kongsi gelap. Dimanakah yang dikatakan terdapat unsur kod rahsia PEKIDA yang dibongkarkan tu? Unsur keagamaan? Lagilah tak ada. Adakah beberapa potongan ayat seperti (*abang long, *ayahanda, *kalau ilmu tak cukup didada) tersebut merupakan kod rahsia PEKIDA? Ataupon beberapa babak dan aksi dalam filem tersebut berkaitan dengan PEKIDA sendiri? 

Yul masih ragu-ragu dimanakah yang kononnya ada kod rahsia tu, sebab yul sendiri bukanlah ahli PEKIDA. Kalau betul ianya ada kaitan dengan PEKIDA, secara tak langsung orang akan beranggapan yang PEKIDA ini ada kaitan dengan kongsi gelap. Kerana filem ini mengisahkan kongsi gelap. Tapi adakah cara mereka benar sehingga menyaman mereka disebabkan perkara tersebut? Bukankah PEKIDA nie merupakan satu Badan Bukan Kerajaan. Dari segi nama (PEKIDA singkatan daripada *Persatuan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia) juga kita dah tahu yang mereka menjalankan dakwah islam.

Tapi persoalannya wajarkah PEKIDA menyaman filem-filem tersebut?

Bagi yul, tidak wajar langsung PEKIDA menyaman mereka. Kerana ianya filem yang mengisahkan Kongsi Gelap. Dan harus ketahui, filem tersebut hanyalah lakonan semata-mata. Kalau setakat beberapa patah ayat yang terkeluar seperti ayat-ayat tersebut. Kelihatan seperti tidak profesional, kerana bukan PEKIDA sahaja yang menggunakan ayat tu. Waktu dizaman kita sekolah dulu juga cikgu ada mengajar.

Tak perlulah kita saling menuding jari siapa yang salah dan siapa yang benar. Pihak filem juga harus lebih peka dalam menulis sesuatu filem. Pastikan filem anda tu tidak mengandungi isu sensitif, lagi-lagi  yang melibatkan agama. Kalau tidak, sampai bila-bila isu saman nie tidak akan selesai.

P/S: Khabarnya Syamsul dah minta maaf pasal isu nie? Betul kew? Farid Kamil?

3 comments:

a.R 15 June 2011 at 08:04  

mcm tak ada apa masalah nye pun ... tapi kalo dia info la apa kod rahsianya..tak jadik rahsia lagi dah la...kan??

Manis 15 June 2011 at 09:33  

dorg dah takde duit nak saman2 org agaknye.
nonsense betul. kalau stakat abg long, ayanhda tu pun nak saman, sempit betul fikiran =='
ape seh, org melayu biase ramai jek gune paggilan tu semua, malahan dah lame dah. tak nak saman ke ? betul2 tak logik. bukan nak sound ape lah, tapi kalau lah mmg filem2 tu kena gak bayar saman nnt, xtaw lah nk ckp ape =='

Sahir 3 August 2011 at 21:39  

Salam semua.....

Sebenarnya ada banyak kod2 rahsia dlm PEKIDA. Ada 3600 kod2 yg wujud. Persoalannya ialah adakah kod2 itu telah di daftar sebagai hak cipta? Kalau ada, maybe kena beri penjelasan kenapa digunapakai sebagai bahan dengaran dan tontonan umum. Kalau tak ada hak cipta...rasa2nya saman tu tak laku!! Sape pun boleh guna dan mungkin secara spontan telah digunakan oleh org2 Malaysia kini....yg tanpa disedari itu adalah kod rahsia Pekida....wallahualamn..

Post a Comment

Terima kasih ye diatas komen2 anda, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP