Suka!

Semakan Keputusan Panggilan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2012 | Semak Secara Online & SMS

Monday 11 July 2011

Semakan Keputusan Panggilan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi tahun 2012 yang lahir pada tahun 1994 boleh disemak bermula hari ini (11 July 2011). Mereka hanya dapat menyemak keputusan panggilan tersebut sahaja sama ada calon-calon tersebut terpilih atau pon tidak untuk mengikuti program tersebut.
Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, berkata seramai 140,000 peserta terpilih untuk mengikuti kursus itu tahun depan, iaitu 27 peratus daripada keseluruhan 515,697 yang lahir pada tahun tersebut.

"Bagaimanapun semakan ini hanya untuk mengetahui mereka yang terpilih sahaja supaya mereka dapat membuat persediaan awal, manakala penempatan kem dan siri kumpulan boleh disemak mulai Disember nanti," katanya

untuk menyemak secara online, anda boleh lawati laman web PLKN di http://www.khidmatnegara.gov.my/ atau anda boleh semak melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip dan hantar ke 15888.

7 comments:

Ms.F 11 July 2011 at 11:15  

doakan hunny dapat pergi PLKN k..
hunny nk sgt pergi..=)

Anonymous,  11 July 2011 at 17:21  

Yul. Apehal website tu tak dapat bukak? Haihhh. Nak untung betul soh org sms dia ! Cet!

YUL 11 July 2011 at 21:26  

@hunny, semoga berjaya ye hunny. yul doakan supaya hunny dpt. amin..

YUL 11 July 2011 at 21:27  

@memey, alamak iyekew? hurm. server down utk sementara. sedang dalam membaikpulih. sabar je la ye memey.

tomato 12 July 2011 at 16:35  

tomato tak dapat T_T haaha

Anonymous,  7 January 2012 at 15:03  

mcm mana nk chech kita dpt panggilan ke berapa dan di mana??

Anonymous,  7 January 2012 at 15:04  

mcm mana nk chech kita dpt panggilan ke berapa dan di mana??

Post a Comment

Terima kasih ye diatas komen2 anda, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP