Suka!

Masa Berlalu Begitu Singkat! Macam Tak Terasa Je.

Thursday, 2 June 2011

Pejam celik, pejam celik dah hampir setengah tahun dah kita di tahun 2011.Macam tak rasa je yang kita nie dah hampir 6 bulan berada di tahun 2011. Seolah-olah masih terasa diawal tahun lagi. Sedar tak sedar, lagi 6 bulan kita akan menyambut tahun baru 2012. Bulan Ramadhan pon dah nak menjelang tiba. 


Bila tahun semakin meningkat, usia pula semakin tua. Tapi fikiran masih seperti orang muda. Biasalah belum kahwin lagi. hehe. Tapi, bila kita dah kahwin, kita tak terasa pula yang kita dah menjadi seorang suami. Biasalah tak ada anak lagi. Itulah dia kehidupan dunia zaman sekarang nie. Begitu juga dengan seterusnya. 

Seringkali yul mendengar kata-kata dari rakan yul, waktu-waktu yang mereka tempuhi dan lalui pada tahun ini terasa seperti sebentar sahaja. Macam tak terasa masa yang mereka lalui dah lama berlalu. Masa terus berputar, tetapi kita yang tidak perasan bahawa masa itu terus berputar. Seolah-olah baru berlaku beberapa minit atau jam atau hari yang lepas.

Didalam surah Al-Asr pon ada menyatakan bahwa manusia sentiasa didalam kerugian. Masa yang ada disia-siakan begitu sahaja.
Orang kata, kalau masa yang kita rasai tu semakin cepat, ianya semakin hampir ke dunia akhirat? Betul kew? Yul pernah terbaca disalah sebuat entri di Internet (dah lupa dah nama website tu). Sekiranya kita merasai bahawa masa yang kita lalui tu begitu pantas, maknanya dunia dah tak lama lagi dah. Orang kata dah nak kiamat. Sama ada benar atau tidak tu, cuma tuhan je yang menentukan segala-galanya. 

”....gunakanlah hari ini sebaik mungkin, kerana esok belum tentu menjadi milik kita, sedang semalam telah meninggalkan kita menjadi satu sejarah....”
Kita pernah dengar pepatah melayu yang mengatakan Masa itu Emas? Ye, yul percaya ramai diantara korang-korang semua pernah belajar disekolah pepatah tersebut. Tetapi adakah korang tahu pepatah tersebut sangat tak bersesuaian. Kenapa? Bagi yul, Masa itu umpama Nyawa. Sekirannya masa tersebut itu ibarat emas, yul percaya ramai orang-orang kaya diluar sana yang ingin membeli masa. Tetapi sekiranya masa itu umpama nyawa. Adakah kita dapat menyelamatkannya apabila nyawa terpisah dari jasad? 


Alangkah indahnya kalau kita dapat undurkan putaran dunia. masa terasa begitu cepat berlalu. Kalau boleh, banyak perkara yang nak yul perbaiki dalam hidup yul nie. Tapi orang kata nasi dah menjadi bubur. Yang berlalu biarkanlah ianya pergi. Masa yang kita ada nie, gunakan lah dengan sebaik-baik yang mungkin. Hidup hanya sekali, tak mungkinlah kita dapat kembali kezaman silam. Hidup perlu diterus tanpa menoleh kezaman silam. Biarkan ianya menjadi suatu memori, sejarah dan hikayat didalam hidup kita. Jadikan ianya sebagai iktibar dan pedoman agar tidak pula ianya berlaku dimasa akan datang. Apa yang yul kongsikan nie hanyalah sekadar pendapat yul sahaja untuk dikongsikan kepada anda semua. Renung-renungkan, dan selamat beramal. hehe ;)

3 comments:

fyna ahmad 3 June 2011 at 09:24  

gud entry..tazkirah ari jumaat.
:)

Anati Soki 3 June 2011 at 10:33  

anati soki like this
peringatan untuk diri sendiri..
:)
kalau anat diberi peluang kembali ke masa lampau.. anat nak kembali pada zaman tadka. time tuh.. takde masalah. bila tak suka anat nanges, bila suka anat gelak
soal masa berjalan begitu cepat. soalnya.. untuk anat..
terlalu mengejar kebahagiaan dunia mungkin. ssbb tuh smpai skrg masih belum ada kepuasan hidup walaupun anat dah nk dekat 20thn. :(
peringatan kendiri anat sendiri
wallahualam..

Post a Comment

Terima kasih ye diatas komen2 anda, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP