Suka!

Blogger Kene Saman? | Berhati-hatilah Semasa Menulis Entri

Thursday, 16 June 2011

Assalamualakum semuanya, tadi yul ada terbaca akhbar online kosmo.Tajuk yang agak menarik. Sekarang kalau apa-apa kes orang main saman je. Senang cite. Tak payah nak pening-pening kepala lagi. Jadi, Yul kongsikanlah berita tersebut kepada korang semua agar jadi lebih insaf. hekhek ;P 

KUALA LUMPUR – Penulis blog atau blogger mempunyai kedudukan sama seperti penulis majalah atau surat khabar kerana mereka tertakluk di bawah undang-undang negara.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, golongan tersebut tidak terkecuali daripada dikenakan tindakan saman oleh individu yang mendapati diri mereka telah difitnah.
Blogger boleh dikenakan tindakan undang-undang daripada pihak berkuasa jika didapati cuba menghasut dan melakukan kegiatan jenayah sehingga ada pihak mengalami kerugian,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Blogger dan Media Sosial Dunia 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.
Sumber : Kosmo! Online 

Begitu hebat ye penangan blogger nie. Mereka takut blogger menghasut para pembaca sehinggakan menyebabkan kerugian oleh sesetengah pihak. Padahal, blogger nie hanyalah menulis apa yang tersirat dan tersurat apa yang kita nampak dan lihat. Tak kan nak tipu pulak kot. Lagi pon berapalah sangat pendapatan yang blogger dapat nie untuk disaman?


Amaran Oleh Kerajaan Malaysia: Menulis entri yang bukan-bukan sehingga mereka kerugian dapat menyebabkan anda disaman oleh sesetengah pihak. Oleh itu, anda dinasihatkan supaya berhati-hati dalam menulis entri. Peringatan untuk kita semua agar berhati-hati semasa menulis. Jangan sampai ada pihak-pihak tertentu menyaman kita sudah! Disebabkan oleh penulisan kita tu. Haha.

8 comments:

Encik Haziq Harzizi 16 June 2011 at 19:40  

pergh....!
susah arr cmne.. kene slidik dala2 dulu baru ley wat entri...

Anati Soki 17 June 2011 at 23:39  

kalu kena saman atas nama blogger rasa cm tak balik modal ja uuuuuh
T____T
brapa sgt duit nuffnang yg dpt kalau nk dibayar dgn sman yg dpt
T__T
tarak untung ini mcm

a.R 21 June 2011 at 14:09  

perghhh..takut lee...

http://sipenyapuburuk.blogspot.com/2011/06/apc-dan-nuff.html

cik fikaa 21 June 2011 at 14:42  

perh ..
siap bole saman lg ..
eish2 ..

Qaseh Dalia 21 June 2011 at 16:30  

tahu xpe..so hati2 bila menulis hihi

Aleen Aiden 26 June 2011 at 20:58  

silap gaya kene tangkap pon boley.hu3

saya bukan tomato 26 June 2011 at 22:50  

errr tapi kena hati2 jgk tulis blog ni .. ada akta kan .. *wahhh cam taw2 plak -....-''

atiqsalleh 12 October 2011 at 22:05  

diowg takut.. sebab sekarang nie.. blog medium paling cepat berbanding yg lain

Post a Comment

Terima kasih ye diatas komen2 anda, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP