Suka!

Showing posts with label Vlog. Show all posts
Showing posts with label Vlog. Show all posts

Aman Wan Vlogger/Youtuber Baru?

Friday, 29 July 2011

Aman Wan? Siapakah beliau? Yul yakin, rata-rata ramai yang masih tidak mengenali lagi siapakah beliau nie. Yul pon baru mengenali beliau beberapi minggu yang lalu. Itu pon tak tersengaja melihat paparan video youtube di facebook. Kalau korang nak tahu, dia nie merupakan seorang Vlogger di youtube yang kini nama dan videonya semakin hangat. Rasanya dah hampir 7 bulan kot dia menjadi seorang Vlogger. Yul pon tak berapa pasti sangat.


Masa pertama kali yul menonton videonya, dah membuatkan yul mencuit hati sehingga berjaya membuatkan yul tersengih sendirian melihat gaya yang sempoi dan bersahaja je.. Sangat tak boleh blah. Haha. Kebanyakan video-video yang disampaikan oleh Aman Wan mempunyai mesej-mesej tertentu. Sangat menarik melihat video dia tu dan banyak pengajaran dan kesimpulan yang kita dapat lihat.


So, disini yul kongsikan sekali video-video aman wan tu untuk tontonan korang. Memang sempoi gile.
Video pertama yang yul tonton masa mula-mula mengenali beliau.









Ok. Cukuplah tiga video sahaja yang yul paparkan untuk tontonan korang. Kalau nak tengok lagi, boleh pergi ke chanel beliau. Alang-alang dah tengok tu, subscribe lah sekali. Bagi dia sokongan supaya lebih banyak lagi video menarik yang dipaparkan. hee :)




Selain pandai membuat Vlog, dia juga merupakan seorang kartunis dan juga seorang blogger. Tak sangka pula yang dia nie pandai melukis dan membuat komik. Menarik bukan? Hurm, Ok lah malas nak cakap banyak. Korang boleh pergi ke terjah blog dia sendiri. Aman Wan :)


P/S: Bukan entri kipas ye :P Yul cuma sangat mengkagumi dengan video dia tu. Tak salahkan sekiranya yul ingin berkongsikan sesuatu yang menarik kepada korang semua. huhu

Read more...

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1432H/2011M

Tuesday, 26 July 2011

Sedar tak sedar, lagi seminggu je kita akan menyambut bulan ramadhan yang penuh mulia ini. Seperti tak terasa yang kita sudah hampir setahun meninggalkan bulan Ramadhan yang lalu. Kini, Ramadhan datang menjelang tiba lagi. Bagi yang belum ganti puasa tu, diharapkan korang semua dapat menggantikan dengan secepat mungkin agar kita boleh menyambut puasa dengan tenang. Hee:)

Ok, Yul agak pelik dengan segelintir rakyat Malaysia bersempena dengan bulan puasa yang akan datang nie. Ramadhan belum tiba lagi, mereka sudah sibuk berkira mengenai keperluan untuk hari raya, tempahan baju raya yang sudah dibuat sebulan dua lalu, dan ada juga yang sudah bercadang membeli langsir dan sofa baru. Semuanya sibuk dengan duniawi mereka sendiri. Adakah dengan cara begitu mereka menyambut? walhal raya pon masih lama lagi.


Bukan untuk menghalang,  tetapi orang kata, persiapan menyambut raya itu biarlah seiring dengan persiapan menyambut Ramadan. Kan lebih elok sekiranya kita meningkatkan ilmu mengenai ibadat puasa, berpuasa sunat dan lain-lain lagi sebelum menghadapi bulan ramadhan yang penuh mulia ini. 


Disini yul selitkan sekali Vlog daripada youtuber Malaysia yang popular mengenai puasa untuk renungan kita bersama.


Versi AimanAzlan



Versi IniAnwarHadi



Jangan pula nanti, selepas Ramadan berlalu, tetapi kita masih di tahap yang sama, tiada perbezaan apatah lagi peningkatan iman.
P/S: Sempena kehadiran bulan Ramadhan Al-Mubarak yang penuh mulia ini, yul mengambil kesempatan untuk memohon maaf dan berharap agar dimaafkan, sepanjang yul menulis didalam blog ini. Apa-apa pon, selamat menyambut bulan puasa. Semoga amal ibadah kita diterima oleh-Nya.

Read more...

Bagaimana hendak menjadi top blogger dengan mudah?

Wednesday, 23 February 2011

Assalamualaikum. Yul selalu dengar perkataan nie, 'bukan mudah nak jadi seorang blogger'. Korang pon mesti selalu dengar kan ayat-ayat nie. Ok. Memang yul tak menafikannya. Lagi-lagi kalau korang ingin dikenali ramai kan?
Disini, yul nak bagi tips cara mudah bagaimana kita hendak dikenali. Cara nie memang yul tak pernah pakai dan tak pernah buat. Tapi yul rasa, cara nie lah yang senang dikenali sekaligus dapat menjana traffik di blog korang tu dengan mudah. 



Tips nie yul kaji melalui blog cik epal setelah menonton video-video yang menarik yang dia sajikan tu. Setelah yul mengamati dan meneliti video tersebut, yul mula mengkaji. Macam ahli pengkaji video pulak. kehkeh. Cara nie seolah-olah boleh membuatkan kita dikenali. Tak percaya? 


Ok. Korang pernah dengar Vlog tak?  Rata-rata ramai blogger-blogger sekarang nie yang menyebut mengenai Vlog. Actually, yul pon tak tahu jugak apa itu Vlog, tapi sekarang dah tau dah. Apa yang yul tahu, Vlog nie merupakan blog yang diupdate dengan menggunakan video. Ianya merupakan singkatan daripada ayat Video Blog. Senang cite, dia bercerita melalui video sahaja.  Tak payah nak menaip-naip keyboard tu. Kalau korang tak pandai nak menulis just buat Vlog je. Tak kiralah video tu mengenai personal kew, aktiviti kew, tutorial kew dan segala jenis macam lagi. Tu lah yang dinamakan Vlog. 


Bercerita mengenai Vlog, korang mesti tau kan sebenarnya cara nie lagi mudah nak meningkatkan traffik di blog korang. Kebanyakkan blogger kat Malaysia nie dah menggunakannya. Biasanya mengenai isu semasa dan personal. Disini yul nak review bagaimana mereka boleh dikenali.






Cuba korang bayangkan, korang rakam video tu dan berceritalah. Macam AnwarHadi, kebanyakkan video-video yang ingin disampaikan mengenai isu-isu semasa. Sangat menarik melihat video dia tu dan banyak pengajarannya. Dalam sekelip mata je, dia dah dikenali ramai. Yul tengok orang dok bercakap euwww,, euwww je sekarang nie. Macam dah jadi trademark pulak. hekhek. Selain anwar hadi, yul minat jugak kat Matluthfi90, video-video pon best jugak, tak pasti lah die tu blogger kew bukan, hehe



Kalau tak nak bercerita, cuba korang menyanyi pulak macam cikgu syida tu. haha. Kompem meletup-letup. Yang tengok bukan sikit, tapi ramai! Walaupon yul tengok ramai yang dok mengutuk die tak de kerja lah, hape lah. Tapi bagi yul, dia adalah terbaik! Dah masuk tv dah dia tu. Bukan semua orang dapat membuat video macam tu. Walaupon cikgu shida nie bukan seorang blogger, tapi yul rasa ianya senang kot, hekhekhek. Kompem!



Korang pandai melukis dan kerap kali menerbitkan kisah mengenai cerita kartun, yul cadangkan buatlah video. Macam Zack Zukhairi tu. Cerita-cerita dia memang best dan agak menyedihkan. Walaupon ianya adalah kartun, tapi cerita cinta tersebut ada banyak maksud yang tersurat dan tersirat. Memang terbaik!


Macam mana mereka dapat tahu yang mereka boleh ke blog kita? Ok. Senang je. Dalam video tu mesti ada terpampang blog url korang kalau tak pon korang ada menulis sesuatu yang menunjukkan url blog korang tu. Tak kiralah, korang nak edit video kew, atau pon menulis di description video tersebut. Tak percaya cubalah. hekhek. Katakan dalam sehari ada 500 viewers yang menonton video korang tu, dalam 500 viewers mungkin 30 percent yang akan melayari blog korang tu. Banyak jugak tu kan?



Berkesan kew tips nie? Almaklumlah yul pon tak pernah mencubanya lagi.  Bagi yul berkesan kot. Rata-rata ramai blogger-blogger dikenali melalui video. Tapi tu bergantung dengan kreativiti korang dalam video tu. Didalam video tu, mestilah mempunyai daya tarikkan yang menarik sehinggakan penonton tertarik melihat cara, aksi dan mesej korang dalam menyampaikan tu. Insyallah korang mungkin akan dikenali dan sekaligus traffik diblog korang akan jem. hakhakhak

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP