Suka!

Video Ulangan Perlawanan Bola Sepak Malaysia VS Liverpool | Gol Malaysia Berkelas Dunia

Sunday 17 July 2011

Keputusan telah pon dikeluarkan. Malaysia telah tewas 3-6 kepada Liverpool. Walaupon tewas, tetapi yul cukup berbangga dengan pasukan Malaysia kerana berjaya juga merobek gawang gol lawan. Tahniah diucapkan kepada pasukan Malaysia. Mereka telah buktikan bahawa mereka juga mampu menjaringkan gol walaupon tak banyak.




Berikut adalah senarai penjaring semasa perlawanan tersebut

Penjaring: Malaysia: Safiq Rahim (minit ke-42), Mohd Safee Mohd Sali (79, 81).


Liverpool: Charlie Adam (26)), David Ngoc (57, 58), Maxi Rodriguez (74, 90), Dirt Kuyt (93). 








Yul paling suka melihat semasa gol pertama Malaysia hasil sepakan percuma dari Safiq Rahim. Memang cantik gila! Seperti gol berkelas dunia pula. Siapa kata Harimau Malaya tak sehebat pemain-pemain eropah? Buktinya mereka mampu menjaringkan gol dengan begitu fantastik! Bukan mudah ingin menjaringkan gol seperti itu. Apa-apa pon, Malaysia kini dah banyak berubah jika nak dibandingkan dengan permainan bola sepak pada 5 tahun dahulu. Kini ngauman Harimau Malaya digeruni oleh pihak lawan. haha. 

Selepas nie, pasukan Chelsea pula bertandang ke Malaysia. Adakah Chelsea mampu mengikut jejak langkah Arsenal dan juga Liverpool untuk berpesta gol? Harap-harap, Malaysia dapat mempamerkan aksi yang cemerlang! Kepada penyokong-penyokong di stadium tu, sokonglah pasukan Malaysia! Berikan mereka sorakan padu supaya mereka dapat mengalahkan Chelsea akan datang nanti. Kalau kalah sekali pon nanti, ianya tak bermakna gagal selama-lamanya, kerana gagal itu lah jalan menuju kejayaan :)

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih ye diatas komen2 anda, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP