Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1432H/2011M
Tuesday, 26 July 2011
Sedar tak sedar, lagi seminggu je kita akan menyambut bulan ramadhan yang penuh mulia ini. Seperti tak terasa yang kita sudah hampir setahun meninggalkan bulan Ramadhan yang lalu. Kini, Ramadhan datang menjelang tiba lagi. Bagi yang belum ganti puasa tu, diharapkan korang semua dapat menggantikan dengan secepat mungkin agar kita boleh menyambut puasa dengan tenang. Hee:)
Bukan untuk menghalang, tetapi orang kata, persiapan menyambut raya itu biarlah seiring dengan persiapan menyambut Ramadan. Kan lebih elok sekiranya kita meningkatkan ilmu mengenai ibadat puasa, berpuasa sunat dan lain-lain lagi sebelum menghadapi bulan ramadhan yang penuh mulia ini.
Disini yul selitkan sekali Vlog daripada youtuber Malaysia yang popular mengenai puasa untuk renungan kita bersama.
Versi AimanAzlan
Versi IniAnwarHadi
Jangan pula nanti, selepas Ramadan berlalu, tetapi kita masih di tahap yang sama, tiada perbezaan apatah lagi peningkatan iman.
P/S: Sempena kehadiran bulan Ramadhan Al-Mubarak yang penuh mulia ini, yul mengambil kesempatan untuk memohon maaf dan berharap agar dimaafkan, sepanjang yul menulis didalam blog ini. Apa-apa pon, selamat menyambut bulan puasa. Semoga amal ibadah kita diterima oleh-Nya.Read more...


