Suka!

Artis Dikecam Hebat Oleh Bloggers? Gambit Saifullah Dikritik

Saturday, 4 June 2011

Orang kata terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata-kata orang print screen. hekhek. Kalau nak tulis sesuatu pastikan berfikir 2,3 kali dahulu kesan buruk dan baiknya. Artis mencarut disebabkan Blogger? Apa kes nie tetibe je blogger di caci, diherdik dan dimaki. Siapa yang tak terasa sekiranya artis tersebut menggelarkan bahawa blogger nie seperti sampah? What the fish! Walaupon yul nie bukanlah seorang blogger tegar, tapi kami juga seorang penulis. 




Khabarnya artis tersebut melenting tiba-tiba disebabkan video klip beliau dikritik hebat oleh segelintir bloggers. (korang carik lah sendiri kat youtube ye, malas nak sertakan sekali video tersebut). Tak sepatutnya artis tersebut berkata sedemikian. Kenapa artis tersebut perlu mencarut? Goyang apa kene kritik? Kalau tak puas hati tu pon, tak payah la sampai nak menghina para blogger-blogger sekalian nie. Mereka cuma meluah apa yang perlu, dan apa yang terbaik untuk anda.


Macam abang Ben Ashaari kata, tanpa bloggers, mereka tak akan kemana pon. Melalui blog lah seseorang artis tu naik dan turun. Ye, yul setuju dengan penyataan beliau. Kerana bloggers lah yang menulis tentang gelagat mereka. Bahkan melalui blog juga lah artis dikenali ramai.


Baru kene kritik sikit dah nak melenting. Facebook Dan Twitter menjadi medan tempat mencaci para bloggers. Jelas sekali artis tersebut memang tak menunjukkan yang beliau seorang yang professional. Yul rasa adatlah tu. Kritikan nie seolah-olah dah jadi lumrah kehidupan. Kat mana-mana pasti jua ada pengkritik. Mustahil tak ada pengkritik langsung kat dunia nie. Mereka kritik bukan dengan mencaci, tapi memberi kritikan yang membina seperti di entri cik epal tu. Yul setuju dengan semua yang cik epal katakan tu. Memang jelas-jelas semuanya yang terpacul didalam video klip tersebut sangat tak bersesuaian. Harap maklum, disini adalah negara Malaysia, masih mempunyai adat dan moral. Yang mana rakyatnya masih dapat membezakan perkara baik dan buruk.


Gelagat artis tersebut ibarat meludah ke langit. Kenyataan tersebut bukan sahaja memanaskan bloger-blogger yang ada, tapi turut dikecam hebat. Bila dah dikecam, secara tak langsung orang akan memandang serong terhadapnya. Sorry to say, bagi yul, seriosly video klip tersebut memang tak best pon. Harapkan paras rupa je, tapi kualiti dan isi memang hancur. 


Kalau tak boleh terima kritikan, janganlah buat video klip tersebut. Memalukan betul. Buatlah video klip yang bersesuaian. -.-

6 comments:

fyna ahmad 6 June 2011 at 11:02  

haha...suke ayat yul yg psl print screen tue..

cik fikaa 6 June 2011 at 19:47  

yeah missh sokong dgn kata2 yul ..
meludah ke langit ..
memang tak best pon ;)

JelinaJoli 8 June 2011 at 00:15  

lu tau maksud sentap?? ya,begitulah ibaratnya

mrs kayrul 8 June 2011 at 14:17  

artis sekarang dah tak boleh ditegur..bila dah kena tegur pandai la plak nak melenting...

Aleen Aiden 14 June 2011 at 21:37  

pasal apekah sebenarnye ye.dah lame xbergosip,alin jadik lost skejap.hu3

Anati Soki 15 June 2011 at 00:21  

tak ceredik gambit nih.. muahahaha

Post a Comment

Terima kasih ye diatas komen2 anda, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP