Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1432H/2011M
Tuesday, 26 July 2011
Sedar tak sedar, lagi seminggu je kita akan menyambut bulan ramadhan yang penuh mulia ini. Seperti tak terasa yang kita sudah hampir setahun meninggalkan bulan Ramadhan yang lalu. Kini, Ramadhan datang menjelang tiba lagi. Bagi yang belum ganti puasa tu, diharapkan korang semua dapat menggantikan dengan secepat mungkin agar kita boleh menyambut puasa dengan tenang. Hee:)
Ok, Yul agak pelik dengan segelintir rakyat Malaysia bersempena dengan bulan puasa yang akan datang nie. Ramadhan belum tiba lagi, mereka sudah sibuk berkira mengenai keperluan untuk hari raya, tempahan baju raya yang sudah dibuat sebulan dua lalu, dan ada juga yang sudah bercadang membeli langsir dan sofa baru. Semuanya sibuk dengan duniawi mereka sendiri. Adakah dengan cara begitu mereka menyambut? walhal raya pon masih lama lagi.
Bukan untuk menghalang, tetapi orang kata, persiapan menyambut raya itu biarlah seiring dengan persiapan menyambut Ramadan. Kan lebih elok sekiranya kita meningkatkan ilmu mengenai ibadat puasa, berpuasa sunat dan lain-lain lagi sebelum menghadapi bulan ramadhan yang penuh mulia ini.
Disini yul selitkan sekali Vlog daripada youtuber Malaysia yang popular mengenai puasa untuk renungan kita bersama.
Versi AimanAzlan
Versi IniAnwarHadi
Jangan pula nanti, selepas Ramadan berlalu, tetapi kita masih di tahap yang sama, tiada perbezaan apatah lagi peningkatan iman.
P/S: Sempena kehadiran bulan Ramadhan Al-Mubarak yang penuh mulia ini, yul mengambil kesempatan untuk memohon maaf dan berharap agar dimaafkan, sepanjang yul menulis didalam blog ini. Apa-apa pon, selamat menyambut bulan puasa. Semoga amal ibadah kita diterima oleh-Nya.
8 comments:
semoga dapat jalani ibadah dengan khusyuk !
x salah pun kan nak prepare awal-awal pasal baju raya tuh sebab my mum sbgai tukang jahit akn ambik tmphn bju awal sebab keluarga kami pun nak raya. hehe.. kot esok nak raya, bru nk ambik tmpahan bju malam tuh. :)
selamat menyambut ramadhan
selamat hari raya bro
@Qaseh dalia adelia, amin... :)
@cik tikah, mmg la tak salah, huhu, jgn amek aty k, :)
@Anisa Hang Tuah, selamat menyambur ramadhan jugak :)
@Yus Tawau, haha, raya lama lagi bro
Post a Comment