Suka!

Showing posts with label artikel entri utusan malaysia kutuk namewee. Show all posts
Showing posts with label artikel entri utusan malaysia kutuk namewee. Show all posts

Kes Video Namewee Utusan Malaysia Buat Laporan Polis

Monday, 3 October 2011

KES NAMEWEE MARAHKAN WARTAWAN AKHBAR UTUSAN MALAYSIA
Jabatan Pengarang Utusan Malaysia membuat dua laporan polis berhubung kenyataan lucah terhadap organisasi serta wartawan Fauziah Arof yang dikeluarkan oleh Namewee menerusi satu klip video yang tersebar di Internet baru-baru ini.


Laporan polis itu dibuat berikutan tindakan Namewee yang menyalahguna kemudahan multimedia untuk menjatuhkan imej akhbar Utusan Malaysia serta mengeluarkan tuduhan melampau terhadap penulisan artikel Bukan Nasi Lemak 2.0, soalnya Namewee.. yang disiarkan pada bulan lalu.


Menurut Penasihat Undang-undang, Jabatan Pengarang Kumpulan Utusan, Mohd. Jefri Daman, penerbitan klip video berdurasi dua minit 43 saat itu telah mengundang komen-komen negatif orang ramai terhadap akhbar dan wartawan berkenaan.

“Tindakan Namewee itu dilihat merendahkan martabat wartawan dan akhbar Utusan Malaysiasebagai rasis, bodoh, menjatuhkan imej syarikat dengan tuduhan melampau serta menggunakan bahasa lucah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Bagi yang tidak dapat melihat video berserta berita mengenai Namewee Fuck Utusan Malaysia. Korang boleh pergi ke link di bawah ini.


Artikel-Namewee FucK UTUSAN MALAYSIA! | Respons Namewee Terhadap Utusan Malaysia

Read more...

Namewee FucK UTUSAN MALAYSIA! | Respons Namewee Terhadap Utusan Malaysia

Wednesday, 28 September 2011

Baru-baru ini, kecoh yang kononnya Namewee marah dan mengamuk terhadap salah satu akhbar tempatan iaitu Utusan Malaysia akibat penulisannya. Berdasarkan daripada apa yang yul baca, memang tidak patutlah penulis tersebut menulis sedemikian. Kalau tak suka sekalipon, tak perlulah menulis artikel yang boleh menjatuhkan seseorang itu. Ianya bukanlah sahaja dapat menjatuhkan seseorang, tetapi juga dapat menghasut orang lain yang membaca artikel tersebut. Kalau yul jadi Namewee pon akan marah juga. Ianya melibatkan kredibiliti dan maruah seseorang. Kang tak memasal pulak kena saman. Sebab yang bacanya bukan sorang dua, tetapi lebih daripada dua ratus ribu pembaca yang akan membacanya.


Dengan penulisan kita sahaja, kita dapat menjatuhkan orang dan silap-silap dapat membunuhnya. Sebab, orang hanyalah membaca dan terus mempercayainya. Orang-orang sekarang, asal nampak benda apa yang menarik,panas dan apa sahaja yang berkaitan, terus dikongsikannya. Ditambah pula dengan adanya laman sosial seperti, facebook, twitter dan lain-lain lagi serta-merta ramai yang akan berkongsi artikel tersebut dilaman mereka kepunyaan masing-masing.


Yul tak nak ulas panjang-panjang dan tak memihak kepada sesiapa pon. Apa-apa pon, korang boleh melihat dan boleh menilainya sendiri.

Bukan Nasi Lemak 2.0, soalnya Namewee...

MELIHAT reaksi orang ramai mengenai filem sulung arahan Namewee, Nasi Lemak 2.0 yang dikatakan mereka sebagai sebuah filem ‘komedi sosial’ yang baik lagi menghiburkan, ia tidak sedikit pun menarik minat saya untuk menonton filem tersebut.
Jika diberi tiket percuma pun, saya tidak mahu menonton filem ini, walaupun dibarisi oleh nama-nama selebriti handal yang saya kagumi seperti Afdlin Shauki, Datuk David Arumugam dan Adibah Noor, apatah lagi melanggannya di Astro First apabila filem itu habis ditayangkan kelak.
Sebabnya, bukan kerana filem Nasi Lemak 2.0. Tetapi kerana si pengarah dan penulis skripnya yang banyak mengguris hati rakyat Malaysia sebelum ini.
Tentu kita belum dapat melupakan lagi, pemuda yang berasal dari Johor ini pernah dengan lagu Negarakuku, memperlekeh negara dan menghina wanita Islam bertudung dan azan subuh.
Selepas itu, dia atau nama sebenarnya Wee Meng Chee buat hal lagi dengan menghina TNB dan dalam lagu bertajuk Kawanku menghina Melayu dengan lirik ‘Melayu Balik Hutan Jadi Sakai’.
Dan ada lagi, dia membuat satu lagi klip video yang menghina Guru Besar dan Kementerian Pelajaran dengan perkataan-perkataan lucah.
Sekarang, Namewee melalui Nasi Lemak 2.0 pula menyifatkan, filem lakonannya itu adalah aspirasi 1Malaysia, yang melambangkan penyatuan dan perpaduan kaum di negara ini.
Alahai, dia pula bercakap pasal 1Malaysia. Adakah anak muda ini sedar, bukankah perpaduan di negara ini dipupuk dengan cara kita menghormati setiap kaum yang ada. Bukan dengan menghina dan memperlekehkan sesuatu kaum dan negaranya seperti yang disiarkan di YouTube.
Namun ‘perjalanan seni’ anak muda ini boleh disifatkan luar biasa, kerana setelah apa yang dilakukannya, peliknya dia masih diberi peluang berjumpa seorang menteri, dan tiada tindakan yang diambil terhadapnya.
Dan dia yang banyak ‘diberi muka’ ini juga dengan yakinnya mahu berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula untuk menyokongnya berkarya atas nama 1Malaysia.
Siapa dia Namewee ini, apa keistimewaan dan kekebalannya? Jawapannya, lelaki ini telah menyakiti hati ramai orang terutamanya orang Melayu dan umat Islam di negara ini.
Seperti yang ditegaskan, saya tiada masalah dengan filem Nasi Lemak 2.0. Saya menyokong filem tempatan dan tidak kisah mengeluarkan wang menonton filem Melayu di pawagam.
Apabila memperkatakan tentang filem berunsurkan 1Malaysia, bukan filem Nasi Lemak 2.0 sahaja mempunyai aspirasi ini. Saya juga telah menonton filem Estet di pawagam.
Estet arahan Mamat Khalid ini menggabungkan kehidupan semua kaum di negara ini yang saling hormat-menghormati dan membantu antara satu sama lain dalam sebuah kampung.
Dan saudara Mamat kita ini, tidak heboh pun dengan mengangkat filem tersebut sebagai filem 1Malaysia!

P/S: Media-media kini dah tak boleh percaya sangat dah -.-

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP