Blogger Kene Saman? | Berhati-hatilah Semasa Menulis Entri
Thursday, 16 June 2011
Assalamualakum semuanya, tadi yul ada terbaca akhbar online kosmo.Tajuk yang agak menarik. Sekarang kalau apa-apa kes orang main saman je. Senang cite. Tak payah nak pening-pening kepala lagi. Jadi, Yul kongsikanlah berita tersebut kepada korang semua agar jadi lebih insaf. hekhek ;P
KUALA LUMPUR – Penulis blog atau blogger mempunyai kedudukan sama seperti penulis majalah atau surat khabar kerana mereka tertakluk di bawah undang-undang negara.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, golongan tersebut tidak terkecuali daripada dikenakan tindakan saman oleh individu yang mendapati diri mereka telah difitnah.
“Blogger boleh dikenakan tindakan undang-undang daripada pihak berkuasa jika didapati cuba menghasut dan melakukankegiatan jenayahsehingga ada pihak mengalami kerugian,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Blogger dan Media Sosial Dunia 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.
Sumber : Kosmo! Online
Begitu hebat ye penangan blogger nie. Mereka takut blogger menghasut para pembaca sehinggakan menyebabkan kerugian oleh sesetengah pihak. Padahal, blogger nie hanyalah menulis apa yang tersirat dan tersurat apa yang kita nampak dan lihat. Tak kan nak tipu pulak kot. Lagi pon berapalah sangat pendapatan yang blogger dapat nie untuk disaman?
Amaran Oleh Kerajaan Malaysia: Menulis entri yang bukan-bukan sehingga mereka kerugian dapat menyebabkan anda disaman oleh sesetengah pihak. Oleh itu, anda dinasihatkan supaya berhati-hati dalam menulis entri. Peringatan untuk kita semua agar berhati-hati semasa menulis. Jangan sampai ada pihak-pihak tertentu menyaman kita sudah! Disebabkan oleh penulisan kita tu. Haha. Read more...


