Suka!

Showing posts with label Youtuber. Show all posts
Showing posts with label Youtuber. Show all posts

Aman Wan Vlogger/Youtuber Baru?

Friday, 29 July 2011

Aman Wan? Siapakah beliau? Yul yakin, rata-rata ramai yang masih tidak mengenali lagi siapakah beliau nie. Yul pon baru mengenali beliau beberapi minggu yang lalu. Itu pon tak tersengaja melihat paparan video youtube di facebook. Kalau korang nak tahu, dia nie merupakan seorang Vlogger di youtube yang kini nama dan videonya semakin hangat. Rasanya dah hampir 7 bulan kot dia menjadi seorang Vlogger. Yul pon tak berapa pasti sangat.


Masa pertama kali yul menonton videonya, dah membuatkan yul mencuit hati sehingga berjaya membuatkan yul tersengih sendirian melihat gaya yang sempoi dan bersahaja je.. Sangat tak boleh blah. Haha. Kebanyakan video-video yang disampaikan oleh Aman Wan mempunyai mesej-mesej tertentu. Sangat menarik melihat video dia tu dan banyak pengajaran dan kesimpulan yang kita dapat lihat.


So, disini yul kongsikan sekali video-video aman wan tu untuk tontonan korang. Memang sempoi gile.
Video pertama yang yul tonton masa mula-mula mengenali beliau.









Ok. Cukuplah tiga video sahaja yang yul paparkan untuk tontonan korang. Kalau nak tengok lagi, boleh pergi ke chanel beliau. Alang-alang dah tengok tu, subscribe lah sekali. Bagi dia sokongan supaya lebih banyak lagi video menarik yang dipaparkan. hee :)




Selain pandai membuat Vlog, dia juga merupakan seorang kartunis dan juga seorang blogger. Tak sangka pula yang dia nie pandai melukis dan membuat komik. Menarik bukan? Hurm, Ok lah malas nak cakap banyak. Korang boleh pergi ke terjah blog dia sendiri. Aman Wan :)


P/S: Bukan entri kipas ye :P Yul cuma sangat mengkagumi dengan video dia tu. Tak salahkan sekiranya yul ingin berkongsikan sesuatu yang menarik kepada korang semua. huhu

Read more...

Najwa Latif? Siapa Dia Tu?

Monday, 18 April 2011

Yul tengok sana sini, mula menyebut nama si Najwa Latif. Yul jadi muskil, siapakah beliau itu? Nak cakap artis, langsung tak kenal. Seriosly, yul memang tak kenal siapa dia tu. Maklumlah, yul nie bukanlah penonton tegar youtube mahupon pembaca tegar surat khabar. Televisyen lagi ah yul tak tengok langsung. Lagipon, hari-hari yul sentiasa sibuk memanjang, jadi perkembangan dunia langsung yul tak tahu. haha.


Yul selidik dan selidik, barulah yul kenal siapa dia tu. Tu pon baru tahu hari nie. Penyanyi youtuber rupanya. Kiranya yul orang paling ketinggalan lah nie. Orang lain dah nak sampai Z, yul baru nak mula. ahaha.

Najwa Latif
Nama sebenar dia Najwa Latif. Masih muda lagi dia nie, baru berusia 16 tahun pada tahun ini. Berasal dari Johor. Pandai bermain drum dan juga piano selain bermain gitar. Kini dia mempunyai 5 buah gitar yang berlainan iaitu Santa Cruz (Kapok) , Yamaha (Classical), Ibanez (electric) , StarSun (acoustic), dan yang terbaru Epiphone (acoustic)



Antara video nyanyian dia yang paling yul minat. Nak menangis dengar suara dia tu! Sedap gile ah suara dia sambil bermain gitar. Di tambah lagi kehebatan dia bermain gitar. Peh! Memang terbaik lah. Yul pon tak sehebat macam dia nie.


Kawan yul pon ada juga nak jadi potensi macam dia nie. Artis youtuber akan datang, Korang kenal Rafiqah Ramly? Ahaha. Apa-apa pon gua layan je.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP