Suka!

Showing posts with label Kelebihan Twitter. Show all posts
Showing posts with label Kelebihan Twitter. Show all posts

Kenapa Twitter Tidak Ramai Yang Menggunakannya?

Wednesday, 16 February 2011

Ada orang kata main twitter nie susah. Betul kew? Mereka yang kata, bukan yul yang kata ok. Mesti ramaikan yang mempunyai akaun twitter tetapi tidak menggunakannya. Daftar akaun twitter cuma buat ada-ada je kan? Memang tak dinafikan. Dulu, yul pon sama jugak. Tak pandai main twitter nie. Payah gila! Bukan payah apa. Cuma tak tahu kelebihan dan cara penggunaan yang betul bermain twitter nie. Tapi sekarang, bagi yul tidaklah  sesusah mana pon. Sebab dah tahu cara penggunaannya. Sign In je terus tweet-tweet. Simple gila! 






Actually main twitter nie memang seronok habis! Nie berdasarkan pengalaman yul lah menggunakan akaun twitter nie. Cuma ianya agak berbeza sedikit jika hendak dibandingkan dengan rangkaian sosial yang lain. Maklumlah ye, akaun twitter nie tak ada "ADD-ADD" orang. Jadi, korang tidak perlu lah nak pening-pening kepala macam mana nak add orang tu. Sebab di twitter nie, cuma ada following and follower je. Tak ada ''ADD AS FRIENDS".  


Senang cite twitter nie ibarat seperti pesanan mesej ringkas (SMS) tetapi ianya digunakan secara online dan boleh dibaca dan dibalas oleh sesiapa sahaja. Ianya lagi mudah dan senang kalau nak dibandingkan dengan laman sosial yang lain. Di twitter nie jugak, ianya tidak mempunyai aplikasi-aplikasi permainan, kuis, dan lain-lain seperti di facebook. Simple je kan?


Bagi yang tak tahu tu, lama-kelaman korang akan tahu jugak cara menggunakan akaun twitter nie. Cepat atau lambat tu, bergantunglah kepada korang yang menggunakannya. Korang perlulah belajar. Macam korang main facebook, blog, dan lain-lain lagi! Barulah mahir menggunakannya.


Bagi korang yang dah ada akaun twitter tu, teruskanlah ye bermain dan selamat ber-tweet-tweet! haha. Yang tak de, meh la join sekaki. Lepas tu, jangan lupa follow yul oke! Insyallah yul akan follow korang balik. @yulhadri
hee..

Read more...

Kelebihan Bermain Twitter

Monday, 20 December 2010

Kebanyakkan daripada korang mesti dah ada akaun twitter kan. Setiap laman sosial yang kita gunakan tu juga mempunyai kelebihan dan keburukan masing-masing. Itu terpulang kepada pengguna yang menggunakannya. Rata-rata se,ua penduduk di Malaysia telah menggunakan akaun seperti twitter, Myspace, Facebook dan lain2 lagi. Tak kiralah artis kew, ahli politik kew, lelaki mahupon perempuan. Kanak-kanak zaman sekarang juga telah pandai  menggunakan laman sosial tersebut. Dunia sekarang dah semakin maju, zaman pon dah berubah. Tetapi hari nie yul nak bercerita tentang kelebihan bermain twitter berdasarkan dari apa yang yul gunakannya. Kalau korang dah ada twitter korang mestilah tahu kan bagaimana untuk menggunakannya.




Sebenarnya twitter juga mempunyai banyak kelebihan, kat sini yul nak rumuskan kelebihan bermain twitter nie.


1. Mencari kenalan.
Dalam mana-mana laman sosial kebiasaannya pengguna ingin mencari kenalan dialam siber melalui internet dari serata dunia. Twitter nie lebih mudah untuk digunakan sekiranya korang betul2 menguasainya. Kalau korang baru lagi memang agak sukar untuk digunakan. Kepada pengguna yang baru tu, perlulah belajar untuk menguasai menggunakan twitter nie. Bila korang dah menguasainya, korang akan berasa lebih mudah  dan tidak akan merasa kekok untuk digunakan.


 2.Berhubung dengan Artis
Artis-artis dunia hiburan nie juga kebanyakkannya menggunakan twitter. Jadi kalau korang ada twitter korang bolehlah bersembang-sembang dengan mereka. Walaupon kita tak dapat berjumpa face to face didunia realiti, tetapi kat twitter nie segalanya mungkin terjadi. Kalau artis punya fan page difacebook harapanlah nak tunggu dia balas, sebab beratus-ratus orang yang komen dalam masa yang singkat. Dengan twitter lagi mudah kot mereka nak reply.




3.Menjana Pendapatan Sampingan
Dengan twitter juga korang boleh menjana pendapatan. Apa yang yul tahu cuma syarikat ChurpChurp je yang boleh menjana pendapatan. melalui twitter. ChurpChurp nie menggunakan Pay Per Click (PPC). Semakin ramai follower korang, peratusan untuk orang klik iklan yang korang tweet tu akan tinggi. Sementara korang nak tunggu nuffnang bagi BE, korang boleh la daftar akaun ChurpChurp nie untuk menjana pendapatan sampingan. .


4.Promosi
Korang juga boleh mempromosi apa2 sahaja melalui twitter sekiranya follower anda online ketika itu. Contohnya korang tweet url blog korang kat twitter. Secara tak langsung follower korang yang terbaca tweet korang akan melihat. Ini juga salah satu tips untuk meningkatkan traffic diblog korang. Kalau follower korang lagi ramai, makin ramailah yang datang singgah ke blog korang.


Sebenarnya banyak lagi kot kelebihan bermain twitter nie , tetapi yul hanya menulis entri nie berdasarkan pengalaman yul menggunakan twitter nie. Twitter nie juga sebenarnya berbahaya untuk pengguna, kalau korang nak tahu baca lah entri yul yang lepas tentang twitter pon berbahaya. Itu semua bergantung kepada pengguna yang menggunakannya. Setiap laman sosial yang ada sekarang nie sebenarnya mempunyai keunikan dan kelemahan masing-masing. 


Yul cuma nak ingatkan kepada korang, gunakanlah ia dengan sebaik-baik yang mungkin selagi laman sosial ini masih ada. Janganlah pula korang menyalahgunakan laman sosial ini. Dan dengar khabarnya, Malaysia bercadang untuk menyekat segala laman sosial kerana telah banyak berlaku penyalahgunaannya. Sekiranya laman-laman sosial nie dah tak ada, mati kutulah korang jawabnya. Tak ada lagi tempat menghiburkan diri, melepaskan tekanan. haha


follow saya! hehe
P/S: Followlah yul ye sekiranya korang mempunyai akaun twitter nie, tu pon kalau korang sudi. Insyallah yul akan follow korang balik :)




Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP