Suka!

Filem Super Duper Lover | Sinopsis Dan Trailer, OST (Lagu Tema Super Duper Lover)

Tuesday 4 October 2011

Filem Super Duper Lover merupakan filem baru terbitan Metrowealth Pictures yang dijangka akan menghasilkan kutipan seperti Filem Adnan Sempit. Filem Super Duper Lover ini diarah oleh pengarah seni iaitu Ollyn Kadri. Menampilkan barisan pelakon (hero filem Tujuh Petala Cinta dan Cinta Kura-Kura), Aeril Zafrel dengan (aktres telemovie Impian Raya) Emelyn, Nuremy Ramli, selain pelakon drama Fezrul Khan.


Berikut adalah berita mengenai Filem Super Duper Lover
Pengarah Super Duper Lover, David Teo, filem yang memulakan penggambaran pada bulan lalu itu mungkin akan masuk panggung menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun depan.

“Filem ini merupakan buah tangan ke-14 daripada 19 filem Metrowealth Pictures pada tahun ini dan sasaran kita untuk ditayangkan pada Hari Raya Aidilfitri tahun 2012 memandangkan senarai filem yang berjaya masuk panggung sepanjang suku pertama tahun depan sudah dikeluarkan Wajib Tayang,” katanya yang ditemui ketika Majlis Perasmian filem Super Duper Lover di Wisma MIG, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Tidak teragak-agak untuk meletakkan pertaruhan hebat kepada pengarah dan pelakon baharu untuk menggalas beban filem ke-64 terbitan MIG itu, ujar David lagi usaha itu sejajar dengan pembangunan modal insan yang dilakukannya dari semasa ke semasa.
“Kalau tak bagi artis-artis baharu tonjolkan bakat macam mana kita hendak tahu potensi mereka, lagipun jika kita ambil artis yang sudah popular mereka mungkin sukar untuk bahagi komitmen masa dan bayaran berlakon mungkin juga tinggi,” ujarnya yang percaya akan kematangan penonton memilih karya berkualiti berbanding populariti artis.
AERIL ZAFRIL merupakan hero filem ini.
Begitu juga pemilihan pengarah baharu yang melonjak naik menerusi telemovie Korban Kasih Abah di TV9, Ollyyn Kadri atau empunya nama Ahmad Rusli Mohd. Khadri yang dilihat mampu membawa nama MIG ke tahap lebih tinggi.


Kata Ollyyn: “Selepas tamat penggambaran filem X yang dibintangi Pierre Andre, Intan Ladyana dan Diana Amir, David mencabar saya sekali lagi untuk mengarahkan filem Super Duper Lover dan saya menyahut cabaran itu.


Cabaran berbeza dalam lapangan berbeza, itu luah Ollyyn yang kini mengembangkan bakatnya dari batas pengarahan seni ke ladang pengarahan filem.
“Kalau dulu setiap keputusan saya akan ditapis oleh bos iaitu pengarah tapi kini semuanya terletak di tangan saya, salah pilihan kecundanglah jawabnya,” katanya yang menjadi pengarah seni sebanyak 17 buah filem termasuk Bini-Biniku Gangster yang baru saja menjejak panggung.
Namun, lain pula cabarannya buat pendukung watak utama, Aeril Zafrel, 23, yang baru kali ketiga diangkat menjadi hero filem daripada empat buah naskhah lakonannya.
“Bukan senang sebenarnya nak jadi hero sebuah filem, kalau filem sebelum ini (Tujuh Petala Cinta) saya memainkan perwatakan yang agak serius, filem ini pula saya seolah-olah melakonkan siapa diri saya sebenar, seorang yang nakal, ganas tapi pada masa yang sama manis,” katanya yang popular menerusi filem Aku Tak Bodoh.
Sinopsis Super Duper Lover
Super Duper Lover yang memilih pelakonnya menerusi siri uji bakat itu mengisahkan perjalanan cinta dua insan iaitu Mukhlis (Aeril Zafrel) dan Murni (Nuremy Ramli) yang bertitik tolak daripada hubungan sebagai sahabat atau juga disebut cinta paltonik.
Dalam pada usaha mencari cinta sejati buat diri masing-masing, berdepan pelbagai dugaan dan cabaran akhirnya Murni bertemu dengan Iqwal lakonan Fezrul Khan yang berkesudahan dengan konklusi yang tidak terjangka.

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih ye diatas komen2 anda, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP