Suka!

Steve Jobs Meninggal Dunia Catat Rekod Dalam Internet | Pengasas Apple Inc. (iPhone,iMac,iPad)

Friday 7 October 2011

Pengasas, Apple Inc iaitu Steve Jobs yang telah pon meninggal dunia pada usia 56 tahun akibat sakit kanser pankreas baru-baru ini(6 Oktober 2011). Steve Jobs meninggal dunia setelah melancarkan keluaran model telefon bimbit terbarunya, iPhone 4S.


Kematian Jobs berlaku ketika Apple Inc. berada di kemuncak kegemilangannya sebagai pengeluar gajet telekomunikasi terbesar di dunia. Apple kehilangan seorang pemimpin yang berwawasan dan genius, manakala dunia pula kehilangan seorang manusia yang menakjubkan yang setanding dengan Albert Einstein.

Catat Rekod Dalam Internet
Kematian Steve Jobs bakal mencatat rekod apabila pengagum dan peminat teknologi menjadikan Internet sebagai saluran menyatakan kesedihan mereka. Sebanyak lima daripada 10 topik dipos di laman media sosial adalah mengenai Jobs, termasuk menggunakan kata kunci #ThankYouSteve dan #iSad dalam Twitter.

Dua daripada kenyataan popular Jobs - Think Different dan Stay Hungry - juga menjadi pilihan pengguna Internet sehingga sempat menyebabkan Twitter sesak seketika akibat penggunaannya yang meluas. Penganalisis media sosial berkata, Jobs berpotensi memecah rekod sebagai isu paling banyak diperkatakan dalam sejarah Internet.Agensi pemantau SR7 menganggarkan, nama Jobs disebut 10,000 kali sesaat di Twitter dan dijangka kadar itu terus meningkat.

Pengasas bersama SR7, Peter Fraser, berkata mereka menunggu kenyataan rasmi Twitter tetapi berdasarkan kepada jumlah yang dipantau, ia mungkin memecah rekod sedia ada.Rekod terkini dipegang penyanyi Beyonce Knowles yang mencatat 8,868 pos sesaat apabila dia mengumumkan kehamilannya.

Sejarah Hidup Steve Jobs
Legenda gajet itu dilahirkan pada 24 Februari 1955 di San Franciso oleh seorang ibu tunggal dan diambil sebagai anak angkat oleh satu pasangan di Mountain View ketika baru berusia beberapa hari.Beliau berusia 21 tahun apabila mencipta Apple Computer bersama Steve Wozniak, 26, di garaj keluarganya pada tahun 1976.

Di bawah Steve, syarikat tersebut memperkenalkan komputer Apple pertama dan kemudiannya Macintosh yang menjadi popular pada tahun 1980-an. Jobs meninggalkan Apple pada 1985 selepas berlakunya perebutan kuasa. Jobs kemudian memulakan syarikat NeXT Computer yang mengkhusus dalam perisian stesen kerja yang canggih untuk perniagaan.

Sejak itu, kegemilangan Apple pudar. Namun ia kembali pulih pada tahun 1996 apabila Apple membeli NeXT Computer pada harga $429 juta (RM1.2 bilion). Apple semakin kukuh apabila Jobs merombak strategi Macintosh, merevolusi budaya moden dan melancarkan pasca era komputer peribadi yang memberi laluan kepada alat mudah alih pintar seperti iPod, iPhone dan iPad.

Jobs meninggalkan seorang balu, Laurene dan tiga orang anak.

Apple memberi penghormatan kepada legenda Lembah Silikon itu dengan memaparkan gambar hitam putihnya yang berjambang dan memakai cermin mata bulat serta baju berkolar di home pagenya bersama tulisan 'Steve Jobs - 1955-2011'.


MESEJ bermaksud "Terima kasih Steve" ditulis di tingkap kaca kedai Apple Store di Santa Monica, California, Amerika Syarikat. Kematian Steve Jobs ditangisi oleh peminat gajet di seluruh dunia.


Apabila pengunjung mengklik pada gambar tersebut, mereka akan dibawa kepada mesej yang ditulis Cook sebagai peringatan kepada Jobs. Peminat Apple juga dijemput berkongsi memori, ingatan dan salam takziah mereka dengan menghantar pesanan kepada remeberingsteve@apple.com. 

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih ye diatas komen2 anda, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP