Suka!

Saya Amat Mencintaimu (SAM) | Sinopsis Dan Trailer Filem

Monday 25 July 2011

Setelah filem Sekali Lagi di tayangkan di pawagam baru-baru ini. Kini sam membintangi filem arahan adik kepada pengarah dan pelakon Syamsul Yusof pula iaitu Syafiq. Syafiq yang berusia 18 bakal mengarah filem cereka pertamanya berjudul Saya Amat Mencintaimu (SAM). Majlis pelancaran filem "SAM" itu telah pon dilangsungkan di Finas pada 4 july 2011 yang lalu.


Yul paparkan sekali video pelancaran filem SAM tersebut.





Filem tersebut dilakonkan oleh Syamsul, Lisa Surihani, Shaheizy Sam, Azad Jasmin dan Neelofa.

Pelakon Shaheizy Sam bakal membintangi filem Saya Amat Mencintaimu (SAM) terbitan Skop Production sebagai ganti kerana kegagalannya berlakon dalam filem Bohsia 2.

Sam tidak dapat membintangi filem Bohsia II arahan Syamsul Yusof itu berikutan jadual penggambarannya bertindan dengan filem Kongsi terbitan syarikat pengurusannya MIG Production.

Dalam pada itu, Sam yang biasa dengan watak komedi mengakui 70 peratus daripada watak yang akan dilakonkan dalam SAM adalah dirinya yang sebenar.

Syafiq, anak Datuk Yusof Haslam, antara pengarah termuda yang pernah mengarah filem di Malaysia ini. Syafiq merupakan pelajar Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMU) dan pernah menghasilkan filem pendek dan mendalami teknik imej janaan berkomputer (CGI).

yul kongsikan sekala beberapa babak di dalam filem Saya Amat Mencintaimu(SAM)






Bagaimana jalan cerita tersebut? Kita nantikan sahaja tidak lama lagi. Sinopsis cerita tersebut pon masih tiada lagi :)

P/S: Muda-muda lagi dah jadi direc

1 comments:

Aisy Rose 28 July 2011 at 18:35  

haaaa..btl ke nie..bler kuarnye??
kan ada lgi sam brlkon dgn spe ntah dlm movie 8jam...x ingt bler kuar..

Post a Comment

Terima kasih ye diatas komen2 anda, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP